Raline Publish time 15-7-2022 12:06 PM

Murah rezeki selamatkan kucing jalanan

Murah rezeki selamatkan kucing jalanan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/tiram2_1657854985.jpg
ANTARA kucing jalanan yang diselamatkan. FOTO Mary Victoria Dass

Johor Bahru: "Saya berdepan dengan pelbagai ujian termasuk pernah hampir terputus bekalan makanan kucing namun saya tidak menghentikan kerja amal ini dan terus berusaha memastikan nasib haiwan ini tidak terabai," kata pemilik Cat Tiram Shelter (CAT), Nor Azhar Abdul Hamid.

Nor Azhar, 52, atau dikenali sebagai Hatta berkata, kewujudan pusat perlindungan kucing itu bermula apabila dia menjadi Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) atau kini dikenali sebagai Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) pada 2015 dan kerap menerima aduan berkaitan kucing jalanan.

Menurutnya, hasil tinjauan, dia mendapati masyarakat sekitar turut menjadi penyumbang kepada pertambahan kucing terbiar apabila ada yang membuang haiwan itu apabila berpenyakit atau tidak mampu memberi jagaan atas faktor kesihatan mahupun kewangan.

"Saya tidak sampai hati melihat haiwan ini dibuang begitu saja dengan keadaan sakit dan berkurap. Saya mula menjalankan kegiatan menyelamatkan beberapa kucing jalanan dan memberi rawatan kerana saya gembira melihat haiwan ini sihat.

"Lama-kelamaan timbul idea mengasaskan pusat perlindungan kucing jalanan di tanah milik keluarga di kawasan seluas 1.69 hektar di Sungai Tiram di sini pada 2016.

"Saya membelanjakan hampir RM70,000 bagi mengasaskan pusat perlindungan ini," katanya.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/tiram_1657854983.jpg
HATTA meluangkan masa bersama kucing yang diselamatkan di CAT. FOTO Mary Victoria Dass

Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia memberi perlindungan kepada 260 kucing jalanan yang diselamatkan.

Menurutnya, demi mengurus pusat perlindungan kucing selain sebuah syarikat pengurusan acara, dia berhenti kerja sebagai kakitangan bank beberapa tahun lalu.

Katanya, dia bersyukur kerana walaupun sibuk dengan tugasan harian, dia tidak pernah mengenepikan aspek penjagaan kucing di pusat perlindungan dengan bantuan beberapa pekerja.

"Perkara utama dalam mengurus pusat perlindungan kucing ini adalah memastikan rutin rawatan dan pembersihan dan pemakanan.

"Ketika pandemik Covid-19, bekalan makanan kucing hampir terputus namun saya bersyukur apabila beberapa individu tampil membantu pada saat akhir.

"Alhamdulillah sehingga kini Allah memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan usaha murni ini dan berkat kerja amal ini, bukanlah saya menjadi kaya-raya tetapi rezeki saya tidak putus dan ia memberi kepuasan tidak ternilai," katanya.

Hatta berkata, dia bersyukur kerana ada individu yang sanggup mengambil kucing jagaannya walaupun ia masih dalam rawatan dan menyatakan mereka mahu memberi perlindungan serta penjagaan baik.

Menurutnya, dia bagaimanapun tidak menggalakkan sesetengah pemilik kucing yang sengaja mahu melepas tanggungjawab dengan menghantar kucing ke pusat perlindungan berkenaan.

"Sekiranya mereka tetap mahu menyerahkan kucing, kami meminta mereka membelikan 30 kilogram makanan bagi menampung keperluannya untuk 180 hari.

"Saya tidak bergantung kepada derma orang ramai namun saya tidak menolak sekiranya ada yang ingin memberi sumbangan makanan kucing sebarang jenama," katanya.

Hatta berkata, dia juga menggalakkan pencinta kucing bagi menjalankan kerja sukarelawan di pusat perlindungan kucing itu.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/861740/murah-rezeki-selamatkan-kucing-jalanan

HabukBesi Publish time 8-11-2022 11:29 AM

geram bila kucing di buang di tempat yang susah nak dapatkan makanan :huffy

Ayda89 Publish time 13-12-2022 02:14 AM

Iols pun bela berekor2 kucing jalanan jugak. Tak sampai hati kalau ternampak yg kecik2 tu besar tapak tangan tu bejalan kelaparan.. sepatutnya usia mcmtu tido je kekenyangan minum susu ibu.. walau teringin british short hair takpela iols korbankan keinginan tu sbb bela baka kampung ni pun kos medical n maintenance kopak jugak;P cuma harapan i, semoga rakyat malaysia lebih terbuka soal neuter/spay/mandulkan kucing supaya kucing2 liar tu semua tak hidup melarat kena buang gitu je
Pages: [1]
View full version: Murah rezeki selamatkan kucing jalanan


ADVERTISEMENT