CARI-MAL Publish time 25-7-2022 01:51 PM

Angkara Rider Bijak Share Gaji RM4,000, Habis Semua Jadi Bangau!

Kerjaya sebagai penghantar makanan atau rider semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya golongan muda kerana mempunyai jadual kerja fleksibel.


Malah, tak kurang juga yang sanggup berhenti daripada pekerjaan tetap demi menjadi seorang rider gara-gara terpedaya dengan perkongsian di media sosial bahawa pendapatan kelompok berkenaan boleh mencecah sehingga RM4,000 hingga RM5,000 sebulan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/25/134935xseyvdk4msrsy4so.jpgTikTok




Bagaimanapun, perkongsian seperti itu mencetuskan perdebatan netizen.


Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang rider wanita memberitahu agar orang ramai tidak mudah mempercayai perkongsian di media yang kesahihannya boleh dipertikaikan.


Katanya, tugas sebagai rider tidak semuanya indah malah terutamanya apabila ia membabitkan soal pendapatan bulanan.


Untuk rekod, dalam kalangan rider istilah 'bangau' membawa maksud mereka masih menunggu tempahan masuk walaupun sudah mengaktifkan aplikasi masing-masing dalam tempoh yang lama.


Namun, wanita itu menafikan rungutannya bukan berpunca daripada rasa kurang senang dengan kehadiran ramai rider baharu sehingga dikatakan menjejaskan periuk nasi 'orang lama'.




202207up_1658728056155
TikTok


Melalui semakan mStar di ruangan komen, netizen turut bersetuju dengan hal itu malah rider lain juga turut memberi pandangan yang sama.


Kata mereka, trend semasa menunjukkan bahawa penurunan jumlah pendapatan kerana berlaku lambakan dalam kalangan rider daripada pelbagai platform.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/25/135001u7d6xx7dgu0bjbfz.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/25/135001otfn8ta7x4tttnns.jpg



Namun ada juga dalam kalangan netizen yang tidak bersetuju dengan pandangan rider wanita berkenaan yang dilihat seolah-olah cuba menyalahkan kehadiran ramai penghantar makanan di sesuatu lokasi.




Sumber: mStar

shernazz Publish time 25-7-2022 02:20 PM

Ada sorang staff dept laki iols buat grab
Dia amek non halal food juga
Banyak gila job2

prettyuglybabe Publish time 25-7-2022 02:46 PM

shernazz replied at 25-7-2022 02:20 PM
Ada sorang staff dept laki iols buat grab
Dia amek non halal food juga
Banyak gila job2

kiranya yang jadi bangau tu opt untuk halal food je la ye?

dedek.bubup Publish time 25-7-2022 03:36 PM

shernazz replied at 25-7-2022 02:20 PM
Ada sorang staff dept laki iols buat grab
Dia amek non halal food juga
Banyak gila job2

sama ngan kawan akudia buat grab sauk gak non halal food sekali
dia tunjuk baru sejam buat dah 100++ gaji dia


ezacbee Publish time 25-7-2022 03:40 PM

Halal haram bercampur susah gak. Plus dosa pun dapat.

Ikut diri masing2.

mizruncing Publish time 25-7-2022 03:40 PM

tp rider food ni klu btol2 buat income mmg masyuk kann. kalah org keje opis

eyansss Publish time 25-7-2022 03:41 PM

dedek.bubup: sama ngan kawan akudia buat grab sauk gak non halal food sekalidia tunjuk baru sejam buat dah 100++ gaji dia

i wonder status gaji dia…bukan apa, dulu kecoh kes muslim keje kedai jual arak macam 7e, kk mart and all n status gaji dipertikaikan…

annehuda Publish time 25-7-2022 03:51 PM

keje rider sepatutnye takleh jadi keje tetap.mmg statusnye keje sambilan je pun

shernazz Publish time 25-7-2022 04:15 PM

prettyuglybabe replied at 25-7-2022 02:46 PM
kiranya yang jadi bangau tu opt untuk halal food je la ye?

Yezza
Utk yang halal terlalu ramai...
Mmg jadi bangau...
Non halal ni dia ada beg khas..vendor akan masukkan dalam beg tu..
Mmg time lunch masyuk..

shernazz Publish time 25-7-2022 04:16 PM

dedek.bubup replied at 25-7-2022 03:36 PM
sama ngan kawan akudia buat grab sauk gak non halal food sekali
dia tunjuk baru sejam buat dah 100 ...

Tu la pasal
Semua sauk..hahaha
Swminggu boleh dpt 400 utk part time je...

krustykrab Publish time 25-7-2022 09:26 PM

Kalau nk tggu halalan toyiban betul2 byk kot yg ko tak leh ambik...kita ni nmpkarak dgn babi je...yg lain2 buat tak nmpk

Adrif Publish time 25-7-2022 09:51 PM

eyansss replied at 25-7-2022 03:41 PM
i wonder status gaji dia…bukan apa, dulu kecoh kes muslim keje kedai jual arak macam 7e, kk mar ...

apabila orang Islam menjalankan urus niaga sama ada dia sendiri menguruskan perniagaan itu atau orang lain bagi pihaknya, maka ia tertakluk kepada syarat-syarat jual beli dalam Islam. Antaranya barang-barang yang diniagakan atau dijual itu hendaklah bersih ainnya. Oleh yang demikian, tidak sah jual beli benda atau barang yang najis ainnya. Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud,

“Sesungguhnya Allah dan RasulNya telah mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi dan berhala.”

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

          Berdasarkan hadis di atas, maka haram ke atas orang Islam menjual daging babi sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada orang kafir sama ada dia sendiri yang menjualnya atau bagi pihak orang lain.

Adrif Publish time 25-7-2022 09:54 PM

macam al-kisah tersebutlah kisah sebuat kisaahhh~

ada Melayu Islam yang bangga poketnya tebal cuci-cuci duit main judi

tapi pandang rendah pada pekerja pasaraya

"Awat hang kije kedai macam ni? Duit kecik jaa."

maka budak tu pun jawab~

"Takpelah gaji kecik, asalkan takde arak."

haa katup cerita. gitulah dunia~

eyansss Publish time 25-7-2022 10:46 PM

Adrif replied at 25-7-2022 09:51 PM
apabila orang Islam menjalankan urus niaga sama ada dia sendiri menguruskan perniagaan itu atau or ...

tqtq for the info...kiranya kes rider amek order nonhalal ni sama macam kes pekerja yang kerja kat kedai jual arak la...

jazaa100 Publish time 25-7-2022 11:53 PM

eyansss replied at 25-7-2022 03:41 PM
i wonder status gaji dia…bukan apa, dulu kecoh kes muslim keje kedai jual arak macam 7e, kk mar ...

Ada org bkn kira eyansss.....
Belasah je.....
Tapi yakinlah, tak kemana pun income dia tu....

eyansss Publish time 27-7-2022 09:34 AM

jazaa100 replied at 25-7-2022 11:53 PM
Ada org bkn kira eyansss.....
Belasah je.....
Tapi yakinlah, tak kemana pun income dia tu....

itu la...seriau sikit bab punca rezeki ni...

encikWawad Publish time 27-7-2022 10:42 AM

ohh itot selamani jual arak je sabit
rezeki terlaknat
rupanya babis dan bangkai juaa

white_musk Publish time 27-7-2022 11:40 AM

ada ke umat di tanah ayer ini yang tidak buat loan? ;P

uori Publish time 27-7-2022 12:53 PM

dedek.bubup replied at 25-7-2022 03:36 PM
sama ngan kawan akudia buat grab sauk gak non halal food sekali
dia tunjuk baru sejam buat dah 100 ...

dan tips dorang lebat, anak sedara aku ngaku sendiri. takat rm10-20 tu, senang je dapat untuk sorang customer.

Prickford Publish time 27-7-2022 01:10 PM

Itu hari yg viral brade FP dapat sebulan 5K tu rupanya dia Top. Kira gaji dia per-hour tak sama dengan downline dia. Nak tergelak iolls, macam MLM pulak.
Pages: [1] 2
View full version: Angkara Rider Bijak Share Gaji RM4,000, Habis Semua Jadi Bangau!


ADVERTISEMENT