Raline Publish time 21-7-2022 01:45 PM

Petani terkejut lihat anak ayam berkaki empat

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/07/ayam-kaki-empat.jpg
Nong Nam Chok mengalami keadaan kecacatan kelahiran genetik dan sejenis kecacatan kongenital anggota badan. – Thaiger

Petani terkejut lihat anak ayam berkaki empat

BANGKOK – Seorang petani di wilayah Nong Khai, Thailand, terkejut apabila mendapati seekor anak ayam yang dibelinya mempunyai empat kaki dan dua punggung, lapor laman berita Thaiger semalam.

Lelaki bernama Idisak itu membeli 1,000 ekor anak ayam betina dan meletakkan haiwan-haiwan tersebut di dalam reban miliknya di Big Bum Farm.

Salah seekor ayam itu mencuri perhatian Idisak kerana keadaan fizikalnya yang luar biasa.

“Saya membela ayam selama 15 tahun dan sepanjang tempoh tersebut, sayatidak pernah melihat anak ayam mempunyai empat kaki dandua punggung,” katanya.

Berita mengenai anak ayam itu pantastersebardenganorang ramai mengunjungi ladang ternakanIdisak bagi melihat sendiri keganjilan tersebut.

Ayam itu bahkan diberi nama Nong Nam Chok, bermaksud si kecil yang membawa tuah.

Ada antara penduduk kampungdatang ke situ setiap hari dengan harapan agar haiwan itu dapat membawa kemewahan kepada mereka selain ada yang membuat ramalan nombor ekor.

Kejadian anak ayam berkaki empat pernah dilaporkan di China, India dan Thailand dengan nama saintifik bagi ke­adaan itu adalahpolymelia.

Polymelia merupakan sejenis kecacatan genetik di mana anak ayam yang mengalami sindrom tersebut mempunyai lebihan anggota badan yang mengecut atau cacat. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07/21/petani-terkejut-lihat-anak-ayam-berkaki-empat/

Artemesiaa Publish time 25-7-2022 12:44 PM

Mutant ler tu
Pages: [1]
View full version: Petani terkejut lihat anak ayam berkaki empat


ADVERTISEMENT