natrahn Publish time 28-6-2022 09:44 AM

Tak ‘Cringe’ - Iklan Penaja Drama Remake She Was Pretty Versi Malaysia Ini Raih Perhatian Netizen

Edited by natrahn at 28-6-2022 09:55 AM



Drama Korea Selatan bergenre percintaan dan komedi terkenal pada 2015, She Was Pretty lakonan Park Seo-Joon dan Hwang Jung-Eum kini dihasilkan semula dalam versi Melayu dan ditayangkan secara ekslusif di Viu sejak 23 Jun 2022 lalu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/28/084457i709pp4tt0vppp8v.pngKredit foto - nekosdrama





Sejak mula ditayangkan, drama remake ini mula meraih perhatian netizen terutamanya peminat drama korea versi asal sebelum ini. Ini dapat dilihat di media sosial apabila mereka membandingkan beberapa babak ikonik drama tersebut.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/28/084156gik1b2mjz2h0fwku.pngKredit foto - Viu



Dalam pada itu, perkara lain yang turut menjadi bualan netizen adalah apabila seorang pengguna aplikasi Tik Tok @mayadeens berkongsi pendapatnya berhubung barangan penaja dalam drama itu.


https://vt.tiktok.com/ZSdw7mqHJ/


Katanya, ada beberapa babak yang mempamerkan barangan penaja drama iaitu Sunsilk yang mana kaedah penempatan produk itu kelihatan smooth dan bukannya hard sell.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/28/085000ezxv6azgxfcyx51o.png


Kredit foto - Tik Tok @mayadeens



Tambahnya lagi, ia merupakan contoh terbaik untuk mengiklankan sesuatu produk dalam drama berbanding seperti sesetengah kaedah iklan sebelum ini sehingga membuat adegan yang kelihatan tidak logik.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/28/090349k28zbmbsq0lvqhsy.pngKredit foto - Tik Tok @mayadeens





Ramai yang bersetuju dengan pendapat @mayadeens dan mereka turut memuji produksi drama remake ini yang dilihat telah membuat kajian terlebih dahulu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/28/085314woo8742mceo52r9s.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/28/085443szeey4pp5avv4a5a.jpg



Kredit foto - Tik Tok @mayadeens



Selain itu, netizen berpendapat kaedah ini menunjukkan satu perkembangan yang baik bagi industri seni kerana tiada lagi iklan cringe dalam sesebuah drama untuk mempromosikan sesuatu produk itu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/28/085402yduxu6rda06093gm.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/28/085335fzthayuwygfnrcga.jpgKredit foto - Tik Tok @mayadeens




Sebagai info, drama bersiri 16 episod ini diterbitkan oleh Independent Pictures diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dan penulis skripnya adalah Rafidah Abdullah.


Teraju utama drama ini ialah Diana Daniell, pelakon serba boleh yang telah merangkul Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 29 pada tahun 2017 dan digandingkan dengan ‘hero Malaya’ yang merupakan pujaan ramai iaitu Aiman Hakim Ridza. - CARI

Prickford Publish time 28-6-2022 10:54 AM

Iolls baru tengok episod 1. Tiba2 rasa rimas tengok Dee. Tunggu emosi kerimasan iolls stabil balik baru sambung tengok haha

Mary_jane Publish time 28-6-2022 11:11 AM

Mesti best sebab Rafidah yang tulis, geng 3R. Mengimbau Impian Illyana plak.
Pages: [1]
View full version: Tak ‘Cringe’ - Iklan Penaja Drama Remake She Was Pretty Versi Malaysia Ini Raih Perhatian Netizen


ADVERTISEMENT