Cintaerina Publish time 29-6-2022 06:36 PM

"Selamat Hari Lahir Ke-13 Airis" - Meriahnya Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Anak Ebit Liew

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/29/172918ch4mph43imh3p6d8.pngSumber: Instagram Ebit Liew


Baru-baru ini, Ustaz Ebit Liew memuat naik posting terbaru di akaun Instagram miliknya. Menerusi posting itu, kelihatan Ustaz Ebit Lew menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya iaitu Airis Safiyyah Lew yang ke-13 tahun.


Walaupun majlis itu diadakan di kediaman Ustaz Ebit Liew, namun sambutan itu sangat meriah.


https://www.instagram.com/reel/CfVYxJKjPsV/?utm_source=ig_web_copy_link


Dekorasi sambut hari lahir Airis juga bertemakan warna putih dan merah jambu dengan belon-belon memenuhi ruangan rumah. Meriah betul dengan belon berwarna kelabu yang tertulis perkataan 'Happy Birthday Airis'.


Dalam video itu juga kelihatan Ustaz Ebit sedang berjalan membawa sejambak bunga untuk Airis.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/29/174616pqmvmbjmkrz2ur74.pngSumber: Instagram Ebit Liew





Menerusi ruangan kapsyen, Ustaz Ebit meluahkan rasa syukurnya dan berterima kasih kepada Ilahi di atas nikmat yang diberikan. Selain itu, beliau juga berterima kasih kepada isteri tercinta di atas pergorbanannya melahirkan dan mendidik anak-anak.


Manis sahaja penampilan Airis, sudah besar dan dah jadi anak dara permata hati sulung Ustaz Ebit ini. Semoga Airis membesar menjadi seorang wanita yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkanselamat hari lahir kepada Airis. - CARI



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/29/173115lsdhoheoe33vxzev.pngSumber: Instagram Ebit Liew






matjerk Publish time 29-6-2022 10:57 PM

SEBAK SAYU TAK?

Duriand24 Publish time 29-6-2022 11:33 PM

Eh kes dia ni apa cer ek??? Besau kabel sampai sekarang senyap jer

Aku2011 Publish time 29-6-2022 11:56 PM

Geli lak tgk dia senyum mcmtu

hashashes Publish time 14-8-2022 10:45 AM

Body language dia ngan anak dia, awkwardddd. Nampak tak mesra pun bapak ngan anak .
Pages: [1]
View full version: "Selamat Hari Lahir Ke-13 Airis" - Meriahnya Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Anak Ebit Liew


ADVERTISEMENT