Cintaerina Publish time 1-7-2022 08:59 AM

"Syukur Dipertemukan Dengan Orang Baik," - Tertarik Lihat Senyuman Anak Penjual, Wanita Borong Semua Jualan Nasi

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/30/210441a384fegxyo3x9v7d.pngSumber: Tiktok Grosir Fashion


Menjadi kebiasaan di Malaysia apabila ribuan peniagamenjadikan bahu jalan sebagai tempat berniaga. Asalkan kawasan itu mempunyai pelanggan lalu lalang, pasti dipacaknya khemah.


Kepada kebanyakan peniaga, inilah sahaja jalan keluar yang ada untuk menampung perbelanjaan tetap seperti hutang rumah termasuklah perbelanjaan dapur dan anak-anak walaupun sukar untuk mencari rezeki yang tetap. Kepada yang pernah berniaga, anda akan tahu maksud sebenar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Namun siapa sangka, di luar sana wujudnya individu yang baik hati sanggup membeli kesemua barang jualan si penjual untuk bantu meringankan beban mereka pada hari itu.


Baru-baru ini, tular video yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Grosir Fashion yang memaparkan dua orang wanita telah memborong kesemua barang jualan seorang wanita di tepi jalan hanya kerana mereka jatuh hati dengan senyuman manis anak si penjual tersebut.


7097560457052998938


Menerusi video itu, kelihatan seorang wanita bersama dua anaknya yang sedang menantikan pelanggan untuk membeli barang jualan mereka. Ketika itu anak-anaknya sedang tidur. Setibanya dua wanita itu di gerai mereka, terus kanak-kanak itu bangun dan tersenyum manis kepada dua orang wanita itu. Pandai adik!


Menurut wanita itu, tidak ramai yang datang ke gerainya untuk membeli nasi yang dijualnya pada hari itu. Oleh itu, dua wanita tersebut terus memborong semua nasi yang dijualnya itu dan diagihkan kepada rider grabfood yang berada berdekatan dengan gerai wanita itu. Mulia sungguh hati kedua-dua orang wanita itu!


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap dua orang wanita itu dan mendoakan semoga mereka dimurahkan rezeki sentiasa. -CARI



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/30/210439hb2be7bexvz5dxxq.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/30/210438gh7q7aazqfl7zahq.png

Sumber: Tiktok Grosir Fashion






airmineral Publish time 1-7-2022 11:26 AM

moga mudah urusan keluarga ni cari rezeki halal

ally9970 Publish time 1-7-2022 11:32 AM

Nak buat kebaikan tak perlu amik video dan post kat socmedia...

None68 Publish time 1-7-2022 02:06 PM

Ingatkan anak dara

che-cikL Publish time 1-7-2022 03:45 PM



Panjang lebar karangan Malaysia konon, pigidah penCari sampah ni nak menipu pulak.
Pages: [1]
View full version: "Syukur Dipertemukan Dengan Orang Baik," - Tertarik Lihat Senyuman Anak Penjual, Wanita Borong Semua Jualan Nasi


ADVERTISEMENT