Agent13k Publish time 28-6-2022 07:51 AM

Resort Yang Pernah Menjadi Lokasi Penggambaran Filem Senario Kini Terbengkalai

Jika anda pernah menonton Senario The Movie Episode 2: Beach Boys, anda mungkin ingat sebuah resort yang pernah digunakan untuk penggambaran filem itu di Pulau Pangkor, Perak.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/27/190837tz1rgamc4494k22y.pngkredit foto: YouTube



Baru-baru ini, ada video tular di TikTok yang memaparkan sebuah resort yang pernah digunakan untuk pembikinan sebuah filem, terbengkalai setelah bertahun lamanya.

7110971941917347098

ULWGw3iIW0s


Difahamkan, resort terbengkalai selama hampir 10 tahun itu mempunyai pelbagai isu dari segi masalah pengurusan seperti kewangan, staf dan lain-lain.

Malah, pelbagai barang telah ditinggalkan di resort itu seperti bantal, tilam dan TV.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/27/190902s60gfwhz5210crrr.pngkredit foto: TikTok



Menjengah di ruang komen, ramai netizen terkejut melihat keadaan resort itu dan ada yang percaya bahawa tempat itu berhantu. - CARI

elzy Publish time 28-6-2022 09:30 AM

Sekarang bila ramai buat aktiviti paranormal, semakin banyak bangunan terbengkalai dijumpai.. Antaranya projek dan kuarters kerajaan terbengkalai, banyak barang-barang yang tinggal, kebanyakkan bangunan luas dan besar.. Semakin lama, semakin rosak dan semak-samun..

saviour_09 Publish time 28-6-2022 09:48 AM

iols tgk kayon buat live sini hari tu

banyak perabot elok2 lg wooo

seram boleh la ado2 sajoorrkkk :lol:

AznieBunnie Publish time 28-6-2022 10:45 AM

Teluk Dalam Resort.
Pernah menginap kat sini. seronok... tapi air lautnya tak secantik belah Teluk Nipah.

makton Publish time 28-6-2022 11:00 AM

syg betul resort2 ditinggal mcm ni je.. brg2 byk lg yg elok

Miss_LoveLeen Publish time 28-6-2022 02:57 PM

Resort ni kat pulau ke atau atas darat ?

ketambangkang Publish time 28-6-2022 03:23 PM

putih mulus acik maria farida dlm cite ni...sampai ke ketiak putih melepak

mizruncing Publish time 28-6-2022 04:27 PM

sayangnyaaa... mane owner nyaa. takkan xde jualan lelong ke ape sblm tu.

CariMalay Publish time 28-6-2022 06:09 PM

Rugi betul

jantahu8 Publish time 28-6-2022 08:39 PM

Pernah menginap kat sini. seronok... tapi air lautnya tak secantik belah Teluk Nipah.

ally9970 Publish time 29-6-2022 12:49 PM

Terbengkalai??? Dalam pembinaan ke???

tricomonas Publish time 29-6-2022 04:23 PM

kan ke tokey dia yang nama jamali shadat tu dah meninggal?so mmg la terbiar kan?

lady_bonia Publish time 29-6-2022 04:30 PM

Sayang, besar dan luas resort ni.. tapi agak terceruk sikit..kalau dibangunkan semula bagus juga memandangkan sektor perlancongan kembali rancak..tapi makan modal la nak repair balik apa semua..

jantahu8 Publish time 30-6-2022 02:36 PM

Dalam pembinaan ke???

get-vidmateapp.com mobdro download
Pages: [1]
View full version: Resort Yang Pernah Menjadi Lokasi Penggambaran Filem Senario Kini Terbengkalai


ADVERTISEMENT