Raline Publish time 23-7-2022 10:12 PM

Wanita hairan cicak masuk cawan minuman bertutup rapat

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/07/cicak-dalam-air-1536x1292.jpeg
TANGKAP layar memaparkan senario seekor cicak yang masuk ke dalam minuman seorang wanita. - TikTok


Wanita hairan cicak masuk cawan minuman bertutup rapat

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita yang terkejut menemui seekor cicak masih hidup di dalam minumannya walaupun sudah minum separuh, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @kenalinmelin.

Wanita itu merakamkan detik ketika dia menemui seekor cicak di dalam cawan minumannya yang tinggal separuh. Apabila disentuh, cicak itu kelihatan bergerak.

Dia keliru bagaimana seekor cicak yang cukup besar boleh masuk ke dalam minumannya sedangkan penutupnya masih bertutup rapat.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Cicak dan tikus adalah haiwan misteri yang boleh masuk ke dalam botol minyak atau cawan walaupun ditutup,” kata seorang netizen.

“Eh betul, cicak suka tiba-tiba muncul. Kalau difikirkan tidak ada celah untuk ia masuk,” komen netizen lain. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07/23/wanita-hairan-cicak-masuk-cawan-minuman-bertutup-rapat/

jazaa100 Publish time 24-7-2022 10:21 AM

Klu tak bodoh, bkn indon le.....

Kan @Friska @trisna kannnn.....


:lol:

Friska Publish time 24-7-2022 11:40 AM

jazaa100 replied at 24-7-2022 10:21 AM
Klu tak bodoh, bkn indon le.....

Kan @Friska @trisna kannnn.....

Emangnya kenapa Kakak? Di Malaysia juga ada kasus kayaq ini

Raline Publish time 24-7-2022 06:33 PM

jazaa100 replied at 24-7-2022 10:21 AM
Klu tak bodoh, bkn indon le.....

Kan @Friska @trisna kannnn.....

waduh2 :lol:

ezacbee Publish time 24-7-2022 06:48 PM

Memang la bertutup, tp ko yg bukakan..

{:mlbigsmile:}

Artemesiaa Publish time 25-7-2022 12:33 PM

Penjual air tolong masukan sekali ler tu jadi perisa tambahan
Pages: [1]
View full version: Wanita hairan cicak masuk cawan minuman bertutup rapat


ADVERTISEMENT