Lima Tahun Kerja Keras, Alieff Irfan Berjaya Beli Kereta Impian Bernilai RM2 Juta
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/05/112048necj9enncihcc4rn.pngSumber IG
Personaliti media sosial, Alieff Irfan yang sebelum ini memasang impian untuk memandu kereta 'sport' jenama McLaren 720s akhirnya tercapai apabila dia berjaya memilik kenderaan tersebut.
Memetik laporan mStar, pemilik nama sebenar Muhd Aliff Irfan Aziki, 25, menganggap ia sebagai satu kejayaan dirinya selepas bertungkus-lumur bekerja kerasselama ini.
Kata Alieff, dia sepatutnya membeli kereta mewah itu pada Hari Raya Aidilfitri namun berdepan kelewatan atas beberapa faktor.
https://www.instagram.com/p/Cflw51Yvq4F/
"Syukur, alhamdulillah apa yang saya impikan selama ini tercapai. Awalnya nak pakai hari raya lepas tetapi dapat masa raya haji. Kereta ini juga menjadi pembakar semangat saya yang tiada apa-apa sebelum ini.
"Ini juga merupakan sebahagian daripada kerja keras selama lebih lima tahun ini," katanya kepada mStar.
Alieff yang memuat naik gambar serta video di media sosial menjelaskan perkara itu sebagai berkongsi kegembiraan dengan pengikutnya.
"Dalam dunia ini, tidak kira sama ada kita buat baik atau jahat, semuanya akan menjadi buah mulut orang.
https://www.instagram.com/p/CflyXu2DJhg/
"Namun, bagi saya ini adalah satu pencapaian yang dapat saya buktikan mengenai usaha keras saya selama ini.
"Saya memuat naik gambar itu dengan niat untuk berkongsi dan berterima kasih keapda mereka yang selama ini banyak menyokong," katanya.
https://www.instagram.com/p/CdDJOegPH4B/
Menerusi laman web wapcar, harga kenderaan tersebut dianggarkan bernilai lebih dua juta. Sementara itu, laman web caricar, kereta 'recon' bagi jenama dan model tersebut bernilai lebih sejuta. -CARI
Xkenal..tp sblm post blh check dulu english tu founder product? untungnya lah budak-budak sekarang, kaya senang-senang je cikatilia: founder product?
Youtuber... Tapi mungkin isteri dia founder produk..
Dah beli kereta mahal tu, pergilah buat gigi ye.. Veneers dia yang sekarang ni teruk betul rupa kejadian Founder yg suka berselfie :lol:
Xpenah dengar produk ayla glow.. tapi untung juta2 tau ;P "congrats lip.. semoga sukses... semoga Allah murahkan rezeki ko lip" - komen BBNU tak abis2 mndoakan org tapi diri sndiri tkde sape doakan
{:1_563:} umur baru 25? aku igtkan dah 30+ tp tu lah... esok lusa kalau terkesan dgn ekonomi jn meratib sb mas akaya berduit x beringat.
x kisahlah org kata hati aku hitam ke ape... aku ckp benda btl.
tgk masa PKP, sgt2 terkesan kat semua org. ezacbee replied at 5-7-2022 02:00 PM
Founder yg suka berselfie
Xpenah dengar produk ayla glow.. tapi untung juta2 tau
fishy nya… ada bisnes cuci mencuci juga ke? miracle_forever replied at 5-7-2022 03:12 PM
fishy nya… ada bisnes cuci mencuci juga ke?
Tahlah. Banyak founder kaya2 jual produk oem ni. Brand pun xpenah jumpa.
Sapa ni? Beli cash ke installment? Beli kereta 2 juta? Kan baik beli rumah 4-5 biji atau tanah berekar2. Pandainya financial planning ko dek. Kan.. Ruginya beli kereta 2 juta. Harga kereta kluar showroom aje dah turun. Baik beli aset yg harga akan naik. dia beli keta ni pun utk tujuan marketing agaknya kot? Siapa heols ni. Nampak tak bijak. pls laaa beli kete smpai 2 juta.. baik kau beli umah byk2 buat aset dikk. aku tertengok dia ni sbb lalu kt explore ig. bila stalk tgk masa tu dia announce wife nye pegnen. twins plak tu. nasihat kaka langit tak selalu cerah dikk. kau mampu beli kete 2juta ni pon better kau low profile jelaa. kau jatuh terciduk nanti takde sape nk tlg kau kalau keta dah 2 jota, brp puluh ribu income tax dia? hb i beli keta separuh jota jer pun lhdn sebok nak bongkar balik tax report. menchikk tau. Banyak betul duit bbnu zaman sekarang. Dia ni YouTuber kan? Kdg tertengok sbb channel dia melintas bila buka youtube.mcm bodo2 je content buat challenge merepek.tk berkembang akal ku. content bodo pun ramai plak yg tengok.dgn team member dia pun sume mcm bdk kelas blkg tp bole beli audi
Pages:
[1]
2