Raline Publish time 24-6-2022 03:55 PM

Pekerja Boleh Mohon Bekerja Secara Fleksibel Bermula September Depan

Pekerja Boleh Mohon Bekerja Secara Fleksibel Bermula September Depan

https://wiserspace.sgp1.cdn.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2022/06/24081415/kerja.jpg

Berita baik kepada para pekerja di Malaysia kerana bermula 1 September depan, anda akan boleh membuat permohonan bekerja secara fleksibel kepada majikan masing-masing .

Ia selepas penguatkuasaan Aturan Kerja Fleksibel (AKF) di bawah pindaan Akta Kerja 1955 yang akan mula dikuatkuasakan bermula dari tarikh tersebut.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia semalam.

Menjelaskan perkara ini, beliau berkata permohonan AKF perlu dibuat secara bertulis dan boleh meliputi perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan juga tempat bekerja.

Pihak majikan pula perlu memberi jawapan secara bertulis sama ada bersetuju atau menolak permohonan pekerja dalam tempoh 60 hari dan perlu memberi alasan jika permohonan ditolak.

Beberapa buah negara luar seperti UK sudah pun memulakan percubaan melaksanakan tempoh 4 hari bekerja seminggu.

Sumber: bernama

adila39 Publish time 27-6-2022 09:25 PM

Bestnya tp nnt majikan bising
Pages: [1]
View full version: Pekerja Boleh Mohon Bekerja Secara Fleksibel Bermula September Depan


ADVERTISEMENT