sfhzuraz Publish time 2-7-2022 03:47 PM

8 pasangan dinikahkan sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat

8 pasangan dinikahkan sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat

Julai 2, 2022 @ 2:02pm
KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Malaysia (TDM) tahun ini mencipta kelainan apabila lapan anggota pasukan itu bersama pasangan mereka dinikahkan secara beramai-ramai dalam satu majlis di Masjid Thoriq bin Ziyad, Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini.
Pernikahan sempena sambutan hari berkenaan selari dengan tonggak ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-28 Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain iaitu 'Pelestarian Kesejahteraan Warga'.
Kesemua pasangan pengantin baharu berusia 21 hingga 28 itu dinikahkan oleh tiga jurunikah daripada Kor Agama Angkatan Tentera.
Zamrose yang ditemui pemberita selepas Majlis Akad Nikah Peringkat Tentera Darat 2022 itu berkata, program itu dapat mengukuhkan semangat setiakawan dalam kalangan warga TDM.
"Ini juga membantu warga tentera yang bernikah hari ini meringankan beban mereka," katanya.
TDM dalam kenyataan, hari ini memaklumkan majlis itu mendapat kerjasama daripada Bank Muamalat dengan satu acara meraikan pasangan pengantin baharu itu bersama 19 pasangan warga TDM yang lain, akan diadakan malam ini di Dewan Datuk Jamil Ahmad, Kem Perdana Sungai Besi.
Selain Zamrose dan isteri, Datin Seri Zainuriah Mustapha, majlis hari ini turut dihadiri Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Pasangan Lans Koperal Mohd Nur Ridzuan Zaharudin, 28, dan Nurul Asyiqin Mohd Nazri, 21, dari Melaka dan Terengganu meluahkan rasa gembira apabila menjadi sebahagian daripada lapan anggota yang dinikahkan.
"Saya merancang untuk bernikah pada 23 Julai, secara kebetulan adanya majlis ini... pasangan turut setuju untuk menikah hari ini.
"Kos penginapan dan pengangkutan buat keluarga serta barang hantaran dibiayai penuh oleh Bank Muamalat dan TDM," katanya. – BERNAMA


https://assets.bharian.com.my/images/articles/BHNIKAH2_1656742240.jpg
Lapan pasangan pengantin bergambar bersama Zamrose dan isteri, Zainuriah (tengah sedondon hijau) pada Majlis Akad Nikah Peringkat Tentera Darat 2022 di Masjid Thoriq bin Ziyad Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, hari ini. - Foto NSTP/Raja Noraina Raja Rahim

TDM










sfhzuraz Publish time 2-7-2022 03:48 PM

bnStIL3nuSE
Pages: [1]
View full version: 8 pasangan dinikahkan sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat


ADVERTISEMENT