Cintaerina Publish time 22-6-2022 06:31 PM

"Penerbit Rancangan Tak Buat Kajian" - Netizen 'Kantoikan' Gadis Palsukan Penyakit D.I.D

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/22/162214ospwsal77o76wswu.pngSumber: Tiktok Belle Natasya


Beberapa hari yang lepas, sebuah program televisyen bertemakan isu kewanitaan menyiarkan episod mengenai penyakit Dissociative Identity Disorder ataupun DID yang menyebabkan seseorang itu mempunyai banyak personaliti.


Menurut sumber, penyakit ini berpunca daripada trauma lampau yang dihadapi oleh seseorang itu.


Menerusi episod itu, seorang gadis dikenali sebagai Belle Natasya ditemu bual program TV berkenaan mendakwa dirinya mempunyai lebih dari 20 personaliti berbeza.


https://twitter.com/farisjimboo/status/1538839386199969792?s=20&t=i9_0NJzdMs3Kq9QYNeIf1w


Namun, selepas episod itu disiarkan, ia menjadi tular di media sosial. Hal ini kerana, ramai netizen yang tampil mendakwa bahawa gadis itu dikatakan memalsukan penyakit DID dialaminya itu.


https://twitter.com/farisjimboo/status/1538838253444378627?s=20&t=i9_0NJzdMs3Kq9QYNeIf1w


Perkara ini secara tidak langsung membuatkan rata-rata netizen tertanya-tanya mengenai kredibiliti rancangan TV itu seolah-olah seperti tidak membuat kajian terlebih dahulu mengenai penyakit DID yang dialami oleh Belle.


Selain itu, rakan-rakan sekolah dan universiti gadis itu juga tampil bersuara bahawa dia tidak mempunyai penyakit itu kerana sebelum ini dia sangat normal dan tidak pernah menunjukkan sebarang simptom penyakit mental.


Malah ramai juga yang berpendapat bahawa gadis itu hanya berpura-pura kerana inginkan perhatian ramai di platform Tiktok miliknya. Untuk pengetahuan, gadis itu juga merupakan seorang yang popular di platform itu.


Walaupun ramai yang menyokongnya, namun masih ada segelintir netizen yang skeptikal dengan penyakit yang dihadapinya. - CARI



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/22/162213k35vrrwb2z5niotr.pngSumber: Twitter Daus Pozi



nakkomenjugak Publish time 22-6-2022 09:49 PM

Ramai betul mengaku sakit akhir2 ni

nakkomenjugak Publish time 22-6-2022 09:49 PM

Ramai betul mengaku sakit akhir2 ni

akuchenta Publish time 22-6-2022 10:01 PM

Semua org berebut nk famous..biarpun fake!

shernazz Publish time 23-6-2022 07:05 AM

Igt trend kots sakit mental neh:funk:
Iols tgk cite split tu pung penat org tu bertukar2 personaliti tibe2..
Kesian pon ado sebab yang dlm split tu org tu kena dera masa kecik kan...

elzy Publish time 23-6-2022 08:22 AM

Trend mengada-adakan penyakit mental untuk perhatian.. Walau betul sekalipun tak perlu bangga meraih simpati di social media.. lemah!

Cokoro Publish time 23-6-2022 09:29 AM

Iols fikir dia mmg ada penyakit mental, tp bukan DID lah. Ckp je lah mmg suka cosplay or suka ada persona yg berbeza. Dahlah semua tu rajin buat tiktok. :lol:

dekmieDandy Publish time 23-6-2022 09:40 AM

dah block minah ni kat TT

aman hidup

cikatilia Publish time 23-6-2022 09:51 AM

skang mengaku sakit jiwa mental illness saiko ocd semua mcm trend
baru la in and rare ada sakit2 ni
kalau nak lagi rare kena ada multiple mental brain illness

serious cringe nak mati tgk belle ni jadi budak kecik.... mcm terencat aje... and bila jadi lelaki siap naik atas tukar baju
and each watak kena explain diri masing2 dah mcm interview actor utk movie...

saya memainkan watak bla bla bla
diskusi 1 topic bersambung bila dia konon2 trans jadi watak A ke B C D.. wtf

ais_kosong Publish time 23-6-2022 10:53 AM

yang xda penyakit tp suka mengaku ada penyakit.
Ingat best ke ada penyakit? goblok!!

Mary_jane Publish time 23-6-2022 11:04 AM

nakkomenjugak replied at 22-6-2022 09:49 PM
Ramai betul mengaku sakit akhir2 ni

Self diagnosed agaknya. Google2 then tengok eh sama je symptoms ni. :lol:

Mary_jane Publish time 23-6-2022 11:07 AM

Kau berangan jadi John Cusack ker sis? Tak baik kau kencing stesen TV tidak berbayar tu. Dengan penonton2 sekali lencun.

epal21 Publish time 23-6-2022 11:34 AM

Muka macam ex gf herol azreen tu. Apa ntah namanya.

saviour_09 Publish time 23-6-2022 11:49 AM

for the sake of content

sanggup mengaku gila babi ye :lol:

Zack8hunter Publish time 24-6-2022 10:07 AM

tertengok gak jap kt tv.. tp aku dah dpt agak mesti BS ni ;P

vanillaninja Publish time 24-6-2022 11:21 AM

Euwww. Cringe la I tengok budak ni.

vanillaninja Publish time 24-6-2022 11:21 AM

Euwww. Cringe la I tengok budak ni.

Sazreena Publish time 24-6-2022 04:42 PM

Malu bai mak nak ngaku dia ni anak. Yg produser tibitigasuku ni pun tadah je la caya bulat-bulat. Takde la effort nak refer doktor yg treat dia ni ke or at least check la dia punya medical history. What a joke!

spy_caridotdot Publish time 5-7-2022 06:59 PM

Kelakar lah!! Budak 6 tahun macam tu??

azimodin Publish time 5-7-2022 08:18 PM

Orang2 macam ni la yg menyebabkan orang yg clinically diagnosed pon terpalit sama. Sebelum jemput orang ada disorder camni, xleh ke producer mintak tengok rekod rawatan? At least kad rawatan. Sekarang ni mmg macam trend ye orang, bukan setakat self diagnosed ya.. siap ada yg "psycho" diri untuk ada penyakit for cloud. Semalam baru je i tengok commentary video pasal dak2 genz yg "memilih" untuk ada amnesia. Banyak betol masa terluang
Pages: [1] 2
View full version: "Penerbit Rancangan Tak Buat Kajian" - Netizen 'Kantoikan' Gadis Palsukan Penyakit D.I.D


ADVERTISEMENT