CARI-MAL Publish time 19-7-2022 10:24 AM

Tak Pernah Rasa Kasih Sayang Bapa, Nikah Pun Guna Wakil Wali

Dugaan ditempuh wanita ini cukup besar apabila bapanya enggan menjadi wali di hari bahagianya.


Fatina Emylin, 27, bercerita mengenai kisahnya yang terpaksa menggunakan wali hakim pada hari bahagianya bagi menggantikan bapa kandung.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/19/102350q677k76bi9ykh0ft.jpg



Senang disapa Emylin, dia yang menetap di Temerloh, Pahang ini menceritakan bagaimana dia akhirnya selamat dinikahkan pada 10 Jun lalu walaupun pelbagai ujian terpaksa dilalui.


“Saya terpaksa berkahwin dengan cara wakalah wali disebabkan mak ayah sudah bercerai sejak saya masih kecil. Saya memang tak pernah duduk serumah dengan ayah kandung, jadi memang tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah.


“Jadi bila tiba waktu nak kahwin, saya ada minta ayah jadi wali untuk saya tapi permintaan tu ditolak baik oleh ayah atas sebab tertentu. Tapi tidak mengapa sebab saya faham dengan situasinya,” ujarnya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.


Menghormati keputusan dibuat, dia yang merupakan seorang perunding Takaful mengambil inisiatif lain dengan meminta izin agar dibenarkan untuk membuat wakalah wali iaitu wakil wali kepada bapanya.


Selaku anak tunggal dalam keluarga, dia terpaksa bersetuju menggunakan cara ini bagi memudahkan urusan pernikahan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/19/102351di7i6jr9t9to7oqq.jpg



“Saya nak selesaikan urusan borang nikah agak sukar. Saya ada tanya ayah boleh walikan ke tidak tapi dia jawab ‘boleh dalam zoom meeting.


“Jadi nak tak nak saya kena akad nikah secara dalam talian. Sebelum tu saya ada juga tanya kadi kemungkinan ada cara lain untuk buat pernikahan macam orang lain. Kadi pun beritahu pasal kaedah wakalah ni.


“Nak buat wakalah ni perlu dua hari sebelum akad nikah, jadi saya minta cara baik untuk ayah video call dengan kadi dan wakilkan dia ketika majlis berlangsung,” ujarnya.


Selepas selesai akad nikah pada 10 Jun lalu di Masjid Temerloh Jaya, Pahang, dia kemudian menerima mesej permohonan maaf dan doa daripada bapa kandung kerana tidak dapat menjadi wali.


Mengakui tidak mahu membebankan bapanya, dia juga tidak meminta walau sedikit wang untuk melangsungkan majlis.


Emylin juga sempat memperincikan kisah di sebalik ayat yang ditulis pada video yang mengundang sebak warga maya di TikTok.


“Saya bersyukur majlis sanding pada 11 Jun berjalan dengan lancar dan sekarang dah selamat jadi isteri orang. Saya telah habiskan lebih kurang RM40,000 untuk majlis sanding dan nikah sebab dilakukan sekali gus.


“Tentang ayat saya tulis dalam TikTok tu hanyalah luahan perasaan. Saya tak pernah ada rasa kasih seorang ayah selain mama (ibu). Hidup saya hanya berdua dengan mama saja.




202207up_1658197294138


“Sejujurnya, saya tak marah ayah tinggalkan saya dan mama. Saya anggap ini semua ujian saya dari Allah dan dugaan berkahwin sebab semua orang ada jalan ceritanya sendiri,” ujarnya.




Sumber: mStar

Cokoro Publish time 19-7-2022 10:52 AM

semua nk masuk dlm tiktok

Thunderclouds Publish time 19-7-2022 12:23 PM

Ok. Motip masuk tiktok? Apa yg dia nk sampaikn sebnanya?

mamajawie Publish time 19-7-2022 01:31 PM

halah2 terpaling sedeyhhh la citer ni cam la ko sorang je pakai wali hakim dekkkk..sedangkan jahbungkus pun x pakai wali bapak kandung padahal terang2 ongtua tu hidup lagi kat muka bima sakti ni pun wat lek wat pis je..

xtinkerbellx Publish time 19-7-2022 02:55 PM

Dah tu mende. Simpan je la benda gini

Perawankota Publish time 20-7-2022 01:34 AM

Kenapa baju kawen dia tu nmpk ketat yang Amat..

dekmieDandy Publish time 20-7-2022 09:38 AM

kalau bapak dia dah tolak secara baik, kenapa dok gigih lagi buat tiktok bagai

Mary_jane Publish time 20-7-2022 11:29 AM

Asal boleh je jadi modal buat content.

Gomea Publish time 23-7-2022 03:13 PM

Kalau tak buat content tak dapatlah nak habaq majlis dia 40k, pelamin jurai2

glump Publish time 23-7-2022 04:51 PM

Buka aib bapa untuk jadi content + meriak belanja besar utk majlis kahwin sendiri..

jazaa100 Publish time 24-7-2022 10:24 AM

Dia tak terpikir ke knp ayah dia tolak.....
Mesti ada sebab.....
Kang ayah dia huraikan satu persatu, lg kau meraung.....kau bkn HO blh bg mcm² alasan....

Artemesiaa Publish time 25-7-2022 12:31 PM

Benda tu pun nak kecoh ramai je yang macam dia tak de ler canang serata alam

ezacbee Publish time 25-7-2022 12:59 PM

Founder ke? tanya je :lol:

shernazz Publish time 25-7-2022 02:21 PM

Ooo
Perunding takaful
Patut.la...
Hoho...dah femes dah ni ha...

Carcosa Publish time 27-7-2022 01:33 AM

Cerita psl Bapak kandung taknak jadi wali.
Tiba2 selit spent 40k:lol:Apoooo???
Oh Agent Takaful. Ooooooooookaaaaaaay.

WeAiNe Publish time 27-7-2022 07:04 AM

design baju nikah hauk
fefeling nak urban seksi tapi bertudung
dahlah ketat yang amat
design atas dada tu meminta kecam je
Pages: [1]
View full version: Tak Pernah Rasa Kasih Sayang Bapa, Nikah Pun Guna Wakil Wali


ADVERTISEMENT