asnita Publish time 24-9-2010 11:52 AM

next2 amanda.. x cukup la

mijot Publish time 24-9-2010 09:49 PM

wah menarik..
mungkin lepasni korta insaf...
semoga diorg diberi hidayah...
btw nama diorg semua unik..

amandaatika Publish time 25-9-2010 09:10 AM

salam & monin

amandaatika Publish time 25-9-2010 09:11 AM

Reply 61# asnita


sat amanda tepek

amandaatika Publish time 25-9-2010 09:12 AM

Reply 62# mijot


nama2 yg ada, spontan tercipta

amandaatika Publish time 25-9-2010 09:12 AM

Cik Lah cepat-cepat membuka pintu bila mendengar derapan kaki di luar rumah. Dia memang ada mendengar bunyi enjin kereta tadi, namun puas ditunggu, tuan pemandu kereta tidak muncul-muncul. Untuk hilangkan musykil, cepat Cik Lah ke tingkap. Langsir tebal itu diselak perlahan. Terlakar pada kornea matanya tuan mudanya sedang bersandar santai pada Skyline. Tidak jadi dia membuka pintu. Biar anak muda itu melangkah ke dalam, baru dia buka pintu.

Kembali tubuh tuanya dibawa ke sofa. Menunggu sebentar sehingga tuan mudanya tercuit untuk masuk ke rumah. Lama ditunggu. Lebih sepuluh minit. Tersenguk-sengguk dia menunggu. Entah berapa kali kepalanya jatuh pada tangkai sofa. Bila sedar, cepat kepala itu kembali ditegakkan. Mata digosok cepat. Berharap agar kantuk akan hilang.
Kalau dia tertidur, tidak mustahil gegak-gempita akan berirama. Tidak mahu dia mengundang mara bahaya ketika jam sudah menunjukkan pukul lima pagi. Sudah hampir masuk waktu subuh. Dan dia masih mengantuk lagi.

        Sejak beberapa hari ni, dia menjadi biasa untuk membukakan pintu pintu tuan muda bila ayam sudah keluar reban. Pada awalnya dulu, dia memang tidur dekat pintu. Menunggu tuan muda itu kembali. Sampai terbaring dia menunggu.

Akhirnya, dia semakin faham dengan jadual tuan mudanya. Setiap kali keluar, pasti akan kembali pada jam empat ke atas. Jadi dia sudah punya rencana. Disetkan jam pada pukul empat, kemudian dia akan keluar dari kamar peraduan sehingga tuan mudanya muncul. Selagi tidakmuncul, selagi itu dia tunggu.

Lagipun itu memang jadualnya bangun. Bangun untuk menyiapkan sarapan pada tuannya. Kemudian meneruskan tugas hariannya sebagai pembantu rumah.
Tuan mudanya memang tidak pernah membawa kunci rumah. Pernah Cik Lah kena marah sebab tak bukakan pintu. Habis satu rumah terbangun akibat kemarahan yang terbit dari tuan mudanya. Sejak itu dia diamanahkan oleh tuan besar untuk bukakan pintu tuan muda.

Poka tersenyum sinis bila melihat orang gajinya berdiri kaku di belakang pintu. Dijeling sekilas sebelum meneruskan langkah ke tangga.

Cik La menutup pintu perlahan. Daun pintu dirapatkan. Kunci diperkemaskan. Bau yang menyapa hidungnya sudah biasa dihidu. Memualkan. Dia menggeleng sebak. Tuan mudanya sudah rosak. Menjadikan arak sebagai minuman biasa.

Selalu terlintas di hati untuk menegur, namun bila difikir semula. siapalah dia. hanya semut kecil yang menumpang rezeki pada sekilo gula. Sentiasa terlintas difikirannya tentang peringatan-peringatan berkaitan arak, iaitu induk segala kejahatan. Punca segala dosa.

Nabi SAW bersabda, "Setiap yang memabukkan ialah khamer, dan setiap khamer adalah haram. Barangsiapa minum khamer di dunia lalu ia mati, sebelum sempat bertaubat darinya (khamer) sedang ia sebagai pecandu, maka di akhirat ia tidak meminumnya." (HR. Muslim)

"Hai orang-orang yang beriman sesungguhnya meminum khamer, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji, termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan. Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamer dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat, maka berhentilah kamu (dari pengerjakan pekerjaan itu)." (Al Maidah (5) : 90-91)

amandaatika Publish time 25-9-2010 09:13 AM

enjoy reading....

amandaatika Publish time 25-9-2010 09:14 AM

adoi...
amanda pn xtau citer ni da lari ke mana...harap2 x sesat..(tapi skrang tgh stuck kat tengah jalan ni-harap2 jmpa jalan sebenar)

berat juga buat citer ni...

shahrinas Publish time 25-9-2010 09:20 AM

x pe kitorg setia menanti n3... ;P

asnita Publish time 25-9-2010 11:18 AM

mekasih amanda... klu sudi letak lagi n3

asnita Publish time 26-9-2010 09:55 PM

amanda .... ari ni, n3 pun cuti ke??

amandaatika Publish time 27-9-2010 06:48 AM

assalamualaikum & monin

amandaatika Publish time 27-9-2010 06:49 AM

Widad menggeleng pantas.

“Wi... tak nak cuba?.” Soal wanita yang berbaju kemeja coklat. Selendang berwarna coklat muda di kepala diperbetulkan. Angin yang sepoi-sepoi bahasa pun mampu membuat tudungnya sedikit menggelepet. Selendang nipis itu memang mudah berubah posisi bila angin kecil sudah mara.

“Kine, janganlah. Tak baik tahu.” Dia tidak membalas langsung. Buku di tangan tetap jadi tatapan mata.

Seronok rasanya mengambil angin petang di taman ini. Dengan air tasik yang berwarna jernih, memantulkan bayang angin ke dasarnya. Desiran angin mengocak lembut permukaan tasik. Ikan kecil seakan berpesta riang berkejaran di dalam air. Panorama yang sungguh indah.

“Alah Wi ni... tak sportinglah.” Sekali lagi wanita yang dipanggil Kine mencuba.
Widad tidak membalas. Suasana petang lebih selesa dengan membaca buku daripada membantu memarakkan cakap rapu sahabatnya. Di bawah pohon ketapang yang rendang itu, dia lebih suka memberi rehat sebentar pada fizikal dan mentalnya. Mencari aura yang semakin berkurang.

“Engkau ni, kenapalah baik sikit,” keluhan perlahan terdengar dari bibir Kine.

“Aik, baik sikit saja. Punya banyak kebaikan aku.” Akhirnya diangkat juga kepalanya memandang wajah Kine. Kalau tadi dia langsung tak ada hati nak melayan, akhirnya ketenangannya berjaya juga dikocakkan oleh Kine.

“Yerlah. Nak gelakkan orang pun kau tak nak. Cheer lah, dude.” Buku Perlembagaan Persekutuan ditarik rakus.

“Nur Sakinah...” panjang teriakan Widad.

“Wi... syuuuuh.....” tangan Kine pantas menutup mulut Widad. Tahu gabrah!

“Wei... tangan kau bau karilah.” Cepat ditepis tangan Kine yang menutup mulutnya.

“Kau pun agak-agaklah kalau nak teriak. Malu satu taman tahu.” Kine mengangkat tangannya. Sebelum tu sempat lagi dihidu. Hmm... memang bau kari sebab dia baru sahaja lepas makan di kedai mamak depan kampus.

“Siapa dulu yang mulakan?” Widad mencebik.

“Nah.... makanlah buku kesayangan kau tu.” Lantas buku tebal itu dihumban ke sebelah Widad. Nasib tidak jatuh terus ke atas rumput-rumput yang menghijau.

“Nur Sakinah merajukkah?” bila dalam keadaan macam ni, Widad lebih suka memanggil sahabatnya dengan nama penuh. Entah kenapalah Sakinah ni lebih suka dengan nama Kine. Walhal nama Sakinah itu sudah sangat bagus. Ketenangan.

Mungkin tak sesuai dengan Kine, sebab tuan empunya nama suka bikin kacau. Kalau suasana tenang macam ni, mulalah dia buat kecoh.

“Hahaha...” ketawa Kine lepas.

“Kine? Merajuk?” Kine tunjuk diri sendiri.

“Depan Luke bolehlah,” sambungnya lagi.

Memang seronok kalau merajuk depan Luke. Boleh dapat hadiah kalau merajuk. Tapi kalau depan Widad, hmm... sakit telinga adalah.

ariellin Publish time 27-9-2010 08:46 AM

salam amanda...

dah baca...{:1_152:}{:1_152:}

apesal aku suke kalu WIDAD wif POKA...;P;P

asnita Publish time 27-9-2010 09:28 AM

morning amanda... cantik nama2 yg dipilih amada untuk cite kali nie... saya suka... next2 n3

amandaatika Publish time 27-9-2010 09:45 AM

“Kine? Merajuk?” Kine tunjuk diri sendiri.

“Depan Luke bolehlah,” sambungnya lagi.

Memang seronok kalau merajuk depan Luke. Boleh dapat hadiah kalau merajuk. Tapi
kalau depan Widad, hmm... sakit telinga adalah.

“Kenapa kau tak ketawakan saja si Duke tu? Cubalah ketawakan dia,” cepat Kine bertanya.

“Dia pun manusia, sayang.” Akhirnya Widad memberi respon. Memberi tindak balas seperti apa yang dimahukan oleh Kine.

“Tapi si Duke tu lawak sangat lah...”

Terlakar kembali di minda Kine situasi semasa mahu keluar dari library tadi. dia yang jalan seiring dengan Widad telah bertembung dengan Duke. Lelaki yang sentiasa mengejar-ngejar cinta Widad. Selalu mencuba nasib agar huluran cinta diterima oleh Widad. Namun Widad manusia tegar. Cintan-cintan belakang kira. Makan mee cintan bolehlah!

“Widad. Makan jom.” Duke berdiri depan Widad.

“Dah kenyang.”

Kine di sebelah yang mendengar menekup mulut. Padahal mereka keluar dari library ni nak pergi makan. Widad.. widad...

“Minum je,” sekali lagi Duke mencuba. Manalah tahu ada nasib. Untung sabut timbul...

“Tak haus. Mineral water ada dalam beg.”

Memang untung batu Duke dah tenggelam.

amandaatika Publish time 27-9-2010 09:46 AM

Post Last Edit by amandaatika at 27-9-2010 11:10

“Nak pergi mana ni? Jom, saya hantar,” sekali lagi dia mencuba.
“Nak pergi rumah Jenny,” pantas Kine membalas.
“Oh....” hanya itu balasan Duke.
Widad yang mendengar sudah sembunyi senyum. Pandai Kine cipta alasan. Thankslah friend.
Widad tahu sangat Duke. Duke paling rimas dengan manusia yang bernama Jenny. Asyik kejar ke mana sahaja Duke pergi. Nasib bukan sekelas, kalau tak, pasti Duke dah berhenti belajar.
Lumrah alam mungkin.Putaran kehidupan. Jenny kejar Duke. Duke kejar Widad. Widad kejar....

“Balik dari rumah Jenny, kita pergi jalan-jalan?” masih setia Duke mencuba nasib. Genggam bara api, biar sampai Widad terbakar sekali dengan pujukannya.
“Penat dah tu. Widad nak rest.” Langkah tetap diteruskan. Mereka melepasi ruang pagar yang ada disitu. Pintu utama hanya beberapa meter sahaja.
“Kalau macam tu,es.....”
Tidak jadi Duke menyambung bila mesin pengesan berbunyi.
Bingit.
Semua orang saling pandang memandang. Junior yang sedang bertenggek di tempat guard beralih sedikit bila si abang misai hendak lalu.
Beberapa mata menjadikan mereka berdua sebagai subjek. Kine sudah selamat di sebelah sana.Widad yang beriringan dengan Duke tidak jadi melangkah. Duke di sebelah sudah serba salah.
Bila abang misai datang menghampiri, cepat-cepat Widad menginjak sedikit. Bila dirasakan bukan dia yang menyebabkan mesin penggera berbunyi, lantas kakinya menghala ke Kine.
“Widad, esok kita da....”
“Dating-dating belakang cerita. Sekarang sila ikut saya.” Tegas abang misai bersuara.
Duke dah malu. Tebal mukanya. Sahamnya jatuh di depan orang yang dia suka.
“Bukan sengaja bang.”Lembut Duke memberi penjelasan.
“Alasan. Tak sengaja,padahal dah sampai depan pintu,” abang misai membalas sinis.
“Memang tak sengaja.Saya terbawa.”
Duke menunjukkan buku berwarna biru itu. Buku tu memang menyusahkan. Menjatuhkan maruahnya depan Widad. Ish... aku bakar juga buku ni. Duke menyumpah dalam hati. disebabkan buku yang tak guna tu, mesin pengesan berbunyi.
Apa-apa buku selagi tidak diambil kodnya, tidak boleh dibawa keluar dari library. Sedangkan dia baru bercadang nak bawa buku tu pergi kaunter. Nak pinjam. Sekarang batal terus niatnya nak pinjam. Tak selera langsung nak baca buku tu.
Kine yang masih berdiri ketawa kuat. Beberapa orang yang masuk dan keluar juga melemparkan senyum pada Duke yang sudah dibawa pergi oleh abang misai. Widad hanya melemparkan pandangan sebelum berpusing ke hadapan. keluar. Terkocoh-kocoh Kine mengejarnya bila sedar sahabatnya itu sudah tiada di sisi. Syok sangat diaketawakan si Duke.

amandaatika Publish time 27-9-2010 09:54 AM

Reply 74# ariellin


salam kmbali...
bukan ko ke yg jd heroin

amandaatika Publish time 27-9-2010 10:02 AM

“Kenapalah kau tak nak join venture kami ketawakan si Duke tu. Hahaha.” Ketawa Kine ketawa lepas. terbahak-bahak sambil pegang perut.

“Tak baik tahu ketawakan orang. Kalau nak ketawa pun, ikut contoh nabi, ketawa nampak gusi dan gigi sahaja. Bukan macam kau ni, ketawa sampai nampak semua khazanah yang ada dalam mulut kau.” Pantas Widad menutup mulut Kine.

Spontan tawa yang tercetus tadi terhenti.

Tangan Widad yang menekup mulut Kine masih statik di situ. Widad jengilkan mata. Bola matanya membesar macam bola golf. Kine ni memang nak kena ajar. Dah berkali-kali Widad ingatkan supaya tak gelak sampai pecah perut. Kalau dalam rumah sendiri lagi, pasti berguling-guling si Kine ni gelakkan orang.

Kine angkat tangan. Tahu akan amaran yang diberi.

“Ok.... aku tak gelak dah.” Biar masih ada tangan Widad, dia berusaha untuk bersuara juga.

Widad angat jari telunjuk dan jari hantu. Signal peace ditunjukkan.

Kine mengangguk. “Ya, aku janji.” Akhirnya dia juga melakukan seperti Widad. Mengangkat tangan tanda berjanji.

Widad melepaskan tangannya. Dia pun mana sanggup nak tekup lama-lama mulut Kine. Nanti habis tangannya juga berbau kari kambing. Dengan ikan-ikan sekali akan menjauhkan diri nanti. Dah la sekarang seekor rama-rama pun tak ada yang mendekat. Biasanya, satu atau dua ekor rama-rama akan hinggap di pokok bunga loceng yang berdekatan dengan tempat duduk mereka.

“So, jadi tak nak pergi rumah Jenny ni?” soal Kine sambil tersenyum.

Widad jengilkan mata.

amandaatika Publish time 27-9-2010 10:03 AM

sory uplod sikit2...
truk pla intrnet ari ni.
bengong skit intrnet kat ofis
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7 8
View full version: KASMARAN (fall in love)


ADVERTISEMENT