Raline Publish time 15-7-2022 12:34 PM

Lelaki miliki 9,364 memorabilia Power Rangers

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/07/power-rangers.jpg
Nilsen memiliki sebanyak 9,364 memorabilia Power Rangers yang dikumpul sejak berusia 10 tahun. - Guinness World Records

Lelaki miliki 9,364 memorabilia Power Rangers

WASHINGTON – Seorang lelaki diAmerika Syarikat menempa nama dalam Guinness World Records apabila mengumpul9,364 memorabilia berkaitan siri te­levisyen adiwira popular, Power Rangers sejak berusia 10 tahun, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Michael Nilsen memiliki pelbagai barangan termasuk patung watak-watak utama Power Rangers, senjata, buku dan cakera video digital (DVD). Ia merangkumi semua 28 musim siri televisyen Power Rangers beserta tiga buah filem.

“Ia merupakan program te­levisyen paling hebatpernah saya tonton,” katanya yang pertama kali menonton siri tersebut pada tahun 1993.

Menurut Nilsen, minat kepada aktiviti mengumpul memorabilia itu bermula pada tahun tersebut selepas menerima ha­diah daripada bapa saudaranya.

Dia ketika itu diberikan patung robot Megazord daripada musim pertama Power Rangers sempena hari lahirnya yang ke-10.

Pada awalnya, Nilsen berasa agak kecewa dengan patung tersebut.

“Patung itu tidak boleh bercantum atau bertukar bentuk. Ketika itu, saya berharap ia le­bih kecil dan mempunyai tangan yang boleh menembak,” ujarnya.

Bagaimanapun, selepas diperkenalkan kepada patung Megazord yang lebih menarik lima bulan kemudian, ia membuatkan Nilsen bersemangat untuk terus mencari patung-patung Power Rangers lain yang terdapat di pasaran.

“Ia boleh bercantum dan bertukar seperti yang dipaparkan dalam televisyen. Ia amat hebat dan saya tidak menyangka patung itu boleh berfungsi seperti itu,” katanya.

Kini, koleksi Nilsen tanpa mengambil kira siri Power Rangers: Dino Fury musim ke-29 di Netflix, adalah termasuk robot Soul of Chogokin Megazord yang berharga AS$400 (RM1,775) di samping koleksi lengkap patung watak Power Rangers paling kecil di dunia. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07/15/lelaki-miliki-9364-memorabilia-power-rangers/

epullipan Publish time 22-9-2022 09:57 AM

yeah hanya collector saja yang faham kegembiraan bila dapat collect benda yang kita minat

erdilaser Publish time 31-5-2023 03:24 PM

We’re truly amazed at your decoration skills. This collection looks great!
Pages: [1]
View full version: Lelaki miliki 9,364 memorabilia Power Rangers


ADVERTISEMENT