Raline Publish time 19-7-2022 11:24 PM

Rapid KL perli penumpang makan mi segera

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/07/WhatsApp-Image-2022-07-19-at-2.42.56-PM-1.jpeg
Tangkap layar status Rapid KL di akaun Facebook rasminya hari ini.


Rapid KL perli penumpang makan mi segera

PETALING JAYA – Disebabkan kedegilan para penumpangnya, pihak Rapid KL hari ini mengambil tindakan memerli penumpang yang melanggar undang-undang.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi, Rapid KL memerli dua wanita yang dilihat memakan mi segera di dalam tren.

“Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk makan mi segera dalam tren. Dah makan, tak pakai pelitup muka pula.

“Untuk keselesaan anda, ada sebab kami melarang penumpang untuk makan dan minum di dalam tren,” katanya syarikat prasarana itu.

Status tersebut turut disertakan dengan tanda pagar #rapidkl #tegursebabsayang.

Rata-rata orang ramai bersetuju dengan tindakan yang dilakukan Rapid KL dan menyeru pihak berwajib supaya bertegas dengan penumpang yang masih berdegil.

“Jenis tegur tidak jalan elok emergency brake (brek mengejut) biar mi segera masuk hidung.

“Masa orang makan mi segera dalam tren ni tiada pula brek mengejut,” ujar Rashid Saleh Yakob.

“Nanti kena saman, salahkan RapidKL. Kalau tren tiba-tiba berhenti mengejut mi segera jatuh satu koc kotor sebab kuah mengalir,” kata Zaa Landau.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... li-penumpang-degil/


encikWawad Publish time 21-7-2022 08:43 AM

b40 kat page repid kemain rempit komen sebelum sindir makan megi
pls fix the service **halah2 bodohnya
two separate matters kot. tapi kat page m40ish cam patriot semua hentam b40 dan budak2 megi itu

Artemesiaa Publish time 25-7-2022 12:47 PM

Kalau kat Jepun jangankan dalam train dalam kawasan station pun tak boleh makan
Pages: [1]
View full version: Rapid KL perli penumpang makan mi segera


ADVERTISEMENT