tatod Publish time 14-7-2022 01:33 PM

Digelar 'Crazy B*tch', Nana Al-Haleq Dedah Sikap Seorang 'Hater' (Siap)

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/14/124433zxzm9b5b5cmiosb9.pngSumber IG


Menerima mesej jelik seolah-olah sudah menjadi resam buat mana-mana individu yang dikenali ramai. Walaupun tidak terbabit dengan dunia hiburan, selebriti keceragsan, Nana Al-Haleq tidak terlepas daripada menjadi mangsa 'haters'.


Menerusi perkongsian di Ig Story, Nana memuat naik 'screen shot' mesej pelik daripada seorang wanita. Katanya, pemilik akaun tersebut sering mengganggunya dengan memanggil gelaeran yang tidak elok seperti 'crazy b*tch' dan seolah-olah gembira melihat kecederaannya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/14/125017vnamapqfqna4nn3p.png

Menerusi hantaran berasingan, kata Nana, pemilik akaun itu pada awalnya memberikan maklum balas positif terhadap setiap perkongsiannya namun tiba-tiba berubah.


"Jujurnya, saya pun keliru. Kejap baik, kejap kurang baik. Saya pun tidak ada pula pernah balas mesej macam tak ikhlas ke apa apabila dia tanya mengenai sesuatu perkara.


"Orang yang kenal saya tahu saya ini kalau tak sibuk akan gigih balas mesej kongsikan maklumat.


"Peliklah orang macam ni," coretnya.


https://www.instagram.com/p/CbnT1MtvbBU/


Nana bagaimanapun menjelaskan dia sama sekali tidak terkesan dengan mesej berbaur negatif seperti itu. Dia mengongsikan perkara itu sebagai ingatan kepada orang lain agar menjadikan media sosial sebagai tempat yang selamat buat semua generasi.


"Saya kongsikan sebab saya sangat percaya bahawa kita perlu bekerjasama demi menjadikan internet khususnya media sosial sebagai tempat yang selamat di mana semua orang boleh berkongsi apa saja.


https://www.instagram.com/p/CaSW6CMvGax/


"Bagi saya, salah satu cara untuk menjadikan media sosial sebagai tempat selamat adalah dengan tidak menulis komen buruk.


"Perkara ini simple sahaja. Fikir sebelum taip," coretnya lagi. -CARI







Carcosa Publish time 14-7-2022 05:54 PM

Allah. Adakah saya seorang tak kenal wanita ini

treschique Publish time 23-7-2022 08:47 AM

Dia ni local fitness star la gitu. Tp iol follow je kdg2 inspired tgk dia workout. Sheol ada fitness tivi show kt rtm. Kalau local fitness iol suka tgk ig charissachong lagi. Level international ai follow karina elle, body lentik gitu

azimodin Publish time 23-7-2022 09:21 PM

treschique replied at 23-7-2022 08:47 AM
Dia ni local fitness star la gitu. Tp iol follow je kdg2 inspired tgk dia workout. Sheol ada fitness ...

I oulak suka tengok kucing dia si marley tu. Manja sangat

Banananaa Publish time 24-7-2022 09:02 PM

Husband dia yg dulu or baru punya? Confused i

toynme Publish time 25-7-2022 12:21 PM

Banananaa replied at 24-7-2022 09:02 PM
Husband dia yg dulu or baru punya? Confused i

baru...abam sado versi bnyk isi :lol:

shahirakay Publish time 27-7-2022 09:56 AM

Banananaa replied at 24-7-2022 09:02 PM
Husband dia yg dulu or baru punya? Confused i

baru.. lakinya yang kaki panjat gunung tu dah hilang dari radar
Pages: [1]
View full version: Digelar 'Crazy B*tch', Nana Al-Haleq Dedah Sikap Seorang 'Hater' (Siap)


ADVERTISEMENT