CARI-MAL Publish time 22-7-2022 08:42 PM

Saksi Alia Didera, Coki Sendiri Pernah Jadi Mangsa Kekerasan Wanita Rambut Pink

Personaliti media sosial, Coki mendedahkan pernah menjadi saksi dan melihat sendiri kanak-kanak berusia empat tahun bernama Alia didera wanita dikenali sebagai Myra Khan.


Menurut Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel, dia mula mengenali wanita itu selepas menerima tawaran untuk melakukan promosi sebuah produk kosmetik.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/22/204051q69i3zzi0yp3z6ol.jpgIG Coki




Kata Coki lagi, dia juga pernah menjadi mangsa kekerasan Myra apabila dipukul dibahagian kepala selain dimaki dengan kata-kata kesat.


"Saya tinggal di rumah dia dengan beberapa pekerja lain. Rupa-rupanya, mereka juga menjadi mangsa dan tidak pernah dibayar gaji selepas beberapa bulan bekerja.


"Saya menyaksikan sendiri Alia didera Myra. Dia suap sekepal nasi besar kerana Alia tidak mahu makan. Katanya, jangan manjakan kanak-kanak itu kerana dia anak angkat.


"Saya sudah mula rasa tidak sedap hati dan mengajak pekerja lain untuk keluar minum dan ternyata mereka juga adalah mangsa.


"Apabila kami pulang, Myra panggil kami semua berkumpul. Dia maki hamun dan pukul kepala saya. Selepas itu saya terus keluar dari rumah tersebut," katanya kepada mStar.




202207up_1658493645121
IG Story Coki


Perbuatan dera terhadap Alia juga dikatakan sudah beberapa kali berlaku dan Coki sendiri melihat keadaan anak kecil itu tidak terurus sejak pertama kali berjumpa.


Sementara itu, Coki memberitahu dia dan rakan-rakannya yang turut tinggal di rumah tersebut telah mengumpul bukti kukuh dan mencari masa sesuai untuk membuat laporan polis.


"Sejak mula saya nampak Alia sudah seperti tidak terurus selain ada kesan lebam pada bahagian betis. Badannya juga kurus.


"Sebelum ini rakan-rakan saya yang lain menunggu masa sesuai untuk membuat laporan polis dan mereka juga cuba kumpul bukti kukuh.


"Saya pula enggan buat laporan polis atas perbuatan memukul saya kerana mengganggap dia akan dapat balasan setimpal suatu hari nanti. Terbukti hari ini dia sudah ditahan polis," jelasnya yang bersedia menjadi saksi jika dipanggil pihak berkuasa bagi membela nasib kanak-kanak tersebut.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/22/204051e42ax0jtd8886c86.jpg



Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan mengesahkan suspek wanita itu telah ditahan dengan pasangannya di sebuah rumah di Beranang, Selangor.


Mangsa merupakan kanak-kanak yang dikatakan hyper-aktif berusia anggaran empat tahun, merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang mana kelahirannya tidak pernah didaftarkan dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.


Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.




Sumber: mStar

imransulaiman Publish time 22-7-2022 09:22 PM

Macam ni barulah layak mencapub banding dengan ketiak basah tu...

Cantik123 Publish time 22-7-2022 10:41 PM

Kesiannya Aliā€¦ semoga mendapat pembelaan

missyL Publish time 22-7-2022 11:07 PM

Jgn nk blame depression plk nti ye puan mira.
Org lain depressed jgk xde mendera bdk

Meiizu Publish time 22-7-2022 11:22 PM

Keturunan tu hemmm paham2 jelah fompuan depa camno...ehhh rasis plak hakuu

Goodluckdontcry Publish time 22-7-2022 11:53 PM

Aiseh.....coki MN plak ni...coklat choka choki ke? Sedap gak bila mkn dgn roti.. kehkehkeh

Perawankota Publish time 23-7-2022 02:34 AM

Budak ni mcm mixed indon + bangla.. Apapon bangsa dia, tak patut diperlukan begitu..

treschique Publish time 23-7-2022 07:53 AM

iol tgk budak alia tu mcm anak rohigya, kalau i pon tak nk. Yg dia ambik jd anak angkat da kenapa kalau x ikhlas nk jaga. baculnye pompuan ko jdkan budak2 sbg punchbag.

raihaneem Publish time 23-7-2022 09:06 AM

Goodluckdontcry replied at 22-7-2022 11:53 PM
Aiseh.....coki MN plak ni...coklat choka choki ke? Sedap gak bila mkn dgn roti.. kehkehkeh

Coki ni femes di kalangan budak sekolah.
Masa tu tahun 2020...
Saya kenai pun....kwn ank mintak tolong utk print gmbr coki.

Waktu tu dok tolong print utk keja sekolah depa.
Tnya ank..sapa coki, ank kata femes oo dikalangn kwn.

Dia dok buat aksi slow motion ntah mcmna ntah.

Adoii..
Tkleh brain saya waktu tu..;P

bulanbulat Publish time 23-7-2022 10:57 AM

Nak tegur ciko ni. Hg nampak kezaliman kena lapor. Nak harap balasan

Nenolen Publish time 23-7-2022 01:11 PM

wpun apa sekali pun asal keturunan bdk alia tu...dia tak salah dan dia masih kecik utk pertahankan diri dia...moga makcik gundu mira mereputss yer...

ramai ank2 muda ddk rumah gundu mira sebb keje dgn dia...harap depa semua bole keluar dr situ dan keje tempt lain...

teringat dedulu jaman 90an company recruit bdk2 lepasan sekolah keje jual buku dan teddy bear...mmg company bg asrama...keje ikut komisen...kalu bole jual rege tinggi dr apa yg company bagi so dpt ler untung lebih...tiap-tiap hari van company akan bwk bdk2 tu pi bandar/pekan utk menjual...merata ceruk pi sampai keluar daerah dan negeri...my sis antara yg terkena...tak sampai seminggu keje dia call citer apa yg dia kena buat...terus kaka mengamuk dan amik dr asrama...huh nasib my sis jenis mengadu kat famili dan tau famili akan cepat bertindak...

Goodluckdontcry Publish time 23-7-2022 01:45 PM

raihaneem replied at 23-7-2022 09:06 AM
Coki ni femes di kalangan budak sekolah.
Masa tu tahun 2020...
Saya kenai pun....kwn ank mintak to ...

Ok patutla..den ni DH kategori errr tua Bangka..bdk coki ni plak..era gen zzz..mana la den nak kenal.. terima kasih ATS informasi nya kome..

Senang BTL nk popular ye..buat video slow motion pun Ada org suka..dekat YouTube pun, Ada video..xsilap den..duk jer dpn video berjam2 xbuat ape..boleh plak ramai subscribers..tahla den pelik dgn tunas Rasa org2 masa kini..:dizzy:

beatgirlX Publish time 23-7-2022 01:52 PM

Myra ni founder apa?

fortiori13 Publish time 23-7-2022 02:28 PM

Kalo gi depress gi la dapatkan bantuan pakar, bukannya mendera budak kecik yg x boleh lawan balik ....

Ko mmg jahat, so x yah guna alasan depress....

dagusengett Publish time 23-7-2022 02:32 PM

Aduhhh anak tu tak berdaftar pulak
Apala nasib
Nasib tak sampai mcm bella
Sapa nak pi bela
But beza ya kes ni
Puak Umno pun sibuk interframe
Bella semua diam

lilpurplelady Publish time 23-7-2022 04:03 PM

tak ada yang nak bukak thread pasal founder ni ke? dekat tiktok perfect macam peranakan. sekali mak gajah

lilpurplelady Publish time 23-7-2022 04:05 PM

ioll nak kecam bjemaah founder tak serupa, dalam tiktok, insta kemain kurus, cantik, mcmana ye orang yg beli product founder ni kalau diri dia pon sedih

Tembikaigoreng Publish time 23-7-2022 09:09 PM

Jahat nauuu rambut pink ni

margo20 Publish time 23-7-2022 10:01 PM

Coki ni kalau panggil sekali dia tak dengar panggil 2x dh jadi coki coki pulak

raihaneem Publish time 24-7-2022 10:49 AM

Goodluckdontcry replied at 23-7-2022 01:45 PM
Ok patutla..den ni DH kategori errr tua Bangka..bdk coki ni plak..era gen zzz..mana la den nak ken ...

Tu laaaa...takleh brain oo masa ank bgtau.
Pelik..takkan takat buat slow mo pun ramai gilaaa follower.

Kwn siap puji coki encem, kiut la..siap buat buku skrap psl coki.

Jenih gini kalau dpt reply dr selebirti tu terus lompat smpai siling.

Saya pun kategori org lama..;P
Pages: [1] 2
View full version: Saksi Alia Didera, Coki Sendiri Pernah Jadi Mangsa Kekerasan Wanita Rambut Pink


ADVERTISEMENT