NekNgah Publish time 14-7-2022 03:27 PM

Honeymoon [Slot Lestary, TV3 : Zara Zya, Ben Amir, Wanns Ahmad, Hanna Aqeela]

Edited by NekNgah at 14-7-2022 03:31 PM

Honeymoon
Drama bersiri : 20 episod
Tarikh mula tayangan : 16 Julai 2022
Waktu siaran : setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam
Rangkaian : Slot Lestary, TV3
Drama adaptasi novel : Honey-Moon, tulisan Nurhayati Ishak
Penulis skrip : Sha Farhana
Pengarah : Pali Yahya
Produksi : Mache All Star United Sdn Bhd

Pelakon/Watak
Zara Zya - Moon/Muna
Ben Amir - Ilham Najmi
Wanns Ahmad - Jiman
Dynas Mokhtar - Hajjah Aminah
Rashdan Baba - Haji Sapie
Hanna Aqeela sebagai Maira
Fazlina Ahmad Daud
Neera Azizi
Armada Ammar

Sinopsis Honeymoon

Seorang, lurus bendul, bersaiz XXL dan banyak cakap.
Seorang, pendiam dan misteri.

Moon dan Ilham dua watak yang tiada langsung persamaan.
Namun siapa sangka, ketentuan-Nya mereka bertemu dalam keadaan yang tidak terduga…

Moon tak sangka, lelaki kacak yang terserempak dengannya di tepi sungai itu adalah tunangnya. Hensemnya tunang Moon mak oi! Hampir-hampir Moon nak jerit. Tetapi sayang, Ilham tidak tahu dia siapa. Err…

Pelik… Cinta memang pelik atau Ilham yang pelik, boleh jatuh cinta pandang pertama dengan gadis lurus bendul macam Moon. Saiz belakang kira, yang penting jiwa dan raga dah tertawan.

“Abang tak tahu waktu bila abang sedar abang jatuh cinta pada Honey. Lihat keletah Honey, sikap sengal-sengal Honey, tiba-tiba cinta datang tanpa abang sedar. Bila dah hidup bersama ni, tentulah cinta tu makin kuat.” - ILHAM

Moon dan Ilham fikir perkahwinan manis-manis belaka, mana tahu ada hempedu yang terpaksa ditelan. Sebenarnya Ilham sangat tertekan dengan kerjayanya yang melibatkan sindiket berbahaya. Dia mula abaikan Moon sehingga Moon berdendam dan nekad berubah. Bila Moon dah tunjuk belang dan tak hinginkan Ilham lagi, mulalah lelaki itu hilang arah.

“Pergilah, bang! Pergi balik. Jangan menyusahkan hidup Moon di sini lagi. Kalau Moon tak ada pun, perempuan lain boleh jaga abang!” - MOON

Akibat salah faham, rumahtangga Ilham dan Moon goyah.

Seorang ego, seorang pentingkan diri. Tetapi hubungan mereka perlu diselamatkan, perlu dibajai semula demi kebahagiaan hakiki.

Setiap pasangan ada peranannya di dalam semesta ini. Perlu sabar di kala tenang, perlu cekal di kala gelombang. Kita diberi ruang untuk membetulkan kesilapan. Di sini hanya pentas untuk kita melakonkan watak masing-masing.






NekNgah Publish time 14-7-2022 03:28 PM

Edited by NekNgah at 15-7-2022 12:18 PM

https://www.instagram.com/p/Cf8bONwLCZa/?igshid=YmMyMTA2M2Y=https://www.instagram.com/p/CgAxS9_J7F3/?igshid=YmMyMTA2M2Y=
https://www.instagram.com/p/Cf8f2A7p9z6/?igshid=YmMyMTA2M2Y=
https://www.instagram.com/p/Cf0kdsHr24N/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

NekNgah Publish time 14-7-2022 03:28 PM

Edited by NekNgah at 16-7-2022 07:15 PM

Trailer,https://www.instagram.com/tv/CgEFBbYFmpA/?utm_source=ig_web_copy_link

Cokoro Publish time 14-7-2022 09:39 PM

Mcm comel je cite ni

Perawankota Publish time 15-7-2022 03:45 AM

So dlm citer ni zarazya kena gemok kan badan ke?

NekNgah Publish time 15-7-2022 10:58 AM

Cokoro replied at 14-7-2022 09:39 PM
Mcm comel je cite ni

Dari BTS nampaknya ini cerita komedi.Dah banyak juga BTS di tiktok.

Tapi sebab tengah busy sikit dan sebenarnya tak pandai nak letak link tiktok di forum.

NekNgah Publish time 15-7-2022 11:30 AM

Perawankota replied at 15-7-2022 03:45 AM
So dlm citer ni zarazya kena gemok kan badan ke?

Taklah, Zara pakai padded suit nak bagi nampak gemuk.

cmf_Strawberry Publish time 15-7-2022 11:51 PM

Pali ni suka sangat ambil Zara kan tp i rasa lately ni Zara berlakon tak bestla..

hanna88 Publish time 16-7-2022 11:18 AM

macam menarik je..kene tengok ni

NekNgah Publish time 16-7-2022 07:18 PM

cmf_Strawberry replied at 15-7-2022 11:51 PM
Pali ni suka sangat ambil Zara kan tp i rasa lately ni Zara berlakon tak bestla..

Baru petang tadi tengok drama lama Zara di TV1, rasanya lakonan Zara macam sama aje dengan watak dalam Bisik Pada Hati yang sedang tayang.

Tapi dalam Honey-Moon ni harapnya berbezalah sebab komedi.Ben Amir kata Zara ni crack, mesti kelakar.

NekNgah Publish time 16-7-2022 07:19 PM

hanna88 replied at 16-7-2022 11:18 AM
macam menarik je..kene tengok ni

Jom.. jom.. malam ni episod pertama.Pagi tadi dah ada di Disney Hot++, ada yang dah tonton awal.

NekNgah Publish time 16-7-2022 07:21 PM

Teaser episod 1,
Part 1
https://www.instagram.com/tv/CgEc8uuAg2z/?utm_source=ig_web_copy_link

NekNgah Publish time 16-7-2022 07:22 PM

Teaser episod 1,
Part 2,
https://www.instagram.com/tv/CgEUothAhN_/?utm_source=ig_web_copy_link

NekNgah Publish time 16-7-2022 07:23 PM

Teaser episod 1,
Part 3,
https://www.instagram.com/p/CgEhnbAvoO2/?utm_source=ig_web_copy_link

NekNgah Publish time 16-7-2022 07:25 PM

Teaser episod 1,
Part 4,
https://www.instagram.com/reel/CgEJ75EpkiP/?utm_source=ig_web_copy_link

NekNgah Publish time 16-7-2022 07:26 PM

Edited by NekNgah at 16-7-2022 07:29 PM

Teaser episod 1,
Part 5,
https://www.instagram.com/reel/CgEKRzjJmwS/?utm_source=ig_web_copy_link

babycc Publish time 16-7-2022 11:06 PM

Tgk td.. kelakar cerita ni.. tp gaya lakonan zara tu mcm over je..

hanna88 Publish time 17-7-2022 12:09 AM

NekNgah replied at 16-7-2022 11:19 AM
Jom.. jom.. malam ni episod pertama.Pagi tadi dah ada di Disney Hot++, ada yang dah tonton awal. ...

done tengok, ok la kelakor :laugh3:cite santai2..

Nizleen86 Publish time 18-7-2022 08:11 PM

Zara zya sebelum repair gigi dulu berlakon lagi best la. Skrg tengok risik pada hati pun dia berlakon mcm control2 gitu. Suka sangat yg dia berlakon dgn Ajak Shiro dulu tu. Tah lupa nama tajuk drama tu.

Cokoro Publish time 19-7-2022 11:04 AM

dah try tgk epi 1 tapi cannot go ah. lawak tu mcm cringe sikit
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: Honeymoon [Slot Lestary, TV3 : Zara Zya, Ben Amir, Wanns Ahmad, Hanna Aqeela]


ADVERTISEMENT