Raline Publish time 30-6-2022 05:37 PM

Ekonomi negara dijangka meningkat tahun ini

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/06/WhatsApp-Image-2022-06-30-at-3.38.54-PM.jpeg
Gambar hiasan.

Ekonomi negara dijangka meningkat tahun ini

PUTRAJAYA – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menjangkakan ekonomi negara akan terus meningkat pada tahun ini ekoran peningkatan permintaan dalam dan luar negeri.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan itu dipacu tindakan kerajaan membuka semula sempadan antarabangsa, pelaksanaan pakej bantuan dan kejayaan Program Immunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Beliau berkata, impak pemulihan itu dapat dilihat daripada pemulihan dalam nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada suku pertama 2022 kepada 5.0 peratus berbanding penguncupan 0.5 peratus pada suku pertama 2021.

“Pada tempoh sama, pasaran buruh lebih kukuh dengan kadar penyertaan tenaga buruh turut naik 0.4 mata peratus kepada 69.0 peratus.

“Indeks Pelopor bagi April 2022 yang menunjukkan isyarat hala tuju ekonomi dalam masa pendek turut meramalkan prestasi ekonomi Malaysia akan mengekalkan arah aliran yang lebih baik.

“Isyarat itu positif meskipun Malaysia berdepan dengan ekonomi yang tidak sekata berikutan perbezaan kadar dan masa bagi negara-negara yang telah membuka semula aktiviti ekonomi,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Uzir berkata, kesemua negeri termasuk dua Wilayah Persekutuan mencatatkan peningkatan dalam nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita pada 2021 berbanding tahun 2020.

“Tujuh negeri mencatatkan nilai KDNK per kapita melebihi paras nasional RM47,324 iaitu Kuala Lumpur (RM124,232), Labuan (RM78,032), Pulau Pinang (RM58,527), Sarawak (RM57,635), Selangor (RM55,568), Melaka (RM47,799) dan Negeri Sembilan (RM47,452),” katanya. – KOSMO! ONLINE

SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2022/06/30/ekonomi-negara-dijangka-meningkat-tahun-ini/

musangbodoh Publish time 30-6-2022 08:30 PM

teruskan mengencing bossss:mad:

adila39 Publish time 5-7-2022 12:23 PM

ye ke :shakehead3:

panglima_asmara Publish time 2-9-2023 03:26 AM

saya tidak bisa tidak setuju bahwa ekonoi Malaysia meningkat namun mungkin untuk rakyat midle to lowtidak terasa signifikan
https://tradingeconomics.com/malaysia/gdp#:~:text=GDP%20in%20Malaysia%20averaged%20109.77,statistics%2C%20economic%20calendar%20and%20news.

pancadaya_sakti Publish time 3-9-2023 12:22 PM

untuk hasil terbaik perekonomian negara semua orang warga negara harus kompak dan bersatu bekerja baik baik untuk mendatangkan hal positif dan produktif bagi negara

cadasngampar Publish time 1-10-2023 11:02 PM

pancadaya_sakti replied at 3-9-2023 12:22 PM
untuk hasil terbaik perekonomian negara semua orang warga negara harus kompak dan bersatu bekerja ba ...

Komen terbaik, bijaksana dan penuh kebaikan hati

anglingdharma Publish time 2-10-2023 08:21 AM

harapan segenap bangsa bahwa negara kita boleh berjaya dalam ekonomi dan kemakmuran, benarlah kata orang diatas itu. semua orang harus kompak bersatu mewujudkannya

durgandini Publish time 7-11-2023 03:35 AM

semoga negara selalu berjaya dan rakyatnya boleh makmur sentosa

rengkah_gunung Publish time 23-2-2024 11:48 PM

semoga tahun 2024 adalah tahun yang penuh berkah dan ramai rezeki untuk semua masyarakat Malaysia
Pages: [1]
View full version: Ekonomi negara dijangka meningkat tahun ini


ADVERTISEMENT