Cintaerina Publish time 27-6-2022 05:25 PM

"Takut Sampai Tersilap Target," – Netizen Terhibur Tengok Pengunjung Rumah Hantu Terpukul Kepala Kru

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/27/155038ys6g20i922o09z0c.pngSumber: Tiktok Pupugls


Baru-baru ini, tular satu video TikTok dari negara Indonesia yang dimuatnaik oleh Pupugls. Sejak dimuat naik, video ini telah mendapat lebih 17 juta tontonan dan rata-rata penonton terhibur dengan aksi spontan sekumpulan pengunjung sebaik sahaja mereka keluar dari rumah hantu tersebut.


Kepada yang tidak tahu, rumah hantu itu dikenali sebagai Rumah Sandekala yang terletak di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Jakarta iaitu FX Sudirman.


Menerusi video yang dimuatnaik itu, kelihatan seorang lelaki berbaju hitam yang difahamkan merupakan pekerja di Rumah Sandekala sedang bersiap sedia di penghujung rumah hantu itu untuk membuka pintu bagi membolehkan pengunjung keluar.


7110854808701062426


Namun, sebaik sahaja pintu itu dibuka, salah seorang daripada sekumpulan pengunjung wanita telah memukul kepala pekerja lelaki itu secara spontan kerana terlalu takut akibat dikejar oleh 'hantu' sehingga di penghujung rumah hantu itu. Mungkin wanita itu beranggapan bahawa lelaki itu juga salah seorang 'hantu' di Rumah Sandekala.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi spontan yang dilakukan oleh wanita itu. Siapa yang tidak takut apabila dikejar oleh hantu? Nasib baik tak bengkak muka ditampar oleh pengunjung wanita itu. -CARI



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/27/155037jm7zwswvszk7ws0s.pngSumber: Tiktok Pupugls






ally9970 Publish time 29-6-2022 11:20 AM

Banyak betul berita Indon ni...
Pages: [1]
View full version: "Takut Sampai Tersilap Target," – Netizen Terhibur Tengok Pengunjung Rumah Hantu Terpukul Kepala Kru


ADVERTISEMENT