CARI-MAL Publish time 27-7-2022 11:20 AM

Habis Berbungkus Dengan Pita Pelekat Bila Ibu Cop Meja Anak Dalam Kelas!

Pelbagai cara dilakukan ibu bapa memastikan anak menerima yang terbaik dalam semua hal.


Terbaru, tular di media sosial Indonesia sebuah video memaparkan wanita ke sekolah anaknya untuk menanda tempat duduk di barisan hadapan kelas, lapor laman berita Suara.com.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/27/111942ctx5zisxfrs7c747.jpgFoto: IG




Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @dunia_kaumhawa.


Rakaman memaparkan wanita berkenaan membawa pita pelekat dan beg milik anaknya untuk diletakkan di atas sebuah meja.


Dia menanda tempat duduk itu dengan meletakkan beg dan menampal pita pelekat di seluruh meja dan kerusi supaya tiada pelajar lain mengambilnya.


Kerusi itu pula dilekatkan pada meja supaya tidak boleh dipisahkan.




202207up_165889182037


Kedua-duanya diletakkan di barisan hadapan kelas supaya anaknya boleh menerima pelajaran dengan baik jika duduk di hadapan dan dekat dengan guru.




Sumber: Kosmo

chinta89 Publish time 27-7-2022 11:25 AM

sabar je lahhh

azie5zoe Publish time 27-7-2022 11:52 AM

Nasib ko lah dik dapat emak cemtu.

esbok Publish time 27-7-2022 12:00 PM

sini pun sama je pernagai memasing. cuba bagi anak tu sendiri fight for your life, idak le generasi muda ni lembik je ha semua tunggu kene suap

ketambangkang Publish time 27-7-2022 12:48 PM

camtu sekali ehh..anak aku rabun jauh tp kena duduk blkg sekali, mintak ngn cikgu tukar duduk depan sikit haram tak dilayan ;P

Miss.Rara Publish time 27-7-2022 03:54 PM

satgi nak duduk kena buka jugak seal tu...

dah seal macam tu takyah duduk kat meja tu ahh senang...

pi duk meja lain...

juruterra Publish time 27-7-2022 04:18 PM

perghhh kiasunya mak dia

seri_mawr Publish time 27-7-2022 05:22 PM

alihkn kerusi n meja tu kebelakang...dia bukan pasak pada lantai pun..hahahaha

satu hal pulak anak nya nk buka pita pelekat bila nak duduk...

dua_chzy Publish time 27-7-2022 06:41 PM

ketambangkang replied at 27-7-2022 04:48 AM
camtu sekali ehh..anak aku rabun jauh tp kena duduk blkg sekali, mintak ngn cikgu tukar duduk depan...

Heran saya tau kenapa ada cikgu takda timbangrasa begini. Patutnya kalau dah hati keras sangat camni, meka pi jadi warden penjara, bukan cikgu.

Carcosa Publish time 28-7-2022 10:17 PM

Kalau duduk bawah lobang idung cikgu pun, kalau anak kau jenis pemalas nak belajar, takde nye dia dpt nombor 1 :lol: Apa, budak duduk blkg2 semua bodoh la?

salimrock Publish time 28-7-2022 11:51 PM

caprut nya perangai

vender Publish time 29-7-2022 06:05 AM

Ibu dia tak tahu budak2 yg cemerlang biasanya duduk belakang :lol:

Zack8hunter Publish time 29-7-2022 10:54 PM

over la mak dia..bdk2 ni berebut2 nk blakang sbnrnya..;P

jas7512 Publish time 30-7-2022 06:52 PM

I dulu duk belakang.sbb tinggi...dpt gak no 1 dlm.kls ..yg penting ulangkaji blk pelajaran ok
Pages: [1]
View full version: Habis Berbungkus Dengan Pita Pelekat Bila Ibu Cop Meja Anak Dalam Kelas!


ADVERTISEMENT