Al-Qur'an & Hadith: Bab: Kaya / Kuat vs. Miskin / Lemah
Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.Diceritakan oleh Sulaiman bin Harb, diceritakan oleh Muhammad bin Thalhah, daripada Thalhah, daripada Mush'ab bin Sa'ad,
"Sa'ad menganggap bahawa dirinya memiliki kelebihan dibandingkan dengan orang lain.
Maka Nabi s.a.w. bersabda,"Tidaklah kalian ditolong dan diberi rezeki melainkan kerana adanya orang-orang yang lemah (termasuk orang miskin)(di antara) kalian."
(Hadith Bukhari no. 2681)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Zuhair bin Harb, diceritakan oleh Isma'il bin Ibrahim, daripada Ayyub, daripada Abu Raja' Al 'Utharidi, daripada Ibnu 'Abbas,Nabi s.a.w. bersabda,
"Aku melihat syurga, maka terlihat olehku kebanyakan penghuninya ialah orang yang miskin.
Dan aku menengok pula ke neraka, maka kelihatan olehku kebanyakan penghuninya ialah kaum wanita."
(Hadith Muslim no. 4920)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Pages:
[1]