tatod Publish time 29-6-2022 12:36 PM

Gaul Adunan Pakai Tangan Sampai Ke Siku, Betul-Betul Lain Macam Penangan 'Air Tangan'!

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/29/113452vcw6zizitci6zrrb.pngSumber FB



Jijik dan meloyakan! Itulah gambaran yang dapat disimpulkan selepas menonton sebuah video memaparkan seorang lelaki yang memakai singlet kelabu sedang mengadun kek dalam periuk besi dengan menggunakan tangannya.


Aksinya yang rancak menyeluk adunan itu sehingga ke paras siku tanpa sarung tangan atau peralatan menyebabkan netizen yang sempat menonton video itu 'kembang tekak' melihat proses pembuatan kek yang dianggap terlalu kotor.


Rakaman berdurasi lebih lima minit itu dimuat naik oleh Sulaiman Mansor menerusi 'group' Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official di Facebook, beberapa hari lalu turut disertakan dengan kapsyen 'jom buat kek tangan'.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/29/114008rvpsnbpba0pbjapz.pngSumber FB


Bukan itu sahaja, lelaki itu juga turut memecahkan beberapa biji telur yang dipercayai tidak dibersihkan untuk dimasukkan ke dalam adunan kek berkenaan.


Peralatan seperti mesin pengadun dan ketuhar juga kelihatan berkerak dengan daki kotoran.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/29/114359b4askj84rwsyw3ss.pngSumber FB






1650841822040351





Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi kejadian namun rata-rata, ramai yang meninggalkan kecaman dan kritikan terhadap individu yang menghasilkan kek tersebut tanpa mengambil kira soal kebersihan. -CARI








mizruncing Publish time 29-6-2022 12:39 PM

eeiiiiiiii {:1_273:}

CariMalay Publish time 29-6-2022 03:11 PM

Baca tajuk aku sangka cat je, rupa2nya kek. Dasar babi punya peniaga.

cikatilia Publish time 29-6-2022 05:20 PM

tu air ketiak tu

Artemesiaa Publish time 29-6-2022 05:22 PM

Euwww tu bukan setakat sampai ke siku sikit lagi dah sampai ketiak.Gunalah alat membanch lebih bersih lebih2 lagi untuk buat jualan.

namemysoul Publish time 29-6-2022 10:43 PM

Wahh...musti ada rasa masin2 nihh....hehehehe

mclaren Publish time 30-6-2022 07:56 AM

Alang2 menyeluk adunan, biar sampai ke pangkal lengan.

bakingsoda Publish time 30-6-2022 10:23 AM

mixer pon berkarat wey :I

Mary_jane Publish time 30-6-2022 11:10 AM

Video thai ke? Selamat.

Hizert Publish time 30-6-2022 11:23 AM

Teringat aku masa gi kenduri membe kahwin beberapa taun dulu.

Selambe je abang tu angkat tangan ala2 cam berdoa tros mengadun ratakan kuah rojak buah dengan naked hand dia. Pehh tuhan masih sayangkan aku, selamat membe nampak n halang aku dari nk termakan rojak tu.

Bayangkan lah, dah la pd hari kejadian tu panas, rata2 memang berpeluh punya. Kompem extra masin rojak naked hand abang tu.

esbok Publish time 30-6-2022 12:18 PM

Org kata beli lah tolong usahwan kecil, depa bungkus gitu je makanannya takde proper description atas makanan dia. Gini gaya,tak boleh lah tuduh pembeli eksen nak beli yang branded yada yada

LadyCarefree Publish time 1-7-2022 09:06 PM

Ramai jenis xkisah main beli je esp kalau viral. Kat IG pun kalau video2 penjual xpakai glove maka ramai kutuk balik siapa yg tegur.

SonicSiLandak Publish time 1-7-2022 09:15 PM

cikatilia replied at 29-6-2022 05:20 PM
tu air ketiak tu

eeeee teliti sngt ni

:I
Pages: [1]
View full version: Gaul Adunan Pakai Tangan Sampai Ke Siku, Betul-Betul Lain Macam Penangan 'Air Tangan'!


ADVERTISEMENT