Cintaerina Publish time 29-6-2022 05:53 PM

"Lah, Ingatkan Betul" - Tular Video Pengawas Ambil Result SPM Naik BMW, Rupanya...

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/29/164524c67ooxs5o1ffkq4t.pngSumber: Tiktok Nurul Iswanie


Baru-baru ini, tular video yang dimuat naik seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai Nurul Iswanie menunjukkan seorang pengawas mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah dengan memandu kereta jenama BMW.


7113093771327278362


Video tersebut secara tidak langsung membuatkan rata-rata netizen membandingkan zaman mereka mengambil slip keputusan peperiksaan SPM dengan hanya menaiki basikal dan ada juga menyindir gadis itu bahawa kereta yang dimilikinya itu dibeli oleh keluarganya dan bukan dirinya sendiri.


7113182379912465691


Ekoran itu, mStar Online tampil untuk menemuramah gadis itu. Rupa-rupanya, ramai terpedaya dengan video yang dihasilkan gadis berumur 24 tahun ini.


Menurut gadis itu, video yang dimuat naik itu hanyalah untuk konten. Tema uniform sekolah itu pula dipakai kerana majlis anjuran syarikat yang dimilikinya.


7113538308788981018


Tambah gadis itu, majlis itu dibuat untuk menghargai pencapaian cemerlang di kalangan pekerja di syarikatnya. Gadis itu juga sangat berbesar hati untuk memberi anugerah kepada pekerjanya yang berjaya mencapai pendapatan lima angka ke atas kerana rata-rata pekerjanya merupakan pelajar yang baru tamat SPM.


Gadis itu juga sempat berkata walaupun video itu hanyalah sebuah konten, namun tujuannya adalah untuk menyampaikan mesej bahawa kita tidak akan selamanya berada di bawah sekiranya kita kuat berusaha. - CARI




whimsicalmusic Publish time 29-6-2022 06:55 PM

Br nk ckp sure ke bdk spm? Muka tua..tp ni MLM kah?

Normabaru Publish time 29-6-2022 09:40 PM

pki bimer 2series kira dh bjaya ka?;P

bakingsoda Publish time 30-6-2022 11:17 AM

whimsicalmusic replied at 29-6-2022 06:55 PM
Br nk ckp sure ke bdk spm? Muka tua..tp ni MLM kah?

spm repeat kali ke 15 ;P

ally9970 Publish time 30-6-2022 11:37 AM

Dahlah kalau sumber tiktok, toksah dok percaya sgtlah...semuanya demi konten

encikWawad Publish time 3-7-2022 01:32 PM

termasuk kompeni aku pun sebok nak back to school tema annual dinner
tak sedar perut MD semua macam cikgu bunting 9bulan gigih nak pakai baju sekolah
disgusting sangat

SonicSiLandak Publish time 3-7-2022 02:16 PM

encikWawad replied at 3-7-2022 01:32 PM
termasuk kompeni aku pun sebok nak back to school tema annual dinner
tak sedar perut MD semua macam...

amboi

melepas geram nampak

:lol:

encikWawad Publish time 3-7-2022 03:19 PM

SonicSiLandak replied at 3-7-2022 02:16 PM
amboi

melepas geram nampak

lol dah berangan nak pakai glam2 udahnya tema baju sekolah. soo out there already

che-cikL Publish time 4-7-2022 01:41 AM


"Gadis itu juga sempat berkata walaupun video itu hanyalah sebuah konten, namun tujuannya adalah untuk menyampaikan mesej bahawa kita tidak akan selamanya berada di bawah sekiranya kita kuat berusaha"

I don't get the message. So, so why bother?? Uols sekolah tak?

takayama Publish time 6-7-2022 04:32 PM

mcm ni pun boleh ek
suka hati ko ler labu

sarahmirza Publish time 7-7-2022 02:02 AM

Geng MLM je yang mengukur kejayaan dari kereta apa yang depa secara sewabeli....tak mampu bayar, bank tarik...... :$

epal21 Publish time 7-7-2022 02:18 PM

encikWawad replied at 3-7-2022 05:32 AM
termasuk kompeni aku pun sebok nak back to school tema annual dinner
tak sedar perut MD semua macam...

Budak2 sekolah sibuk nak bergaya macam org tua. Yg org tua pulak sibuk nak jadi budak sekolah balik. Why bother, why bother?

Kitty_catz Publish time 8-7-2022 06:42 PM

Normabaru replied at 29-6-2022 09:40 PM
pki bimer 2series kira dh bjaya ka?

harus leee kaka.. jgn kata 2 series, ke 4,5,6 series.. janji bawak beemer, idong kembang kempis chuolsss... satu dunia kena canang...

kohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Pages: [1]
View full version: "Lah, Ingatkan Betul" - Tular Video Pengawas Ambil Result SPM Naik BMW, Rupanya...


ADVERTISEMENT