Raline Publish time 21-6-2022 03:12 PM

Lelaki Temui Rambut Manusia Di Batu Nisan Berusia 100 Tahun

Lelaki Temui Rambut Manusia Di Batu Nisan Berusia 100 Tahun

https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2021/10/lelaki_temui_rambut_manusia_di_batu_nisan_berusia_100_tahun_1.jpg?w=1086&ssl=1

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Joel Morrisson, 37, telah menemui ‘benda’ menyerupai rambut manusia dan hal tersebut menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

‘Benda’ yang ditemui Joel itu keluar daripada batu nisan sebuah kubur berusia 100 tahun di California, Amerika Syarikat.

https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2021/10/lelaki_temui_rambut_manusia_di_batu_nisan_berusia_100_tahun_2.jpg?w=500&ssl=1
Sumber: Nangtime

Difahamkan, objek menyerupai ‘rambut’ itu tersepit pada batu kubur dan sebahagian menjalar di atas tanah.

Bagaimanapun, Joel tidak pasti sama ada benda itu adalah rambut seperti yang disangkakannya. Namun, selepas diperiksa, dia menyedari bahawa objek itu sememangnya rambut manusia.

https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2021/10/lelaki_temui_rambut_manusia_di_batu_nisan_berusia_100_tahun_3.jpg?w=500&ssl=1
Sumber: Nangtime

“Situasi seperti ini boleh berlaku terutamanya selepas banjir besar atau hujan. Bahkan, ia juga boleh membuatkan mayat di dalam kubur terapung ke atas,” kata seorang pengguna.

“Berkemungkinan besar mereka mengebumikan mayat berhampiran pokok. Seorang petugas pengebumian pernah memberitahu bahawa jangan tanam mayat dekat dengan pokok bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku,” komen seorang netizen.

Memetik laporan portal Nangtime, beberapa hari kemudian, Morrisson kembali semula ke kawasan perkuburan tersebut dan mendapati ‘rambut’ itu telah hilang.

“Haiwan-haiwan seperti tupai dan tikus bebas untuk masuk dan keluar apabila kubur itu terbuka akibat tekanan akar pokok. Mungkin ia cuba untuk membuat sarang pada rambut manusia,” katanya.

Bagaimanapun, Joel merancang untuk mengambil sampel rambut tersebut untuk diuji bagi mengesahkan sama ada ia betul-betul adalah rambut manusia.

Sumber:
Nangtime
https://iamlejen.com/lelaki-temui-rambut-manusia-di-batu-nisan-berusia-100-tahun/#.YrFu0LJBxhE


Pages: [1]
View full version: Lelaki Temui Rambut Manusia Di Batu Nisan Berusia 100 Tahun


ADVERTISEMENT