chewan Publish time 26-9-2010 08:05 PM

Berita@MKST : Angin solar mampu jana tenaga

Angin solar mampu jana tenaga                  
               
      http://www.sinarharian.com.my/imagesSH/8219957.jpg


                  WASHINGTON - Keperluan tenaga dunia dapat dipenuhi sehingga 100 bilion kali ganda - dengan menggunakan satelit untuk mengumpulkan angin solar dan menyalurkannya ke bumi.

Idea terbaru untuk menjana tenaga itu dimulakan dengan penciptaan satelit Dyson-Harrop, yang dibina dengan gelungan dawai besi panjang yang menghala ke arah matahari, bertindak sebagai penerima.

Gelungan dawai itu akan dicas untuk menjana medan magnet berbentuk silinder yang memerangkap elektron yang terdapat di dalam angin solar.

Elektron ini akan digunakan untuk menghasilkan arus elektrik yang akan dipindahkan ke mangkuk satelit penyimpan tenaga di bumi.

Sebuah satelit Dyson-Harrop dengan penerima selebar dua meter dan panjang dawai satu kilometer dengan layar selebar 8400 kilometer, dan diletakkan pada jarak yang sama seperti bumi dan matahari, dapat menghasilkan tenaga sehingga 1027 watt, iaitu 100 bilion kali ganda lebih banyak daripada yang diperlukan manusia.

Satelit itu diperbuat daripada kuprum, menjadikannya mudah dibina dan boleh dihantar ke angkasa menggunakan teknologi moden.

credit to sinar harian online

dauswq Publish time 27-9-2010 01:45 AM

teori quantum physics....:funk:

smkn lama smkn advance:loveliness:
Pages: [1]
View full version: Berita@MKST : Angin solar mampu jana tenaga


ADVERTISEMENT