mummilizza Publish time 20-6-2022 09:41 AM

Suami jadi rider

Hai semua forumer yg dikasihi..tolong dalami masalah saya ni...

Saya seorang yang berkerjaya dan mempunyai seorang anak berusia 3 tahun. Suami pulak walaupun graduate tapi takde kerja tetap. Dah banyak tempat dia kerja tapi tak lama berhenti sebab dia sukar bekerjasama dlm team. Selain itu, dia seorang yg lack of social skill, interpersonal skill pun takde. Pendek kata tiada langsung kemahiran. Sekarang dia jadi rider dah hampir 2 tahun dan nampaknya dia happy dengan kerja tu. Saya banyak kali minta dia cari kerja tetap tapi sekejap je, dia berhenti. Saya jadi fed up dan malu dengan keluarga. Yela, suami hanya seorang rider. Pasangan collegues dan siblings semua kerja hebat2. Hingga ke hari ini, mereka tidak tahu yang suami saya seorang rider termasuk parents saya.


Walaupun saya bergaji besar tetapi kena bayar loan rumah, bayaran taska dan selebihnya belanja dan simpan utk kegunaan pendidikan anak. Perbelanjaan mencukupi cuma tidak boleh terlalu bermewah. Sesekali makan di restoren atau shopping. Suami ada membayar bil2 dan groceries sahaja. Kalau bab duit dia tak kedekut cuma tahu jela gaji rider bukan monthly. Kalau tak buat grab takdela gaji. Stress saya dengan keadaan mcm ni. Bukan saya tidak bersyukur, tapi saya mahukan suami yg ada pendapatan tetap dan stabil. Dah lama saya pendam masalah ni dan hubungan dengan suami pun dah lama dingin. Saya dah tiada perasaan dan tiada respect terhadapnya cuma mengenangkan anak dan dia melayan saya dengan baik walaupun saya selalu mengherdik dan memarahi dia akibat tertekan.Demi anak, so saya bertahan. Tapi dah tiada keceriaan dalam hidup berumahtangga.

Memikirkan keupayaan dia yang tidak mampu pergi jauh dalam organisasi, saya terfikir mungkin dia akan terus menerus kerja sbg rider which is saya rasa sangat risky. Takkan umur 50 thn masih nk menunggang motorsikal berpanas berhujan. In case accident (malang tak berbau), belum tentu dia dpt kerja seperti biasa lagi. Anak pulak masih kecil. Stress saya memikirkan hal ni. Nak berbisnes pun dia failed. Malangnya saya bersuamikan manusia seperti itu. Tiada masa depan dan kemajuan dalam hidup. Mungkin silap saya 4 bulan kenal terus kahwin walaupun masa tu dia hanya kerja kontrak. Menyesal pun ada.


Mohon jangan kecam. sekadar meluahkan perasaan, menyatakan masalah dan mohon kata2 semangat atau pendapat. Adakah saya perlu redha atau lari dari kehidupan berumahtangga mcm ni? Dalam keadaan sekarang, saya tidak mampu berfikir dengan waras dan rational. Maaf juga ayat tunggang langgang sebab saya just menaip mengikut apa yg terlintas di fikiran. TQ mod kalau silap bod blh alihkan....




musangbodoh Publish time 20-6-2022 10:38 AM

hg nie masalah ape sebenarnya...

duit buatkan hg buta mata kt laki hg...ape yg dia buat kt hg? main kayu 3? joli? sepak terajang hang ka?panas baran ka? mabuk todi ka??? dia buat kerja elok ja kan?? balik on time kan...

hg malu sebenarnya dgn org ja...sedara2..kwn2....kan?

bukan nk kecam...hg kalo rasa dh xde feel lansung hg mintak cerai' je lh...duit nnti akan isi kekosongan hg...puas ati??

tepuk dada tanya selera...nk menjanda rasa2 ade org nk ka? jgn nnti yg baru lg hauk mulalah meroyan compara dgn ex plak....

btw jgn ingat kebaikan ja ya...keburukan ttp ada...dua2 seiring...



Nnoor2 Publish time 20-6-2022 11:38 AM

Bercerai jela..
Dari ko memgumpat suami hari2 dan tiap hari ko pandang rendah pada dia...baikla ko bercerai...pi cari laki KAYA RAYA..

Pelik manusia ni...

adila39 Publish time 20-6-2022 11:38 AM

Ini mmg masalah pribadi ni.

Hmm...memanglah lumrah as wanita bila kita berpasangan kita akan rasa secure bila pasangan kita lebih dari kita.

Kalau sebaliknya akan timbul la all rasa yang TT rasa ni. Is is normal sbb kita bukan alim ulama yang akan husnozon sepanjang masa. Reality is realiti apa lagi as human being ni


So, dalam soal ni...you adjust kejap diri u, composed yourself kejap then buat penilaian yang waras, tepat dan tidak gelojoh.

I always believe in bila berkahwin is maksudnya you akan bahagia dua jiwa dua manusia yang berbeza combined and hidup bersama so kena ada mix and match la kan...melengkapi one another

So, if you rasa you tak boleh compromise and memang nature you status dan kerjaya suami je yg akan ubah layanan you pada beliau then what you should do is

talk to husband xpayah gaduh bagai buang masa talk to him bagitau semua yg u rasa and apa you ada decide jika dia still xnak berubah kearah yang u nak atau you boleh jugak pertimbangkan and set your mind or twist sikit untuk kompromi and try live with that

if all been said and still dia masih mcm tu...then, i think it is best not to continue the marriage HOWEVER make sure you sure you dah solat you decide seikhlas yang boleh sbb klu continue u tak happy u jadi wife derhaka and so on toxic je kat anak anak ...and u kena jugak ingat a father will always be afather so you xleh show your disrespect depan anak...just imagine anak u lelaki and pangai macam husband you and wifi dia layan and feel like you? hpw would u say...

then, a husband is a husband la u xlehla keep collect dosa sbb all these feelings kan...so be wise decide to continue or not...again to be in marriage both deserve to be happy.

so while muda dont waste time.

Prickford Publish time 20-6-2022 11:42 AM

Allahu...suami iolls kerani despatch jurrrr... Iolls pangkat & gaji bertiang besar dari laki iolls. Tapi laki iolls tetap kerja, bagi nafkah. Iolls sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah. Sebab kalau kita rasa part kita susah, ada org lain yg lebih susah dari kita. Berlapang dada. Cherish our husband, mulut kita ni sentiasa doa & cakap baik2 tentang suami kita.

tagas Publish time 20-6-2022 12:11 PM

asal berlaki {:1_152:}

bvsf06 Publish time 20-6-2022 09:16 PM

Sis,

I understand that u nak yg terbaik dalam hidup.
But bila i meningkat usia dan dah melalui macam2 masalah hidup, i sedar yg to avoid disappointment, u must lower your expectation. To lower ur expectation, u must first acknowledge the reality.

ninnakarinna Publish time 21-6-2022 01:53 AM

First, jangan compare hidup kita dgn orang... Semua Allah dah atur custom made khas utk setiap org memang tak sama. Kalau tt tengok colleagues dan siblings keje ok, mesti ada part yg tak ok. Tapi tt tak nampak dan diorang tak tunjuk. Semua orang ada struggle masing2.

2nd, anak kecik lg. Kesian kat anak kalau tt tak happy, boleh bg effect kat anak.. Tak puas hati dgn suami, layan suami tak hormat dan lebih kurang, ada tak masa2 yg tt sebenarnya marah kat suami tapi anak yg kena?

Tt ni bagus sebenarnya.. Ada vision yg jauh, masih fikir masa depan suami dan risiko kerja suami. Maksudnya tt syg dan ambil berat tentang suami.

Tt kalau gaji besar ok je belanja suami dan anak. Anak sendiri kan.. Suami sendiri kan.. Byk pahala tt blanja keluarga. Bukan org luar. Dalam rezeki kita ada rezeki org lain.

Pasal esok, minggu depan, tahun depan, 20 tahun ke depan, cuba tt stop fikir dulu. Fikir yg hari ni je dulu. Risau pasal masa depan dan benda yg kita tak boleh control ni akan bawa kpd anxiety. Which is not good utk anak. Suka tak suka, utk jd ibu yg baik mmg kita kena focus anak la kan. Tahniah tt sebabmasih bertahan demi anak. Pengorbanan ssorang ibu tu memang takde galang ganti. Semoga anak tt membesar jd anak yg soleh/solehah yg dpt menghargai pengorbanan dan jasa tt besarkan dia. Amin.

3rd, tt bukan malang ada suami mcm tu. Ujian orang lain lg teruk. Tt untung suami masih keje. Ada suami elok sihat tp biawak. Tt untung suami setia. Ada suami dah la miskin curang plak tu. Tt untung suami layan baik. Ada suami kaki pukul walau isteri takde salah apa pun. Maksudnya kurang dia ada 1-2 je.. Baik dia byk lagi kan..

Tt jgn menyesal kawin. Jodoh ni Allah yg bagi. Allah tak pernah bagi hamba Dia benda tak elok. Semua elok. Khas utk tt. Takut2 kita ni komplen suami tapi dalam tak sedar komplen Tuhan.

Lastly, nak pesan kat tt. Hidup dalam dunia ni kita takkan dpt semua. Nak yg perfect memang kat syurga la. Dunia ni memang tempat ujian. Tt kawin dgn org lain pun, kalau dia kaya, mesti ada sisi buruk dia. Tt nampak suami org lain elok, sbb tt tak nampak sisi buruk dia. Isteri dia je yg tau. Tt tak kawin ke, kawin ke, janda ke, kawin laki baru ke, sama je. Akan ada ujian lain pulak. Kadang2 bukan sebab ujian tu sangat tapi bagaimana kita melihat dan menjalani ujian tu.

Dunia memang mcm ni lah, tt. You gain some, you lose some.

Tahniah tt sbb berani meluahkan dan berkongsi walaupun dah agak mesti ada yg kecam kan? Hehe..

Apa yg tt rasa sy pun penah rasa. Sbb gaji sy pun besar dr suami. Skrg ni sy pun masih belajar terima apa yg Allah bagi. Kadang2 mmg dtg rasa tak puas hati tu. Lumrah la manusia mana pernah puas.

Bila jauh dari track tu, cepat2 la Istighfar ingat balik Allah letak kita atas bumi ni utk apa?

Sorry tt kalau panjang sgt. Hope tt dah makin lega. Emosi ni dtg dan pegi. Pagi2 kita stres dan buat benang kat sini, bila malam kita gelak2 peluk2 laki. Hehe. Tu biasa la. Nak2 pompuan memang penuh dgn emosi.

Byk faktor boleh cetuskan benda ni - hormon, tak cukup tidur, tak cukup rehat, malnutrition. Tt identify la apa yg trigger tt jadi emosi. Demi anak, please... Kita kena happy dan tenang dulu. Baru anak2 pun happy..

mummilizza Publish time 21-6-2022 09:57 AM

adila39 replied at 20-6-2022 11:38 AM
Ini mmg masalah pribadi ni.

Hmm...memanglah lumrah as wanita bila kita berpasangan kita akan rasa s ...

suami baik melayan saya dan anak2. cuma bab pekerjaan saya kurang setuju. dia ada degree tapi lbih suka kerja jd rider which is saya rasa kurang stable walaupun income byk.kerja mcm tu buatkan saya hilang respect dan asyik mengungkit psl perbelanjaan. maaf ckp sy memang malu dgn pekerjaannya. bukan saya merendahkan atau menghina pekerjaan rider2 di luar sana, tapi dalam situasi saya itulah yang saya alami. hilang hormat pd suami sbb saya yg terpaksa keluarkan belanja lebih.

terima kasih sis ats pandangan dan pendapat. saya amat hargai.....


mummilizza Publish time 21-6-2022 10:00 AM

ninnakarinna replied at 21-6-2022 01:53 AM
First, jangan compare hidup kita dgn orang... Semua Allah dah atur custom made khas utk setiap org m ...

memang sukar nak terima realiti. mungkin orang2 sekeliling juga mempengaruhi keadaan. menyesal ada namun masih bersyukur dengan rezeki Allah. mungkin saya ni ego dan meletakkan expectation yang agak tinggi terhadap pasangan.

saya hargai kata2 dan pandangan sis. tqsssssm.......


mummilizza Publish time 21-6-2022 10:20 AM

bvsf06 replied at 20-6-2022 09:16 PM
Sis,

I understand that u nak yg terbaik dalam hidup.


nk hadap reality agak sukar sebab dah set high expectation. Saya cuba sis... itu kelemahan saya

tqvvvm atas nasihat sis....


SedihPedih Publish time 21-6-2022 11:46 AM

banyak nasihat yg bagus utk TT..iols xnak dh tambah.. good luck TT... banyak2 la berdoa dan minta petunjuk..

kessah Publish time 21-6-2022 11:54 AM

siss jgn sedih2 okay.... jom bukak shopee tgk brg apa yg best hari ni .

kuihbakar Publish time 21-6-2022 12:57 PM

ninnakarinna replied at 21-6-2022 01:53 AM
First, jangan compare hidup kita dgn orang... Semua Allah dah atur custom made khas utk setiap org m ...

suka sangat pendapat ni... tqvm dik..

kuihbakar Publish time 21-6-2022 12:58 PM

syukur apa yang ada... sabar dengan yang tiada.

kuihbakar Publish time 21-6-2022 12:59 PM

jom happy2 dik. bahagia kita , kita yang design. jangan compare dengan orang lain ya...

adila39 Publish time 21-6-2022 01:25 PM

Edited by adila39 at 21-6-2022 01:46 PM

ninnakarinna replied at 21-6-2022 01:53 AM
First, jangan compare hidup kita dgn orang... Semua Allah dah atur custom made khas utk setiap org m ...
Excellent..wow! Semoga TT and nina akan peroleh happiness...mybe TT kena let go risaukan pandangan org. Find ur happiness...if i were u and i tau husband dearly love me...i wont mind at all.

Infact i akan plan for d future i akan support husband to owned business i akan be his best buddy ever I wont mind going hardship together.



Count the blessings ok and be clear!

adila39 Publish time 21-6-2022 01:45 PM

mummilizza replied at 21-6-2022 09:57 AM
suami baik melayan saya dan anak2. cuma bab pekerjaan saya kurang setuju. dia ada degree tapi lbih ...

mcm i tulis tadi,

i rasa u kena fix your self dulu. apa u nak? sometimes kena pragmatic. yes a normal feedback think back think about ur kid, ignore pendapat org , bersyukur dgn apa ada bla bla bla..mmg betul

but i learnt in life ni, u its u...apa u nak.

to me again dah kawen kena jd isteri yg baik yg support and jaga suami and respect tu termasuk , boleh tolerate boleh work on things together boleh talk to one another its like your married partner ni is half you...so kalau semua ni takde no point la. So make up ur mind dulu then only you tau apa nak decide.

again, dlm dunia yang semakin kedepan ni kena ada all this criteria u decide apa pun u kena deal la with it. So ask urself u nak apa...have u really work on it with him then ask urself again apa u nak.Be confident dgn apa pun yg u nak ...sbb a marriage it shud be " happy" pursuit happiness gitu.

Mary_jane Publish time 21-6-2022 02:08 PM

Jangan lah hidup dengan membanding2 kekurangan diri dan orang lain. Husband tu rajin je kerja kan, cuma takde rezeki je lagi. Kalau rezeki tu datang bergolek, tak dan plak nanti nak menghadap semua. Hidup lah atas redha Allah, berbincang dengan suami dari hati ke hati pasal masa depan. Bab saving, commitment and all. Tak kisah pun kerja apa sebenarnya kalau saving cukup, makan pakai okay, loving to each other. Kadang terlalu banyak sharing dengan orang2 buat kita selalu compare itu ini, baik focus dengan hidup sendiri. Perjalanan kita takkan sama dengan orang lain.

ninnakarinna Publish time 21-6-2022 02:44 PM

mummilizza replied at 21-6-2022 10:00 AM
memang sukar nak terima realiti. mungkin orang2 sekeliling juga mempengaruhi keadaan. menyesal ada ...

Memang syg kalau ada degree tp keje rider. Sy baca pun dpt rasa apa tt rasa.. Lagi2 benda ni dah makan tahun..

Macam kakak sy blaja pandai. Masuk TKC.. Fly oversea blaja degree jauh2.. Balik malaysia keje kejap je. Gaji puluh2 ribu masa tu.. Ada la dlm 5-6 thn je dia keje..lepas tu jd housewife dan suami tanggung semua.. I was like... OMG.. Ko tak sayang ke.. Struggle kot blaja.. Dengan kawan2 batch dia makin tahun makin kukuh career. Dia jaga anak2 je. Tp dia happy so kitorang pun hormat la keputusan dia. Lagipun suami mampu.

Mcm tt, cuba tt cek prospek keje suami tt kalau dia guna degree. Ada peluang tak? Sorry tt, kawan2 sy ramai yg degree tp degree yg tak boleh masuk market kerja mcm degree kos IT.. Ada degree pengurusan hutan camtu.. Ni kos lama2 dulu la. Memang takde market dan end up guna SPM utk keje yang tak related pun dengan bidang dia.

Kalau degree memang ada market, tt slow talk dgn suami. Tanya vision dia utk 5-10 tahun akan dtg. Maybe dia ada plan yg dia tak share dgn tt. Atau kalau dia memang takde plan apa2, tt la yg kena cuba cetus idea/plan utk dia. Maybe dia tak sempat fikir dan perlu support. Tp kalau dia memang xde semangat dah... Hhhmmm.. Sama ada tt kena redha atau bertindak cari langkah lain.
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Suami jadi rider


ADVERTISEMENT