Cintaerina Publish time 21-6-2022 05:54 PM

"Khas Untuk Birthday Mak," - Menantu 'Prank' Merajuk Nak Lari Rumah, Tak Sangka Reaksi Mak Mentuanya Touching Habis

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/21/120356ro9j9lqijmlkrqzl.pngSumber: Tiktok Imeylin


Setiap wanita pasti pernah terdetik dihatinya tentang penerimaan ibu mertua terhadap dirinya. Walaupun sudah berpuluh tahun berkahwin, namun kadang-kala perasaan risau itu tetap ada. Oleh disebabkan itu, baru-baru ini tular satu video berkenaan seorang wanita yang sanggup buat 'kerja gila' untuk mendapatkan kepastian adakah ibu mertuanya menyayangi dirinya seikhlas hati.


Wanita itu juga telah berkomplot dengan suaminya. Menerusi video yang dimuatnaik di akaun Tiktok Melyin, kelihatan wanita ini kononnya sedang merajuk dengan suami dan menangis teresak-esak. Hal ini menyebabkan ibu mertuanya terus mengikut wanita itu masuk ke dalam bilik untuk memantau menantunya malah ibu mertuanya siap menahannya daripada keluar dari rumah walaupun tidak mengetahui punca sebenar pergaduhan mereka.


7110661981190786331


Walaupun ibu mertuanya kelihatan buntu bagaimana mahu memujuk Meylin, warga emas itu tetap memeluk Meylin. Akhirnya, ibu mertuanya menerima kejutan tak disangka-sangka sempena hari ulang tahun kelahirannya dan pertelingkahan antara Meylin dan suaminya hanyalah lakonan semata-mata.


Menurut Melyin, walaupun dia duduk serumah bersama ibu mertuanya, namun dia tetap inginkan kepastian sama ada dia disukai oleh ibu mertuanya atau tidak. Hal ini kerana, diatahu kelemahan dirinya dan Melyin juga bukanlah seorang menantu sempurna.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berkata mereka sangat terharu melihat reaksi spontan ibu mertuanya yang kelihatan begitu menyayangi Meylin. -CARI



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/21/120354l17xqqchowowh4uj.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/21/120354t2ueiofvufmr2qb8.png

Sumber: Tiktok Imeylin






jazaa100 Publish time 22-6-2022 10:04 AM

Yg berlakun tu pun patut dpt hadiah....

:lol:

jazaa100 Publish time 22-6-2022 10:07 AM

Edited by jazaa100 at 22-6-2022 10:08 AM

Korang yg kat porum ni jgn memandai nk test market mcm ni.....takut mak mertua korang tlg pack kn baju suruh korang blahhh....

Tau lah mulut memasing mcm langsuir.....

Kan @tumpanglalu74

:laugh3:

KamikuP Publish time 22-6-2022 12:36 PM

Kang kalu acik gundu kat forum nibuat prank mcm ni dengan pantas mak mertua tolong packing beg suruh berambus keluar dari rumah cepat2 menhabihkan boreh jaahhh...

Nurul8001 Publish time 22-6-2022 02:11 PM

Dia jual produk apa? Kalau lashes, brow liner, braces, saya tak beli:lol:

Mary_jane Publish time 22-6-2022 02:44 PM

Tak sampai hati plak nak buat mak mertua macam ni. Kang banjir lagi klang valley tak pasei2 kan. Buat mak sendiri hokay kot. :laugh3:

xoic726 Publish time 22-6-2022 02:49 PM

anak menantu dia very the rempits....

tumpanglalu74 Publish time 22-6-2022 05:42 PM

jazaa100 replied at 22-6-2022 10:07 AM
Korang yg kat porum ni jgn memandai nk test market mcm ni.....takut mak mertua korang tlg pack kn ba ...

Hah?Aku takde anak laki so aku takkan ade menantu pompuan.Apebende ney nyah?
Pages: [1]
View full version: "Khas Untuk Birthday Mak," - Menantu 'Prank' Merajuk Nak Lari Rumah, Tak Sangka Reaksi Mak Mentuanya Touching Habis


ADVERTISEMENT