Cintaerina Publish time 1-7-2022 08:56 AM

Sanggup Berhenti Sekolah Tolong Ibu Meniaga, Kanak-kanak Umur 10 Tahun Bikin Netizen Sebak

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/30/194542fobbklu4zltthqxx.pngSumber: Tiktok pbrwwsnpmgks


Baru-baru ini, tular video dari negara jiran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai pbrwwsnpmgks. Menerusi video itu, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang duduk di tepi jalan. Apabila ditanya mengapa dia tidak ke sekolah, kanak-kanak itu memberitahu bahawa dia telah berhenti sekolah untuk membantu ibunya berniaga demi mencari sesuap nasi.


Kanak-kanak yang tidak dikenali namanya itu memberitahu bahawa ayahnya telah meninggal sewaktu dia berada di dalam kandungan ibunya. Kini dia telah berusia 10 tahun, maka dia ingin mengambil tanggungjawab untuk menolong ibunya. Dia juga akui bahawa dia ikhlas untuk membantu ibunya dan tiada sesiapa memaksanya untuk berhenti sekolah dan berniaga.


7113792127124999450


Kanak-kanak ini juga berkata dia tidak bermain seperti kanak-kanak lain yang sebaya umurnya kerana mereka selalu mengejeknya tiada ayah. Dia juga selalu dibuli dimana rakan-rakan sebayanya selalu meminta wang daripadanya.


Untuk pengetahuan semua, video itu telah mendapat sebanyak 26 juta tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan nasib yang dilalui oleh kanak-kanak itu. Disamping itu, ramai juga yang mendoakan semoga urusan kanak-kanak itu dan ibunya dipermudahkan dan semoga mereka memperoleh rezeki yang melimpah ruah. -CARI



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/30/194259f7u4ptpuvu552qz4.pngSumber: Tiktok pbrwwsnpmgks






che-cikL Publish time 1-7-2022 03:52 PM

Pages: [1]
View full version: Sanggup Berhenti Sekolah Tolong Ibu Meniaga, Kanak-kanak Umur 10 Tahun Bikin Netizen Sebak


ADVERTISEMENT