Cintaerina Publish time 22-6-2022 06:29 PM

"Comel Betul" - Baru Scan Muka Anak, Tapi Suami Dah Mengalir Air Mata

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/22/170112wi0rdddv3tmm0pdf.pngSumber: Tiktok Naa_Eyna


Lumrah bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, pasti mereka mengharapkan rezeki untuk memiliki cahaya mata.


Kehadiran seorang anak boleh menjadi penyejuk hati buat ibu dan bapa, terutamanya anak yang pertama. Mesti rasa teruja dan tak sabar untuk melihat wajah anak.


Baru-baru ini, tular video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Naa_Eyna yang memaparkan detik indah ketika dia dan suaminya melakukan pemeriksaan ultrasound di sebuah klinik swasta baru-baru ini.


Memandangkan ini merupakan kehamilan pertamanya sejak bernikah pada bulan Februari yang lalu, wanita ini sama sekali tidak menyangka bahawa suaminya menangis apabila melihat 'ultrasound' anaknya. Hal ini menyebabkan wanita itu dan doktor di situ terus ketawa melihat gelagat suaminya.


7110642578411900187


Ketika doktor 'zoom' sehingga menampakkan bentuk wajah dan hidung anak di dalam kandungan wanita itu, suaminya sekali lagi mengalirkan air mata. Wanita itu juga berharap bahawa janin itu akan berkembang sihat sehingga saat dilahirkan.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat reaksi suami Eyna yang tidak sabar untuk melihat anak mereka. Selain itu, ramai juga yang mengambil kesempatan itu untuk berkongsikan pengalaman lucu suami masing-masing ketika menemani mereka membuat check up kehamilan sebelum ini. - CARI



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/22/170110rwfrdryxh80x84hh.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/22/170110kj46h5f12ux0dhae.png

Sumber: Tiktok Naa_Eyna






Belibis Publish time 22-6-2022 10:25 PM

Macam ni pun boleh buat content?

saviour_09 Publish time 23-6-2022 11:50 AM

alololooooo shooo shuwiiitttt :lol:

UMMI_MAI Publish time 23-6-2022 03:50 PM

huk alohhhhh

Artemesiaa Publish time 23-6-2022 06:30 PM

Ramai je macam tu tapi tak da lah nak viral kan di media social.Kalau tak caya cuba tanya bapak atau atuknya dulu ada teriak tu macam tu juga.Mesti rata2 kata ada.

Zack8hunter Publish time 24-6-2022 10:02 AM

nanti budak tu dah lahir... kalo bapaknya taknk cebukkan berak anak sendri kita hempuk dia secara berjemaah.. ;P

supernaturalee Publish time 29-8-2022 11:10 PM

Apecer skrg


white_musk Publish time 30-8-2022 12:49 PM

seronok dapat anak sebab rasa dapat investment ;P

penutupbotol Publish time 28-10-2023 05:50 PM

alahaiii sweet jer

gideoncross Publish time 19-3-2024 01:10 AM

Makpak muda

IzzahF Publish time 20-3-2024 04:30 PM

Zack8hunter replied at 24-6-2022 10:02 AM
nanti budak tu dah lahir... kalo bapaknya taknk cebukkan berak anak sendri kita hempuk dia secara be ...

sampai bapaknya menangis balik :lol:
Pages: [1]
View full version: "Comel Betul" - Baru Scan Muka Anak, Tapi Suami Dah Mengalir Air Mata


ADVERTISEMENT