CARI-MRO Publish time 19-7-2022 12:41 PM

Mat Motor Jumpa Sami Siam, Jampi Motor Untuk Tambah Power

PETALING JAYA – Tindakan beberapa pemuda tempatan membawa motosikal mereka berjumpa dengan sami di negara seberang untuk ‘dijampi’ telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai.


Menerusi sebuah video tular di media sosial baru-baru ini yang dikongsikan seorang pengguna, dapat dilihat upacara membaca jampi yang dilakukan oleh sami berkenaan terhadap dua buah motosikal dihadapannya.


“Tambah ‘power’, baru ramai takut,” tulisnya di kapsyen.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/19/124110ckab0aaa72h1leva.pngFoto: Tiktok




Dalam pada itu, sami berkenaan turut merenjis ‘air suci’ selain menulis sesuatu pada nombor pendaftaran motosikal tersebut.


Menjengah ke ruangan komen, ramai yang beranggapan tindakan tidak masuk akal itu disebabkan pemuda tersebut terlalu obses dengan dunia permotoran atau bimbang akan kehilangan ‘harta dunia’ kesayangannya itu.


“Sayang motor abang ini, mungkin dihantar jampi elak orang curi motor kesayangan,” ujar seorang pengguna.


“Tambah power, biar boleh terbang di udara tanpa sebarang masalah,” seloroh pengguna lain.-CARI


Sumber: Kosmo

encikWawad Publish time 19-7-2022 01:46 PM

jampi sekali jumpo pulis tak nampak gak

copy_paste Publish time 19-7-2022 03:25 PM

hahahahha,ok la tu rawatan altenatif,
suruh pomen buat x laju2,last2 jumpe bomoh hahahahha
Pages: [1]
View full version: Mat Motor Jumpa Sami Siam, Jampi Motor Untuk Tambah Power


ADVERTISEMENT