aerolit_gurlz Publish time 26-9-2010 08:19 PM

Cinta Red Omnibus

Post Last Edit by aerolit_gurlz at 10-12-2010 20:02

BAB 1
Get Up and Dance kuatkedengaran daripada speaker yang disambungkan dengan laptop.Lagu yangdinyanyikan oleh Faber Drive itu kuat,hampir-hampir mengegarkanrumah.Farina,terkinja ke kanan dan ke kiri,menari mengikut irama lagu itu.
“Ya Allah Kak Far..”Pintu bilikdibuka.Terjenggul wajah seorang remaja perempuan,Eja.
“Patutlah rumah bergegarsemacam aje,rupa-rupanya ada badak yang menari.”
Langkah Farina terhenti.Diapusing lipat maut memandang Eja,sepupunya itu yang sudah melangkahmasuk.Matanya tajam mencerun memandang.
“Siapa badak?”Soal Farinadingin.
Eja tersengih.Selamba sahajadia duduk di birai katil.Farina terus duduk disebelah Eja.
“Eee..berpeluh-peluh duduksebelah orang.Busuklah Kak Far ni”Eja menutup hidungnya.Farina gigitbibir.Bertuah punya budak!
“YangEja masuk bilik akak ni kenapa?”Farinamenyoal.Tangannya mencapai tuala kecil yang berada di atas katil.Peluhdilapnya.Pehh..baru menari dalam setengah jam,peluh dah keluar banyak ni.Yangaku pun satu,dah putus wayar agaknya.Orang bersenam luar rumah,aku bersenamdalam rumah.Dahlah tu,waktu tengahari rembang pula tu.Ahh gasaklah!Yang pentingkeluar peluh.Belum sempat Eja membukamulut,menjawab soalan Farina,lagu poco-poco kedengaran.Eja pantas bangun.Diasengih lebar.Tangan Farina ditariknya.
“Jomlah kak..”
“Taknaklah!Akak mana pandaipoco-poco.Haii..tak kata bergegar rumahlah.Apalah”Farina pulang balik paku buahkeras.Eja buat tidak dengar.TanganFarina ditariknya semakin kuat.
“Jomlah!Semangat PLKN tak habislagi ni.Kak Far ikut je apa yang Eja buat eh”Eja menarik lagi kuat Farina.Naktak nak,Farina terpaksa bangun.Mengambil tempat disebelah Eja yang sudahberdiri.
Intro poco-poco kedengaran.
“Hah Kak Far.Gerak kanan,gerakkiri.Lepas tu,jalan ke depan,dan ke belakang balik.Haa..salah-salah”Mulut Ejariuh mengajar.Farina cuba sedaya-upaya mengikut,namun dia seringkali tersalahlangkah.
Eja ketawa.
“Macam mana nak masuk So YouThink You Can Dance ni Kak Far.”
“Bila akak kata nakmasuk?”Farina soal balik.Dia kembali duduk di atas katil.Penat!Diperhatikan Ejayang masih ligat menari.
“Farinaaaaaa!!!”Kedengaransuara nyaring memanggil namanya.Farina tersentak.Eja juga!Terhenti tarianEja.Eja lekas-lekas memperlahankan suara volume spekear.
“Farinaaa….!!Apa yang kamu buatlama sangat dalam bilik tu?Tak tahu ke yang Ona ni dah lama sangat tunggukamu?Heeii budak bertuah ni lah!Entah apa yang dibuatnya dalam bilik tu pun taktahu.Yang si Eja ni pun satu..”Yang selebihnya tidak kedengaran.
Farina memandang Eja.
“Kak Ona datang ke?”
Eja sengih.Antara serba-salahdan bimbang.Digarunya kepala yang tidak gatal.
“Lupa!Eja masuk sini sebab nakberitahu yang Kak Ona datang.”
Asalahe punya budak!Laju Farinamembuka pintu almari.Eja hanya memandang.
“Punya lama Eja dekat sini,Ejanak beritahu pasal tulah yea?”
Eja angguk perlahan.
“Bukan salah Eja.Kak Far yangajak Eja menari tadi.”
Terbuntang biji mataFarina.Diperhatikan mukanya dicermin.Orait!Perfect.Biarpun memang tak kenalangsung baju t-shirt lengan panjang warna hijau dengan tudung Ekin warna ungu.
“Salah kak Far pula.Eja yangterlebih overload dengar lagu poco-poco tadi.”
Eja mencebik.
“Habislah kena marah dengan MakNgah”Eja sengih nakal.
Farina gigit bibir.Kalau akukena marah dengan ibu,aku marah kau balik.
BERSAMBUNG...
aerolit_gurlz^-^

asnita Publish time 26-9-2010 09:09 PM

org 1st... tahniah aerolit da cite baru

qimi08 Publish time 26-9-2010 10:12 PM

tajuk tu menarik....

wwannurr Publish time 27-9-2010 12:19 AM

god luk...........teruskan,,,,,,,,, best jugak citer nii.

asnita Publish time 27-9-2010 09:42 AM

morning aerolit... apa jadi seterusnya.... next2 n3

ADRIANAQISTINA Publish time 27-9-2010 12:42 PM

wah crite bru...
bgs2....
jgn lupa smbg ek....images/smilies/default/victory.gif

ADRIANAQISTINA Publish time 27-9-2010 12:43 PM

{:1_152:} {:1_152:}{:1_152:}

asnita Publish time 28-9-2010 10:30 AM

xde sambungan lagi

ADRIANAQISTINA Publish time 2-10-2010 09:40 AM

{:3_99:} {:3_99:}

asnita Publish time 2-10-2010 05:06 PM

round checking...xde n3

aerolit_gurlz Publish time 2-10-2010 10:38 PM

Sambungan Bab 1

FARINA MEMANDANG sekilas ruang tamu.Kelihatan emaknya dan Ona sedang rancak bersembang.Laju sahaja kakinya menuju ke dapur.Acuyang sedang membelakangkannya,Farina pandang.Sengihan terukir di bibir.Terjengket-jengket Farina menuju ke arahnya.Laju tangan Farina mencuit pinggang Acu.

“Opocot orang cuit pinggang aku,orang cuit pinggang aku”Acu melatah.

“Acu..”Farina mencuit lagi.

“Iyea..Orang cuit pinggang kau juga!Cuit pinggang kau dan aku.”
Farina ketawa kuat.Acu mengurut-ngurut dadanya.Mencerun matanya memandang Farina yang menekan perutnya,kerana terlalu kuat ketawa.

“Eee budak ni kan!Kalau sehari tak mencuit,tak boleh ke?”Acu mencubit kuat lengan Farina.

“Aduh Acu!Ampun ampun!Sakitlah..”Farina merengek.Dia memukul-mukul jemari Acunya,namun tidak dihiraukan.Makin kuat cubitan terlekat.

“Ibu!!!Sakit!!!”Farina menjerit kuat.Terus cubitan terlerai.Farina mengosok lengannya.Muka nak menangis ditayangkan.Acu senyum puas hati.

“Haa..Suka sangat menyakat Acu kan?Suka sangat nak bagi Acu melatah kan?Ambik habuan!”Acu senyum suka.

“Kejamlah Acu ni!Sakit tahu tak?”Farina melihat lengannya.Mak aihh..merah kulit aku!

Acu kembali mengacau gula didalam gelas.

“Padan muka kamu!Siapa suruh cari pasal.Yang kamu ni pun satu,punya lama Ona tu sampai,kamu boleh buat derk je.Apa yang kamu buat dalam bilik,sampai nak runtuh rumah ni dengan lagu omputeh kamu tu?”

Farina sengih.Acu dah masuk mode membebel.

“Alaa Acu!Relaxlah..Inilah masanya Far nak balas dendam.Acu ingat tak dulu,waktu Far kecil-kecil..”

“Farina!!”Acu tinggikan suaranya.Dia bercekak pinggang.

“Peristiwa tu waktu kamu tadika lagi.Yang kamu ingat sampai sekarang ni kenapa?Kan waktu tu kamu dengan Ona kecik lagi.Kamu kena sakat
dengan abang dia tu,kan benda yang dah lama lepas.”

Farina mencebik.Lepas tak lepas!Menangis kot bila dia balik rumah.Onalah punya pasal!Janji nak keluar beli aiskrim,last-last boleh dia sedap tidur dalam rumah.Yang dia pula,tak pasal-pasal kena sakat dengan Oli tu.Boleh mamat tu selamba badak aje acah nak bagi riang-riang dekat dia.Mahunya dia tak melalak!

“Acu buat apa ni?Buat air eh?Meh nak tolong hantar dekat depan”Farina hulurkan tangannya.Ini kalau mak nampaklah ni,mahu kena kerat tangan dengan parang.Buat air malas,hantar air ke depan rajin pula.
Acu memukul tangan Farina.

“Banyaklah kamu punya pandai!Acu dah lama dah hantar air dekat depan.Kalau harapkan kamu,sampai kering air liur si Ona tu.”

“Habis,Acu buat air untuk sape ni?”Farina menyoal.Pehh..sirap limau tu.

“Untuk Aculah!Acu nak minum”Selamba sahaja Acu bersuara.Dia membawa gelas itu menuju ke luar belakang rumah.Ini lain tak lainlah ni,mesti
nak main buaian.

Farina mencebik sekali lagi!Terkena aku lagi.Kakinya melangkah menuju ke ruang tamu.Dia berdehem.Tiada apa-apa respon.Dia berdehem lagi.Kali ini lebih kuat.

“Kamu kenapa Far?Sakit tekak?”Perli ibu sinis.Ona membulatkan matanya.Geram barangkali dengan tingkah-laku Farina.

Err..Farina sengih pendek.

“Tak ibu.Air liur tersekat”ujar Farina selamba.

Ona mengeleng-ngelengkan kepala,manakala ibu hanya mampu memandang.

“Sudahlah Far.Duduk sembang dengan Ona ni.Punyalah lama dia tunggu kamu”Ibu mengalihkan pandang,memandang wajah Ona.

“Haa Ona!Pasal rancangan kamu tu,makcik setuju sangatlah.Setuju seratus peratus.Memang bagus sangat cadangan kamu tu.Far pun dah habis
belajar,memang patut sangatlah pun.Kamu sembang-sembanglah dengan dia yea”Ibu tersenyum.Dia bangkit dan terus melangkah ke dapur.

Farina terpingga-pingga.Dia memandang ibunya yang sudah menghilang,dan kembali memandang Ona yang masih tegak duduk di atas sofa.Rancangan?Rancangan apa?Cadangan?Habis belajar?Apa maknanya?Otak Farina berselirat.Ona yang tenang dipandangnya.Entah-entah..?Mata Farina bulat.

Bersambung...

aerolit_gurlz
^-^

aerolit_gurlz Publish time 2-10-2010 10:43 PM

Sambungan Bab 1 lagi...

“Ona!!!Aku tak nak..”Farinaterus duduk disebelah Ona.Ona yang sedang menghirup minuman hampirtersedak.Terkejut dengan jeritan kecil Farina yang secara tiba-tiba.
“Apa yang kau tak nak?”Onakerut dahi.Cawan diletakkan kembali ditempatnya.
Farina gelengkan kepalanyalaju.Tangannya mengoncang-ngoncang lengan Ona.
“Ona.Aku tak nak!Aku tak nakweh!Tolonglah jangan paksa aku.Aku tak nak!”Farina buat muka kesian.Kerutan di dahi Ona bertambahselapis.Dia menarik lengannya daripada Farina.
“Apa yang kau tak nak ni?”Onanaikkan suaranya satu tingkat.Grr..minah ni kan!Aku katok dengan pasu bungadekat atas meja ni,baru sedar kot.
“Aku tak nak kahwinweh!Tolonglah jangan paksa aku kahwin.Aku tak nak.Aku pegang duit pun taklagi.Tak sempat lagi pun aku nak balas jasa mak aku.Beli kereta idaman aku puntak sempat lagi ni…”
“Far!”Ona mencelah.
“Aku tak naklah weh!Kaupandai-pandai je buat cadangan nak suruh aku kahwin nape?Dahlah aku ni takberapa nak mahir dalam bab-bab ilmu rumah tangga ni.Masak air pun kering.Masaknasi pun hangit.Macam mana aku nak jadi isteri mit..”Laju sahaja Ona melibasbelakang Farina dengan sofa kecil.Bicara Farina terhenti.Ona gigit bibir.
“Sakitlah weh!”Farinamengomel.Main kasar betullah cik kak sorang ni!Main libas-libas dengan bantalpula.Nasib baik bantal,cuba kalau dia libas aku dengan penyapu lidi,mahuberbirat belakang aku.
“Tahu sakit kan?Hati aku sakitlagi tengok kau tahu.Ini yang aku malas nak jumpa kau ni.Aku belum kasi apa-apaintro pun belum,kau dah start keluarkan ayat seribu patah perkataan dalamsesaat.”
Farina blurr.
“Habis rancangankau..err..rancangan mak aku..rancangan apa?”
Ona ketuk-ketuk dahinya denganjemari.Dia memandang aku.
“Margainlahaku dengan kau ni!”                                       
Farina sengih.
“Bila masa pula aku nak suruhkau kahwin.Kau ingat aku ni apa?Ejen pencari jodoh?Jodoh aku sendiri punlintang pukang,kelam-kelibut lagi,ada hati aku nak carikan kau jodoh dulu.Ehcik kak!”Ona tepuk kuat peha aku.
“Aku nak ajak kau kerja denganakulah.”
Ngehh!Rahang bawah Farina macamnak jatuh.Allah!Dia salah-sangka rupanya.Ingatan untuk diri sendiri,lepas nikurangkan tengok drama dekat televisyen.
“Kerja dengan kau?”Farina kerutdahi.
Ona angguk laju.
“Kiranya rancangan tu,rancangantakde kena-mengena langsunglah eh pasal kahwin?”Farina menyoal.
Ona angguk lagi.Farinasengih.Tangannya mengaru tengkuk,tabiat yang selalu dilakukan sekiranya diaserba-salah.Matanya meliar ke sekeliling.Alhamdulillah tak ada sesiapa.Kalautak,mahu setahun kena gelak!
“Kenapa kau nak aku kerjadengan kau?”Farina menyoal lagi.
“Kejap!Aku nak minum dulu.Haustekak aku tengok perangai kau”Ona mencapai cawan kembali.Dengan sekali teguksahaja,dia menghabiskan minumannya.Farina melihat isi cawan yang telah kosong.
“Mak aihh..sikit pun kau taktinggal dekat aku ke?”
“Oit cik kak!Aku tetamu.Kautuan rumah.Kalau kau nak,kaulah pergi buat air.”
Farina sengih.Ni yang aku malasni.Kan bagus kalau ada Doreamon,aku suruh dia keluarkan mesin dia,on the spotapa yang aku nak semua dapat.
“Hidup asyik nak senang aje.Apapunya perangai anak dara tah.Pemalas mengalahkan lelaki.Kalau kau selalupemalas macam ni,tak ada lelaki yang nakkan kau tau”Ona mula masuk modemembebel.
“Aku bukan pemalaslah,aku berattulang aje”ujar Farina selamba.
Bersambung....
aerolit_gurlz^-^

aerolit_gurlz Publish time 2-10-2010 10:44 PM

Sambungan Bab 1 ( akhir )
Ona gigit bibir.Rasa macam nak ketuk-ketuk aje sahabat dia yang sorang ni dengan lesung batu.Orang kasi nasihat,bukannya nak didengar.Selamba badak aje boleh loyar buruk.
“Lawak kau punya loyar buruk eh Far.Sejak takde kerja ni,kau asah bakat nak masuk Raja Lawak ke?”Ona sinis.
Farina mencebik.Biskut yang berada didalam pinggan diambilnya satu.Dengan lafaz Bismillah,dia mengigit sedikit biskut itu.
“Tahulah yang kau sekarang tu businesswoman.Dah kaya.Perniagaan dah maju.Suka-suka hati je eh kau kutuk aku.Sentap betullah aku dengan kau ni.”
Muka Farina berubah menjadi serius.Ona gelengkan kepala.
“Sebab tu lah aku nak ajak kau kerja sekali dengan aku.Aku nak kongsi kekayaan aku yang kau kata tu dengan kau.Jomlah!Kerja dengan aku.Kau duduk dekat rumah nak buat apa?Menghabiskan beras aje.”
Farina menjulingkan matanya ke atas.Ona ni kalau cakap,ikut suka gusi dengan lidah je.Tapi betul juga apa yang dia cakap.Aku duduk dekat rumah pun,memang kerja menghabiskan beras dengan menambahkan berat aje.
“Nak tak?”Ona menyoal.
Farina berdecit.”Kejaplah!Aku nak fikir dulu..”
“Kau nak fikir apanya?Setuju ajelah.Kerja dengan aku dekat Happy Bakery tu.Daripada pukul 9.00 pagi sampai pukul 6.00 petang.Disebabkan kau takde kenderaan,dan bas yang terakhir masuk area rumah kau ni pukul 6.10 dah jalan,aku bagi kau balik awal.”
Farina memandang Ona.
“Nak tak?”
“Gaji macam mana?Ada dalam RM 3000 tak?”Farina jungkit-jungkit keningnya.
Terbuntang biji mata Ona.
“Gila kau RM 3000!”Ona mencerunkan biji mata.Farina ketawa suka.
Bersambung....
aerolit_gurlz^-^

aerolit_gurlz Publish time 2-10-2010 10:51 PM

BAB 2
SENYUMAN MANIS FARINA berikansebaik sahaja kakinya menjejak anak tangga.
“Assalamualaikum pak cik”Farinamemberi salam.
Pak Cik Din,memandangFarina.Dia tersenyum.
“Wualaikumsalam.Nak pergi manaFar?Taiping?”Ramah Pak Cik Din menyoal.
“A`ah pak cik Din!Nak pergiTaiping.Far dah dapat kerja dekat Taiping dah.Kerja dengan Ona”jawab Farinajuga,ramah.Pak Cik Din anggukkankepalanya.
“Baguslah kalau macam tu.Kerjaelok-elok.”
“Pak cik Din nanti petangtunggu Far eh!Far habis kerja pukul 6.00.”Farina berpesan.
“Yelah!Nanti pak cik Dintunggu.Pak cik Din tak jalan selagi Far tak naik.Puas hati?”Pak Cik menyoal.Farina angguk kepalanya laju.
“Macam nilah baru best pak cikDin.Barulah Far jadi pelanggan setia Red Omnibus”Farina gelak kecil.
“Pandailah kamu!Dah!Pergi dudukcepat.Pak cik Din dah nak jalan dah ni.”
Farina pantas menuju ke tempatduduk yang masih kosong.Dia membuka tingkap agak luas,memberi laluan kepadaangin untuk masuk.Bas sudah mula bergerak.Farina menguap kecil.Kena angin pagi-pagibuta macam ni,memang mengantuk dibuatnya.
Sedang asyik Farinamengelamun,melemparkan pandangannya ke luar tingkap,terdengar bunyi deheman.Diakerutkan dahi.Matanya masih mencari-cari bunyi deheman di luar tingkap.Taknampak apa pun melainkan bunyi kenderaan yang berpusu-pusu.Bunyi deheman itukian kuat.
‘Get a life Farina!Tentulahbunyi deheman tu daripada dalam bas’Farina mengutuk dirinya sendiri.Diamengalihkan pandangan ke kanan.Seorang lelaki,tegakmemandangnya dengan muka yang sukar ditafsirkan.Tiada senyuman mahupun apa-apareaksi terlukis di muka lelaki itu.Riak mukanya kelihatan kosong.Farinamemandang lelaki itu daripada atas ke bawah,dan kembali ke atas.Santai sahajalelaki itu dengan seluar jeans biru tua dengan t-shirt berkolar warna hitam.Dengan..errselipar jepun?
Farina mengangkatmukanya.Pandangan mereka berlaga seketika.Farina kerutkan dahi.Apasal mamat niberdiri terconggok dekat sini?Dia nak apa?Dia berdehem?
Ooo..Farina angguk didalamhatinya.Dia faham!Pantas dia menyelongkar beg sandangnya.Tiada!Dia mengangkatkembali mukanya.
“Err…minta maaflah yea awak.Takadalah”Farina bersuara.Sayu sahaja dia memandang lelaki itu.Kesian lelaki depandia ni.
“Apa yang tak ada?”Lelaki itumenyoal kembali.
“Ubat sakit tekak.Awak sakittekak kan?Asyik ehem ehem daripada tadi.”
Lelaki itu termanguseketika.Namun kemudian,Farina dapat melihat lelaki yang masih berdiridihadapannya itu mengalihkan sedikit kepalanya ke bawah,berdehem.Meskipunbegitu,anak mata Farina dapat menangkap senyuman kecil yang cuba ditahan-tahanoleh lelaki itu.Seketika,dahi Farina berkerut.
“Tak..”Lelaki itu mengelengkankepalanya.”Saya nak bagi awak tiket bas,bukannya nak ubat sakit tekak.”
Ngehh!Farina rasa wajahnyaberbahang.Dia ukir sengihan.Rasa macam nak terkoyak mulut sebab cuba nak coverkeadaan.Sengihan pula memang bukan jenis sengihan yang ikhlas.
“Ohh!Sorry.Saya tak tahu pulayang bas ni ada konduktor baru.Selalunya,konduktor bas ni kan..”
“Uncle Sam dah berhenti bulanlepas”Laju lelaki itu memotong kata-kata Farina.Farina diam lagi.Ahhtengok!Walaupun red omnibus ni selalu lalu depan rumah aku,tapi Uncle Samberhenti pun aku tak tahu.Punyalah lama aku tak tengok dunia luar!
“Err..tiket?”Lelaki itumenghulurkan tiket.Pantas Farina menyambutnya.
“Err..duit?”Lelaki itu teragak-agak.Farinagigit bibir.Allah!Kenapa dengan aku hari ni?Kenapa clumsy sangat?Pantas diamembuka sekali lagi beg sandangnya.Manalah pulak beg duit aku ni?Haa..jumpa!
Farina pantas menarik notseringit sebanyak dua keping.Dihulurkan kepada si lelaki tadi.Duit bertukartangan.
“Terima kasih”Farinaberbasa-basi.Lelaki itu tersenyum,dan mula bergerak ke belakang.Tapi sebelum dia bergerak,sempat dia memandang Farina dengan pandangan yang pelik.
Farina menarik nafas pendek,danmelepasnya.
‘Ibu!Red Omnibus ada konduktorbaru.’
Bersambung...
aerolit_gurlz^-^

mijot Publish time 2-10-2010 11:05 PM

cinta dalam bas...
cam comel jer..
next...next ;P

ADRIANAQISTINA Publish time 3-10-2010 11:42 AM

{:3_91:}
best
Pages: [1]
View full version: Cinta Red Omnibus


ADVERTISEMENT