Raline Publish time 28-6-2022 01:45 PM

3 sekawan demam nampak kelibat misteri buat persembahan pukul 1 pagi

Blok kosong dijadikan asrama sementara... 3 sekawan demam nampak kelibat misteri buat persembahan pukul 1 pagi

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2021%2F04%2F01%2F1095809.jpg
Aman tak menyangka kisah seram didengar daripada pelajar senior akhirnya terjadi kepada dirinya sendiri. - Gambar Sekadar Hiasan


MEREKA yang pernah menetap di asrama paling tidak, pasti pernah terdengar pelbagai kisah seram turun temurun di tempat penginapan masing-masing. Ada di antaranya benar dan ada pula sekadar kisah dongeng bagi menakut-nakutkan pelajar baharu.

Begitu juga dengan Aman, sejak bertukar ke sebuah sekolah berasrama penuh di utara tanah air, pelbagai kisah sampai di telinganya namun tidak pernah mengambil serius akan perkara berkenaan.

Antara kisah popular yang disampaikan pelajar senior ialah mengenai bangunan asrama lama sekolah berkenaan yang menyimpan seribu satu kisah pelik dan seram sehinggakan ia dibiarkan kosong tanpa berpenghuni.

Disebabkan ia sudah lama ditinggalkan, ada pihak mendakwa ada 'benda' menumpang di bangunan tersebut malah ada individu pernah terlihat kelibat merayau-rayau di sekitar kawasan asrama itu.

"Jujurnya saya bukan percaya sangat perkara-perkara mistik dan pelik... Apabila senior bercerita saya cuma menganggap ia sekadar cubaan menakut-nakutkan kami.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2021/04/01/1095810.jpg
Aman serik tidur di atas katil double decker selepas mengalami pengalaman ngeri.

"Saya hanya dengar tetapi ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri," katanya.

Berpindah ke asrama lama

Beberapa minggu menetap di asrama itu, Aman memberitahu pihak pengurusan memaklumkan semua pelajar di bloknya perlu berpindah sementara waktu di bangunan lama tersebut bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan di blok yang digunakan.

Ketika berpindah sementara ke blok kosong itu, terdetik dalam hatinya mengenai kisah diceritakan senior tentang bangunan itu, Aman mengakui perasaan berdebar mula dirasainya namun dia tidak mahu terlalu mengikut perasaan.

"Pada hari kami berpindah, semua pelajar ditugaskan untuk membersihkan kawasan asrama selain kami dikehendaki membawa barang-barang keperluan memandangkan di bangunan itu sudah lama tidak berpenghuni.

"Meskipun pelbagai cerita kurang enak tentang asrama itu tapi Alhamdulillah bangunan tersebut sebenarnya dalam keadaan baik biarpun ia agak jauh daripada asrama lain cuma perlu bersihkan habuk dan sawang," katanya.

Saya tarik selimut dengan badan menggeletar dan tanpa disedari saya terkencing di atas tilam kerana berasa terlalu takut.
AMAN

Aman memberitahu dia bersama dua sahabatnya ditempat di sebuah bilik yang mempunyai dua buah katil dua tingkat dan mereka bertiga gembira kerana ditempatkan dalam bilik yang sama.

"Saya pilih katil belah atas bahagian kiri, kawan saya ambil bahagian bawah. Katil satu lagi pula kawan saya pilih untuk tidur di bahagian atas.

"Malam pertama di situ kami berasa agak tidak selesa kerana kipasnya tidak berfungsi dan mungkin disebabkan ia tempat baru, jadi kami belum dapat biasakan diri," ceritanya.

Suara wanita menyanyi tepi telinga, terkencing kerana ketakutan

Aman memberitahu, walaupun cuaca agak panas malam itu, mereka akhirnya tertidur. Disebabkan keadaan panas kerana cuaca dan masalah kerosakan kipas, Aman terjaga sekitar pukul 1 pagi dalam keadaan berpeluh-peluh dan selepas itu dia tidak boleh melelapkan matanya.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2021/04/01/1095808.jpg
Kelibat wanita yang muncul dihadapannya membuatkan Aman terkencing di atas katil ketakutan.


"Ketika saya termenung seorang diri, saya rasa macam ada benda sedang perhatikan saya daripada katil bawah yang kosong itu, macam ada kelibat.

"Tiba-tiba saya rasa seram, perasaan yang belum pernah saya rasa sebelum ini... dalam samar-samar, saya tarik selimut kerana tidak mahu terlihat benda-benda yang mungkin membuatkan saya berasa takut," imbaunya.

Ketika cuba menenangkan diri, Aman terdengar suara seseorang seperti sedang menyanyi di tepi telinganya namun dia cuba mengawal perasaannya dan bertenang.

Aman memberitahu ketika itu badannya terus berpeluh dek kerana perasaan takut namun dia memberanikan diri untuk melihat dari mana datangnya suara tersebut.

"Tergamam saya apabila suara seseorang menyanyi itu datang daripada katil yang kosong bekenaan dan jelas kelihatan kelibat seorang wanita yang seolah-olah sedang menari sambil menggerakkan tangan, berwajah pucat dan matanya menakutkan.

"Saya tarik selimut dan badan menggeletar. Tanpa disedari saya terkencing di atas tilam kerana berasa terlalu takut sambil mulut terkumat-kamit membaca segala surah yang saya tahu," ujarnya.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2021/04/01/1095811.jpg
Aman berselubung di dalam selimut kerana takut.

Tumpang bilik kawan, demam seminggu

Aman memberitahu suasana tiba-tiba menjadi sunyi namun dia sekali lagi terkejut apabila sahabatnya terjaga dan memanggil namanya.

Melihat keadaannya dalam ketakutan, rakannya itu bingkas bangun membuka lampu dan terkejut melihat wajahnya, katil basah.

"Rupa-rupanya, kawan saya juga mendengar suara wanita itu tetapi hanya berdiam diri sebelum memberanikan diri untuk bangun apabila mendengar suara saya terketar-ketar membaca ayat al-Quran.

"Kami bertiga ambil keputusan untuk menumpang di bilik rakan yang lain kerana ketakutan sehingga tidak sedar saya sudah terkencing di atas tilam," katanya.

Sepanjang malam itu kata Aman dia tidak boleh melelapkan mata dan mereka bertiga mengalami demam kira-kira seminggu sehingga pihak warden terpaksa memanggil ustaz untuk memulihkan semangat masing-masing.

"Dalam saya tak percaya, ia berlaku kepada diri saya tetapi saya anggap 'usikan' itu mungkin kerana kami telah masuk ke tempat tinggalnya memandangkan asrama itu sudah lama tiada penghuni," ujarnya.

Sumber:https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2021/04/01/blok-kosong-dijadikan-asrama-sementara-3-sekawan-demam-nampak-kelibat-misteri-buat-persembahan-pukul-1-pagi


batu kikir Publish time 14-8-2022 03:25 PM

Berapa banyak kali kencing daa.....
Ini ceritapun kencing jugak kut
Pages: [1]
View full version: 3 sekawan demam nampak kelibat misteri buat persembahan pukul 1 pagi


ADVERTISEMENT