chewan Publish time 26-9-2010 08:14 PM

Filem Boleh Urai (kajian terhadap batang pisang)

Kesedaran awam mengenai pembuangan sisa pepejal terutamanya plastik masih rendah walaupun kebanyakan faham kepentingan menjaga alam sekitar.


Pembuangan sisa plastik ini banyak mendatangkan kemudaratan.

Menerusi permasalahan yang dihadapi dunia, kajian telah dijalankan dan telah berjaya menghasilkan filem boleh urai (biodegradable).


Filem boleh urai ini dihasilkan daripada bahan buangan pertanian dan campuran bahan kimia lain yang kandungannya adalah selamat dan tidak mengandungi bahan toksik.

Filem boleh urai ini mengandungi kekuatan mekanikal yang tinggi dan hanya memerlukan kos yang rendah untuk dihasilkan.
Ia boleh digunakan untuk pelbagai pembungkusan menggantikan plastik.


Filem ini reput akibat proses pereputan mikroorganisma terhadap filem tersebut.

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0913/Utusan_Malaysia/Sains_&_Teknologi/st_02.1.jpg


Filem boleh urai ini boleh digunakan untuk menggantikan penggunaan plastik untuk pembungkusan makanan. Plastik biasa mempunyai toksik yang boleh meresap ke dalam makanan. Filem yang dihasilkan ini mempunyai pasaran yang sangat meluas.
Ini kerana terdapat beribu-ribu cawangan pasar raya yang menggunakan plastik.Filem ini juga murah kerana dihasilkan daripada bahan terbuang.

Usaha kajian ini dapat membantu negara mengurangkan kos pengurusan sampah, memelihara alam sekitar dan juga melindungi kesihatan manusia dan juga melindungi hidupan marin.
Pages: [1]
View full version: Filem Boleh Urai (kajian terhadap batang pisang)


ADVERTISEMENT