CARI-MAL Publish time 30-6-2022 08:17 AM

Berkepuk-kepuk Duit Atuk Keluarkan Dari Guna Beli Kereta

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan aksi seorang lelaki warga emas membeli kereta jenama Mitsubishi Pajero secara tunai, lapor laman berita Suara.com.


Video tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @magelang_raya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/30/081633e10xt778ts01nx7d.jpgIG @magelang_raya




Seorang lelaki tua yang memakai jaket belang dan bersongkok dilihat duduk di hadapan kaunter sebuah kedai kereta.


Dia dilihat mengeluarkan satu persatu gumpalan wang kertas yang disimpan di dalam karung beras untuk diserahkan kepada juruwang.


Bukan itu sahaja, warga emas berkenaan kemudian dilihat memandu kereta itu sendiri setelah selesai urusan jual beli.




202206up_1656548173146


Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.




Sumber: Kosmo

rospinki Publish time 30-6-2022 09:15 AM

lumayan dong
udah rupa duit cash yg aku simpan dalam bag usang ikea orna biru kt belakang washing mesin belah tepi celah pintu. hmm

ally9970 Publish time 30-6-2022 11:39 AM

Tak paham aku tajuk dia... sepatutnya "Berkepuk-kepuk Duit Atuk Keluarkan Untuk (bukannya Dari Guna) Beli Kereta

encikWawad Publish time 3-7-2022 01:30 PM

wah atok2 konten tiktok yindo. kemain lagi duit segoni

Potpouri Publish time 7-7-2022 09:22 AM

ally9970 replied at 30-6-2022 11:39 AM
Tak paham aku tajuk dia... sepatutnya "Berkepuk-kepuk Duit Atuk Keluarkan Untuk (bukannya Dari Guna) ...

Bahasa Indonesia lain sikit dari bahasa melayu, walaupun asalnya dari bahasa melayu ;P

Pages: [1]
View full version: Berkepuk-kepuk Duit Atuk Keluarkan Dari Guna Beli Kereta


ADVERTISEMENT