CARI-MAL Publish time 15-7-2022 05:21 PM

Gadis Dilamar Pak Arab Dengan Mas Kahwin RM450,000

Doktor wanita berasal dari Konawe Selatan, Sulawesi Tenggara dilamar jejaka dari Arab Saudi dengan mas kahwin bernilai 1.52 bilion rupiah (RM450,000).


Lapor Tribunnews, kisah pasangan yang bakal bernikah Disember tahun ini menjadi tular dalam media sosial selepas pihak keluarga lelaki merisik bakal pengantin perempuan di rumah keluarganya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/15/172010okisxsixsxskpsk7.jpgFoto: Liputan6




Bapa pengantin perempuan, Samsu berkata, anaknya berkenalan dengan lelaki itu semasa mengikuti pengajian di Fakulti Perubatan Universiti Perubatan Medical di Beijing, China.


“Dr Ahmad Tariq Said Ahmed Ali adalah senior kepada anak saya di sebuah kampus ternama di China.


“Mereka berkenalan selama lebih empat tahun dan anak saya asalnya ragu-ragu terhadap masa depan hubungan mereka kerana dia belajar di luar negara.


“Anak saya mula yakin dengan hubungan cinta mereka selepas melihat kesungguhan Dr Ahmed untuk mengahwininya,” katanya.


Majlis pernikahan akan diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Desa Montaha, Kecamatan Angata.


Dr Ahmed yang berasal dari Jeddah perlu menguruskan proses pendaftaran pernikahan di Kedutaan Besar di Jakarta.


Malah, keluarga pihak lelaki juga perlu menguruskan visa semasa majlis pernikahan nanti.




Sumber: Utusan

che-cikL Publish time 15-7-2022 06:19 PM

matjerk Publish time 15-7-2022 11:09 PM

Jangan tertipu mcm kes org malaysia kawen "jutawan lubnan" dulu udah la....

https://syahrilkadir.wordpress.com/2009/09/16/apa-lagi-si-jutawan-lubnan-ni-nak-buat/
Pages: [1]
View full version: Gadis Dilamar Pak Arab Dengan Mas Kahwin RM450,000


ADVERTISEMENT