CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 896|Reply: 2

KJ Umum Ubat Mengandungi Kanabis Mula Dibenar Tahun Depan

[Copy link]
Post time 15-7-2022 01:24 PM | Show all posts |Read mode


Setelah sekian lama kanabis atau ganja menjadi perdebatan pengunaannya sebagai ubat, Kementerian Kesihatan akhirnya membenarkan penggunaan beberapa produk perubatan mengandungi bahan tersebut dikenali sebagai cannabidiol (CBD) pada tahun hadapan.



Memetik laporan Utusan Malaysia, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan, keputusan berkenaan dibuat selepas kajian awal kementerian dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mendapati terdapat bukti pengunaannya boleh membantu pesakit yang mengalami penyakit tertentu.



Bagaimanapun, CBD hanya boleh digunakan bagi tujuan perubatan dan diperoleh menerusi preskripsi doktor di klinik serta hospital dan sama sekali tidak boleh dibeli dari mana-mana pihak yang tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan.



Gambar hiasan.


"Sekarang ini dalam proses untuk melihat dalam keadaan mana produk CBD boleh diberikan. Itu termasuk dalam kerangka kerja untuk kita laksana tahun depan.



"Bila bawa masuk CBD, ia tidak boleh dibeli di kaunter. Ia mesti melalui preskripsi. Bila dah ada produk di sini, doktor dah tahu mcam mana nak bagi CBD. Tiada guna kita bagi kebenaran lesen untuk bawa masuk CBD tapi doktor tak tahu macam mana nak bagi preskripsi.



"Itu yang akan ambil masa sedikit. Jadi, jangka masa tahun depan adalah realistik," katanya.



Gambar hiasan




Jelasnya lagi, keputusan membenarkan produk CBD juga tidak perlu melalui mana-mana peruntukan akta mahupun kelulusan di Parlimen.



Dari segi kelulusan produk CBD pula, kata Khairy, produk-produk akan diusulkan oleh syarikat farmaseutikal dan dinilai NPRA sebelum didaftarkan pada tahun hadapan.



"Yang penting kita tengok kesahihan produk itu. Kena tengok data keselamatan dan keberkesanan untuk penyakit tertentu.



"Malah dari segi pendidikan dan pendedahan saintifik juga perlu diberi kepada pegawai perubatan di Malaysia. Sebab buat masa ini kita melihat CBD secara preskripsi bukan untuk kegunaan sendiri dan jauh sekali kegunaan kanabis," katanya yang turut mendedahkan terdapat ujian klinikal sedang dijalankan mengenai penggunaan CBD.



Gambar hiasan.


Bagi usul segelintir pihak yang memohon kebenaran penanaman ganja di negara ini pula, kata Khairy, pihak mereka mengambil langkah berhati-hati dan buat masa ini ingin fokus pada keberkesanan CBD terlebih dahulu.



"Soal penanaman itu jauh lagi. Kita tengok dulu, kita ambil langkah demi langkah, langkah berhati-hati. Mula-mula kita daftar CBD. Kita tengok penerimaan doktor dan pesakit. Sekiranya, penerimaannya tinggi, selamat dan berkesan, barulah kita fikir soal penanaman," katanya. -CARI









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 03:42 PM | Show all posts
mampu hurmmmm jee
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 05:59 PM | Show all posts
Takpe kita tanam dulu senyap-senyap tahun ni. Nanti bila dah dapat hasil boleh jual pada mana-mana pihak yang cari ganja untuk kandungan ubat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.436722 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list