Raline Publish time 4-7-2022 07:25 PM

Budak lelaki menangis ikan keli peliharaan kena goreng

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/07/ikan-keli-1536x1272.jpeg
TANGKAP layar memaparkan senario seorang kanak-kanak lelaki menangis apabila mengetahui ikan keli peliharaannya digoreng. - Instagram

Budak lelaki menangis ikan keli peliharaan kena goreng

JAKARTA – Sebuah klip video di media sosial Indonesia memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menangis apabila mengetahui ikan keli goreng yang dimakan adalah ikan peliharaannya yang mati, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @underc0ver.id.

Dalam video tersebut, kanak-kanak lelaki itu menangis apabila mendapati lauk yang dimakannya adalah seekor ikan keli.

Perakam video itu menjelaskan bahawa ikan kelinya sudah mati dan digoreng ibunya untuk dimakan.

Mendengar penjelasan bapanya, budak lelaki itu menangis dan berkata, dia mahu melihat kubur ikan keli peliharaannya.

Dia tidak mahu makan setelah mendengar penjelasan tersebut.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Ikan keli dah tenang dalam perut kamu adik,” kata seorang netizen.

“Tangannya terus menggeletar ketika pegang ikan keli itu,” komen netizen lain. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07/04/budak-lelaki-menangis-ikan-keli-peliharaan-kena-goreng/

che-cikL Publish time 4-7-2022 08:11 PM

dua_chzy Publish time 5-7-2022 08:19 AM

Bodoh caprut sial tak guna mak bapak kau dik. I feel your pain. Sempat pula tu rakam. Ni la sebabnya akak tableh dengan ummah takda common sense ini.

(*Last sentence inspired by profesor B40).

encikWawad Publish time 5-7-2022 08:37 AM

alo lor sedihnyaaa

SonicSiLandak Publish time 5-7-2022 09:03 AM

ikan ko tu boleh hasilkan elektrik ke?

La_Quica07 Publish time 8-7-2022 12:21 PM

Benda2 mcm ni mak bapak jgn buat main patutnya, boleh effect mental anak tu nnti. Nampak mcm kecik je.

lady_suria Publish time 8-7-2022 01:05 PM

mak bapak bangang

gideoncross Publish time 9-7-2022 08:43 PM

La_Quica07 replied at 8-7-2022 12:21 PM
Benda2 mcm ni mak bapak jgn buat main patutnya, boleh effect mental anak tu nnti. Nampak mcm kecik j ...

Msti budak ni syg sngt kat ikan keli tu.
Pages: [1]
View full version: Budak lelaki menangis ikan keli peliharaan kena goreng


ADVERTISEMENT