rikuren Publish time 21-7-2022 09:53 AM

Rakyat Tertekan - Barang Mahal, Inflasi Tinggi, Menteri Naik Gaji


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/21/085736ryggnr7xmrejppdl.png







Berkuatkuasa 1 Julai lalu, kerajaan menarik semula subsidi barangan makanan iaitu telur ayam dan minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol dua hingga 5 kg.


Tujuan kerajaan membuat keputusan tersebut adalah bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran lebih stabil selain menstabilkan harga dalam jangka masa panjang.


Kesan dari penarikan semula subsidi ni akan meningkatkan tekanan hidup rakyat di mana rakyat terpaksa ikat perut.


Selain dari berita kenaikan gaji Pengerusi Felda Felda Global Ventures, terbaru, ketika ramai rakyat Sabah hidup dalam kedaifan dan murid sekolah perlu berhadapan dengan hari sukar disebabkan infrastruktur jalan yang teruk, DUN Sabah meluluskan pula usul untuk menaikkan saraan Ketua Menteri, ADUN dan anggota pentadbiran negeri yang lain.


Dalam pada itu, khabarnya kerajaan akan menarik pula subsidi elektrik seperti yang dikongsi pengguna Twitter ini.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/21/081426zhhh82r0ws0s442p.pngKredit foto - Twitter


Ciapan ini membuat netizen berasa berang dengan pimpinan kerajaan sekarang yang dilihat tidak menjaga kebajikan rakyat. Mereka mempersoalkan mengapa gaji menteri perlu dinaikkan ketika rakyat sedang menghadapi masalah ekonomi dan harga barangan yang kian meningkat, malah mahu menarik subdisi elektrik pula.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/21/081729es3kkawzx9a6w4ex.png

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/21/081853rq8nfri7mla7oiai.png
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/21/082112kh80yge0ny9g0gy0.pngKredit foto - Twitter


Nampaknya kita rakyat Malaysia ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Ketika rakyat terjejas akibat penularan Covid-19 yang membawa kepada kehilangan pekerjaan dan perniagaan, selain kesan tambahan berikutan bencana banjir baru-baru ini, ditarik pula subsidi.


Impak dari penarikan tersebut, inflasi akan terus berlaku dan nilai matawang kita akan semakin mengecil. Dan paling menyedihkan kita tak mampu untuk mengawalnya. Keputusankerajaan Keluarga Malaysia ini seolah olah meletakkan semua beban kos hidup harian tu kepada rakyat.


Apa yang kita mampu, hanyalah rancang kembali kewangan kita dan jaga nilai aset kita. Persiapan untuk inflasi mendatang.


Sementara itu, satu penyelesaian bersifat holistik perlu dibuat kementerian-kementerian terlibat. Kita guna falsafah mudah. Kau jaga perut rakyat, rakyat akan jaga kau semula. -CARI












KamikuP Publish time 21-7-2022 11:10 AM

Bodo punya menteri, kalau kene campak kat Sri Lanka baru ada akal

Adrif Publish time 21-7-2022 02:01 PM

"You depend on our protection
Yet you feed us lies from the tablecloth"

Buritan Publish time 23-7-2022 02:36 PM

KamikuP replied at 21-7-2022 11:10 AM
Bodo punya menteri, kalau kene campak kat Sri Lanka baru ada akal

Siann depa.. aku setuju depa naik gajii... depa ade 4 minik belum skandel lg.. tu haa bini no 2 nak bmw.. no 3 nak mercedes.. siann depa.. aku setujuuuu sgt depa naik gaji.. abak nak bercuuti obersea.. minik no 4 nak brranak kek princecourt.. semua tuu pakai duit.. kesiann

Buritan Publish time 23-7-2022 02:40 PM

Rkyt semua kena phm.. depa nak bli perari.. minyak dah naik rege.. perari yg nak rasmi kek kg tuu pun kena bayo utang tiap bln.. skandel nak bungaliw sebijikk.. cmn oiii.. bg aku laa naikkan gaji depa 200% barulaa ok.. hangpa tkyt jgn nak dengkiii.. tuu rumah kat obersea tuu sape nak bayoo.. tggungan depa tinggi.. aku kesian.. tuu menteli gundu gundu tuu nak potong perut pun pakei duitt oiiu.. puluh riban.. aku setuju depa naik gaji..

ina_na Publish time 23-7-2022 07:36 PM

Aku dah agak dah..deme mesti nk naik gaji walau ape pun terjadi... Nsb la rakyat Malaysia ni penyabar orgnye..

Artemesiaa Publish time 25-7-2022 12:43 PM

Pastikan next PRU jangan salah mengundi lagi

Zeatyisaac Publish time 31-7-2022 01:15 PM

Buritan replied at 23-7-2022 02:40 PM
Rkyt semua kena phm.. depa nak bli perari.. minyak dah naik rege.. perari yg nak rasmi kek kg tuu pu ...

I setuju dengan you. Tambahan pulak, yang bijak takut nak jadi menteri, last2 terpaksa kita2, rakyat ni pangkah si bodoh2, itu je yang ada.
Pages: [1]
View full version: Rakyat Tertekan - Barang Mahal, Inflasi Tinggi, Menteri Naik Gaji


ADVERTISEMENT