Raline Publish time 23-6-2022 08:09 PM

Sedang Menyelam Di Laut, Lelaki Ini Temui Pedang Berusia 900 Tahun

Sedang Menyelam Di Laut, Lelaki Ini Temui Pedang Berusia 900 Tahun

https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2021/10/6hrK6MWQ-crop-tile.jpg?w=1500&ssl=1
Ketika sedang menyelam di kawasan pantai utara Israel, Shlomi Katzin telah menemui sebilah pedang yang diliputi cengkerang teritip terdampar di dasar laut.

https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2021/10/6hrK6MWQ.jpeg?resize=1024%2C766&ssl=1
Gambar oleh: Shlomi Kitzen
Pedang besi kuno yang mempunyai bilah sepanjang 1m (3,3 kaki) dan gagang sepanjang 30cm (12 inci) dikatakan berumur kira-kira 900 tahun.Pedang ini dipercayai adalah milik tentera ketika era Perang Salib.

Kata Dr Nir Distelfeld, seorang pemeriksa dari Unit Pencegahan Rompakan di bawah Pihak Berkuasa Antik Israel, “Pedang ini, yang mana telah dipelihara dalam keadaan sempurna, adalah satu penemuan yang baik. Jelas sekali ia milik ksatria tentera salib.”

https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2021/10/000_9PY3KR-e1634650644509-640x400-2.jpg?w=640&ssl=1
Gambar oleh: Jack Guez

Menerangkan tentang hal tersebut, Kobi Sharvit, pengarah Unit Arkeologi Laut Pihak Berkuasa Antik Israel, berkata “Adalah normal untuk menemukan pedang dalam keadaan buruk.Tetapi yang ini dijumpai di bawah air – dan oleh kerana ia berada di bawah air, ia dipelihara dalam keadaan sangat baik.”

“Air di kawasan Pantai Carmel tetap pada suhu yang sama sepanjang tahun, yang membantu memelihara besi di pedang ini. Kerana besi teroksidasi, cengkerang dan organisma laut lain menempel padanya.”

“Ini pertama kalinya kami menjumpai pedang cantik seperti ini.”

Artifak itu ditemui pada 16 Oktober 2021 di dasar laut Pantai Carmel, Israel.Kemudian, ia diserahkan oleh Katzin kepada Unit Pencegahan Rompakan di bawah Pihak Berkuasa Barang Antik Israel.

Katzin bersetuju untuk menyerahkan pedang itu kepada unit tersebut, tetapi dengan satu permintaan. Dia ingin bergambar terlebih dahulu dengan pedang kuno tersebut.
https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2021/10/image_10181-Crusader-Sword.jpg?w=580&ssl=1

Gambar oleh: Nir Distelfeld / Pihak Berkuasa Barang Antik Israel


Pedang tersebut kini diserahkan kepada Jabatan Perbendeharaan Israel. Menurut pegawai di unit tersebut, pedang itu akan dibersihkan dan dikaji sebelum dipamerkan untuk tontonan umum.

Sumber:https://iamlejen.com/sedang-menyelam-di-laut-lelaki-ini-temui-pedang-berusia-900-tahun/#.YrRXobJBxhE

kucingitam Publish time 24-6-2022 09:12 AM

wow..pedang knight templar..

epullipan Publish time 9-8-2022 05:04 PM

confirm knight templar punya ke tu
Pages: [1]
View full version: Sedang Menyelam Di Laut, Lelaki Ini Temui Pedang Berusia 900 Tahun


ADVERTISEMENT