Cintaerina Publish time 1-7-2022 08:59 AM

Tetamu Kecewa Badan Gatal Digigit Pepijat Tapi Hotel Syak Pepijat Datang Dari Pakaian Tetamu?

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/30/214238hgk34rfor1cfzkrn.pngSumber: Facebook Sophia Boo


Baru-baru ni, tular kisah mengenai seorang wanita yang menginap di sebuah hotel di Jalan Besar Singapura. Wanita itu dan rakannya telah mendakwan bahawa mereka telah digigit oleh pepijat ketika menginap di hotel itu.


Wanita yang dikenali sebagai Sophia Boo itu telah memuatnaik insiden yang menimpa dirinya di akaun Facebook. Menurut wanita ini, dia dan rakannya telah menempah hotel tersebut melalui AirBnB selama dua malam.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/30/215946smm9zmmraa4altmt.pngSumber: Facebook Sophia Boo





Pada malam pertama, wanita ini telah terjaga dari tidur selepas dia tidak boleh berhenti menggaru badannya kerana terlalu gatal. Pada keesokan hari, wanita ini dan rakannya telah menemui dua ekor pepijat.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/30/220134w9n0npp7294r1n1w.jpgSumber: Facebook Sophia Boo





Situasi menjadi semakin parah apabila bintik-bintik merahmula naik pada badan mereka dan akhirnya mereka telah membuat aduan kepada pihak hotel tersebut. Menurut wanita itu, pada mulanya pihak hotel itu meminta maaf di atas kejadian yang menimpa mereka dan membuat tawaran untuk menukarkan mereka ke bilik lain dan memanggil pest control untuk memeriksa dan membunuh pepijat yang terdapat di dalam bilik itu.


Selain itu, pihak hotel itu juga menawarkan khidmat basuh baju kepada mereka. Namun selepas ditukar ke bilik baru, mereka berdua sekali lagi menemui pepijat di atas katil.


Wanita itu juga mendedahkan bahawa pihak hotel tidak memberikan full refund kepada mereka selepas insiden itu berlaku. Mereka juga tidak mengesyorkan orang lain untuk menginap di hotel itu untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku lagi. -CARI


cikatilia Publish time 1-7-2022 09:42 AM

yesza
colleague aku bermalam dekat TH penang pon sama
dia kata budak2 ni bawak bed bug dari rumah

amendaaa

ladybugz Publish time 1-7-2022 10:32 AM

senang sgt diorg ni buat alasan. i pernah duk kat hotel penuh ok dgn pepijat. mmg bila ada cahaya siang langsung x nampak. once tutup lampu nak tidur, i ambil lampu suluh n suluh kat bantal my sister, penuh satu bantal hitam2 diorg merayap2. seriously sgt geli !!!

jasmeen Publish time 1-7-2022 10:43 AM

ewwwww now aku pun dah mula tak selesa kalau suami nak bawak tido hotel walau sekelas mana pun hotel tu.Hari tu pergi Traders hotel.KL dengan habuk,kotor lagi ewwwwww makanan pagi pun biase je.Tak berbaloi.Sedap duduk umah sendiri walau buruk pun tapi bersih.

buapakperut Publish time 1-7-2022 12:10 PM

omg teruk nau gigitan itu. management hotel punjahat mcm pijat

Cokoro Publish time 1-7-2022 12:29 PM

:dizzy::dizzy::dizzy:

whimsicalmusic Publish time 1-7-2022 12:57 PM

Iolls penah kena jgk tp bkn bed bugs..stay hotel mur mur bwk anak baby, blk dr tu anak i kena scabies..bed bug ok lg, scabies bjangkit2 sbb masuk dlm kulit..dkt 6 bln iollls fight bnda ni..duit xyah ckp brape riban habis g pakar la..semua fabrik dlm rumah kena balut, tdo atas plastik je..dgr pkataan scabies pn seram..alhamdulillah skrg da ok, tp bila tkenang blk mmg sedih n marah

Perawankota Publish time 1-7-2022 09:13 PM

Tapi kan, guest yg selalu selalu pakai backpack tu yang selalu bawak serangga dalam beg dorg.. Sebabtu klu pi travel mana bila stay Hotel, tlg3 jangan letak luggage korang atas katil.. Tu salah satu punca tau..

Aku klu pi cuti, memang aku marah orang letak luggage atas katil.. Sebabtu ada luggage rack kt dlm bilik hotel.

Tapi aku x nafikan memang ada hotel yg katil dorg mmg ada bedbug..

SonicSiLandak Publish time 1-7-2022 09:16 PM

hotel bangsa etis

dekmieDandy Publish time 4-7-2022 09:19 AM

paling seriau bed bug ni

parut kat tangan lepas kena gigit 4 tahun lepas ni tak hilang pun lago
Pages: [1]
View full version: Tetamu Kecewa Badan Gatal Digigit Pepijat Tapi Hotel Syak Pepijat Datang Dari Pakaian Tetamu?


ADVERTISEMENT