Agent13k Publish time 30-6-2022 04:50 PM

Wanita Kecewa Beli Kentang Goreng Yang Sudah Berkulat

Biasanya kalau kita beli makanan, kita sudah tentu mahukan makanan itu bersih, berpatutan dan sedap untuk dimakan.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/30/160221s68t8putumelgegt.pngkredit foto: Facebook



Baru-baru ini, ada video tular yang memaparkan seorang wanita yang membeli kentang goreng yang sudah berkulat dari sebuah gerai di Pantai Remis, Perak.

6kdiZipxkOI

Difahamkan, wanita itu berkongsikan gambar dan video keadaan kentang goreng yang dibelinya itu jelas tidak selamat untuk dimakan.

Menurut wanita itu, pada mulanya dia tidak perasan dengan keadaan kentang itu kerana bahagian atasnya masih nampak elok untuk dimakan, tetapi selepas melihat kentang di bahagian bawah, ianya sudah dipenuhi dengan kulat.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/30/160320k8y6kxzuvb4r6i86.pngkredit foto: Facebook



Menjengah di komen, ramai netizen menceritakan situasi yang sama dan meminta wanita itu bersabar. -CARI
Pages: [1]
View full version: Wanita Kecewa Beli Kentang Goreng Yang Sudah Berkulat


ADVERTISEMENT