Tinggal Anak Sedang Menangis Demi Kerja, Tya Ariffin Dikecam Netizen
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/20/163239eqqzygf1rreiuah1.pngSumber IGBaru-baru ini usahawan, Nurtria Wulandari Arifin atau Tya Arifin memuat naik sebuah video di TikTok memaparkan dua orang anaknya sedang menangis di lantai halaman rumah.
Susulan daripada perkongsian itu menyebabkan netizen mempertikaikan tindakannya yang sanggup meninggalkan dua orang anaknya demi mencari rezeki.
Tya kemudian tampil menafikan dakwaan netizen yang mendakwa dia sama sekali tidak mempedulikan kedua-dua anaknya semata-mata sibuk dengan urusan dunia.
7109838629576396058
"Saya bukan sengaja meninggalkan dua orang anak di rumah sebaliknya perlu keluar bagi melunaskan komitmen kerja. Hati ibu mana yang sanggup melihat anak-anak menangis mahu ikut ibu bapa mereka.
"Sukar untuk saya jelaskan situasi ini namun apa yang pasti ibu bapa yang turut berdepan dengan perkara yang sama memahaminya. Mujur juga saya tidak perlu membiarkan mereka lama-lama di rumah," katanya kepada Kosmo! Online.
Tya yang juga isteri kepada Asyraf Khalid itu juga berkata, dia sangat bersyukur kerana suaminya selalu ada untuk memberikan semangat dan motivasi serta menyokong segala usahanya.
https://www.instagram.com/p/CbxT1AjP1rE/
"Menjadi usahawan sebenarnya membuatkan saya kembali jumpa tujuan hidup. Kalau dulu, saya berlakon demi mencari wang untuk ibu bapa dan sejak berkahwin, saya tertanya-tanya apa lagi tujuan hidup perlu dikejar.
"Tujuan utrama saya menjadi usahawan adalah untuk membina perniagaan jangka masa panjang. Misi utamanya adalah untuk membantu orang ramai mengecap impian bersama dan berjaya dalam perniagaan," katanya. -CARI
demi content!
ni sorang lagi anak didik jijan miki mouse everything can be a content......apa je tak content sejak si arip jiwa tu lahir...siap menompang content anak tokti sekali... lagipun kalau dia tak kerja, biawak gundu tu kang makan roti canai belah dua lagi....hidup susah katanya....... utoooooo! Nampak sgt belakon...umpan anak ajak g jalan get ready masuk kete semua.pastu tarik anak kuar acah tutup pintu...nangis la budak tak tau ape. Common sense lah kalau dh ade maid kt umah mesti time nak g kije tu senyap2 keluar biar maid tu lalaikan budak2 tak kasi nampak....ini siap stanby camera.. mende..aku dulu pun camtu nak gi kerja anak menangis nak ikut..hari2 pulak tu Alaaaaaahai.
Mcm la keje 8 to 5
9 to 6 mcm marhen lol
Bole je pn bawak anak g ofc.
Bawak maid tlg jaga anak pn bole.
Boss fonderr kan
Klo berguru ngn miki mouse mmg cheap2 sgt marketing nye Puiii missyL replied at 21-6-2022 09:39 PM
Alaaaaaahai.
Mcm la keje 8 to 5
9 to 6 mcm marhen lol
kan. tak paham konsep content2 begini. terpalinggg mother la tu ;P
Apsal misi depa ni semua sama je sorang pun tak jujur cakap sbb nak duit jd kaya raya.
Balik2 meniaga sbb nak bantu org lain mengecap impian bla bla sbb nak bantu org lain tidur ngn selesa kalau saya tak jual bantal ni orgtak dapat tidur selesa.
Tu blm lagi yg menonggang duk sebut tolong bantu akak supaya akak leh kaya utk support institusi pendidikan islam,
Akak nak kaya hingga boleh gajikan guru2 sekolah islamik.
Gitula misi2 leader/master produk MLM bagai.
nonanje59 replied at 23-6-2022 05:11 PM
kan. tak paham konsep content2 begini. terpalinggg mother la tu
Kan
Ade lg ke yg tepengaruh ngn konten cmnie hahahaha
Suchi replied at 24-6-2022 06:37 AM
Apsal misi depa ni semua sama je sorang pun tak jujur cakap sbb nak duit jd kaya raya.
Balik2 meniag ...
Gitu la carik agent n Stokis.
Pelanggan dieorg agent n stokis hahaha
Pastu dieorg masyok duit.
Yg agent n stokis Pandai2 la nk jual kotakominami replied at 20-6-2022 11:51 PM
Nampak sgt belakon...umpan anak ajak g jalan get ready masuk kete semua.pastu tarik anak kuar acah t ...
Dia ingat mak2 lain bodoh mcm dia. Mmg layak dikecam sbb sendiri upload kebodohan. Makin lama i makin yakin, kalau bijak, xkn jd la ank didik jijan ni missyL replied at 21-6-2022 09:39 PM
Alaaaaaahai.
Mcm la keje 8 to 5
9 to 6 mcm marhen lol
koserrr ahhh couple ni.. mcm la ko marhen sangat
hidet replied at 25-6-2022 08:21 AM
koserrr ahhh couple ni.. mcm la ko marhen sangat
Try nk nmpk miskin n ssh sgt
Yg si laki konon2 ade 20 ringgit ke singgit dlm bank lol
Semoga Allah makbulkn doa die nk sgt jadi org ssh :$ missyL replied at 25-6-2022 02:13 PM
Try nk nmpk miskin n ssh sgt
Yg si laki konon2 ade 20 ringgit ke singgit dlm bank lol
hahahaha...
tapi iols ka tgk dia.muka cantik..tak jemu mata memandang
hidet replied at 26-6-2022 12:19 PM
hahahaha...
tapi iols ka tgk dia.muka cantik..tak jemu mata memandang
Hahaa
Rupe cantik ramai je sis.
Nk carik bijak pandai tu ssh haha
Tp mmg muke die manis.
Tp gitula
Content poyo Terang sangat urat kat dahi dia :sweat3:
Pages:
[1]