tatod Publish time 14-7-2022 03:09 PM

Bayi Mati Dalam Kandungan, Ibu Kesal Percaya Cakap Bidan

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/14/121120u11g8m7411avqb11.png

Kehilangan anak yang ditunggu-tunggu adalah antara perkara yang menyedihkan dan memeritkan bagi seorang ibu. Dugaan yang dilalui seorang ibu muda ini berat apabila anak dalam kandungan disahkan meninggal dunia akibat kecuaian seorang bidan.


Berkongsi kekesalannya di TikTok, pemilik akaun yang dikenali sebagai Adinda itu menjelaskan dia mendapat khidmat seorang bidan kerana bayi dalam kandungan tidak bergerak.


Bagaimanapun, bidan berkenaan mengatakan kandungannya baik-baik sahaja dan bayi cuma 'malas' bergerak.


7098702510910623003


Tidak sedap hati dengan jawapan yang diberikan, Adinda kemudian bergegas ke pusat perubatan untuk melakukan pemeriksaan lanjut.


Selepas diperiksa, dia dimaklumkan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan lemah.


7102333299309153562


Apa yang lebih menyedihkan, bayi yang ditunggu-tunggu itu tidak dapat diselamatkan.


"Masih trauma melahirkan bayi yang sudah meninggal dunia dalam kandungan dengan induksi selama 17 jam," katanya menerusi sebuah rakaman. -CARI





encikWawad Publish time 14-7-2022 03:56 PM

dah tahu bayi meninggal motep tak di ceaser aja

anony-mous Publish time 14-7-2022 04:13 PM

encikWawad replied at 14-7-2022 03:56 PM
dah tahu bayi meninggal motep tak di ceaser aja

Mmg la kalau mati akn tggu keluar sendiri dlu. Doc akn induce dlu utk lahirkan normal

Carcosa Publish time 14-7-2022 05:50 PM

Pergerakan ni penting msa baby dlm perut. Meols dulu baby tak gerak2 sgt je, zass pegi ultrasound. Takut wooo. And jgn ler dengar ckp2 org. Kau sbg bakal mum, kena percaya instinct sendiri.

pearl.silver Publish time 14-7-2022 06:00 PM

encikWawad replied at 14-7-2022 03:56 PM
dah tahu bayi meninggal motep tak di ceaser aja

My friend bby meninggal dah 7 bln lebih dlm perut
Doktor induce bg beranak normal..

encikWawad Publish time 15-7-2022 08:24 AM

pearl.silver replied at 14-7-2022 06:00 PM
My friend bby meninggal dah 7 bln lebih dlm perut
Doktor induce bg beranak normal..

tak tahu mana lebih sakit.melahirkan atau the fact dah tahu baby tu takde dah dan masih perlu buat process yang sama
sorry to hear bout ur fren

LadyCarefree Publish time 15-7-2022 12:12 PM

Islam kah? Kalau ya ikut kata meleis, teket syurga tu anak syurga tu tunggu je nak tarik makpak masuk syurga.

ibugarang Publish time 15-7-2022 12:13 PM

encikWawad replied at 14-7-2022 03:56 PM
dah tahu bayi meninggal motep tak di ceaser aja

Memang gitu procedure, dulu ada kawan baby meninggal dalam pun doctor induce bersalin normal..
Pages: [1]
View full version: Bayi Mati Dalam Kandungan, Ibu Kesal Percaya Cakap Bidan


ADVERTISEMENT