himun_hino Publish time 20-6-2022 02:24 AM

kanser ovari

Kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada ovari , iaini sepasang organ yang menghasilkan benih dan hormon wanita.

Siapakah yang berisko?

⚠️ Berisiko kepada wanita yang mempunyai ibu atau adik-beradik yang menghidapi kanser tersebut.

⚠️ Ia juga cenderung berlaku di kalangan wanita yang mencapai akil baligh awal dan lewat menopos

⚠️ wanita yang tidak pernah hamil (ovari direhatkan semasa kehamilan).

⚠️ Selain daripada itu wanita yang hamil pada usia lewat
.
Jika anda mempunyai keluarga terdekat menghidapi kanser usus besar, kanser rahim dan kanser payudara, anda boleh menjalani ujian darah antigen tumor seperti CA125

ipes2 Publish time 20-6-2022 03:46 AM

Edited by ipes2 at 21-6-2022 02:32 AM

ye, suatu topic yg penting
di highlight kan lagi dgn pemergian alMarhumah Adibah Noor.

selalu juga cancer ovary ini lambat ditemui kerana ovary ini berada di dalam pelvis.
dan pelvic cavity ini, sangat luas.
bagaimana kita boleh tahu ianya luas? bayangkan seorang wanita yang sarat mengandung dan baby boleh berada didalam pelvic cavity dengan baik.
jadi, jika ada cancer ovary, ia boleh membesar didalam pelvis tanpa dikesan sampailah ianya sudah sangat besar dan sudah merebak

adila39 Publish time 20-6-2022 06:23 AM

Wow himun :)

Tinot7 Publish time 20-6-2022 06:40 AM

Informatif..
Tapi hamil lewat usia berapa?

Syd Publish time 20-6-2022 09:35 AM

Kanser ovari adalah kanser ke-4 yang paling tinggi di kalangan wanita di Malaysia.

Ovari adalah organ yang menghasilkan telur wanita dan juga menghasilkan hormon wanita seperti estrogen dan progesteron.

Siapa berisiko dapat Kanser Ovari?

1. Wanita yang tidak pernah hamil
2. Wanita yang tidak mempunyai banyak anak
3. Makan makanan tinggi lemak dan obesiti
4. Wanita yang mencapai akil baligh awal dan lewat menopos
5. Wanita yang hamil pada usia lewat
6. Sejarah keluarga kanser ovari

Apa tanda-tanda Kanser Ovari?
1. Keletihan yang melampau
2. Kesakitan semasa hubungan seks
3. Kesakitan di bahagian perut, pelvis, belakang, atau kaki
4. Bengkak di bahagian perut(perut membesar/membusung)
5. Loya, senak, gas, sembelit, atau cirit-birit
6. Pendarahan faraj yang luar biasa

Apakah peringkat Kanser Ovari?

Peringkat 1: Kanser adalah pada salah satu daripada kedua-dua ovari. Ia tidak merebak ke bahagian lain badan.

Peringkat 2: Kanser telah merebak di luar ovari ke rantau pelvik. Ini boleh melibatkan rahim, tiub fallopian, pundi kencing dan rektum.

Peringkat 3: Kanser telah merebak di luar pelvis ke bahagian perut.

Peringkat 4: Kanser telah merebak di luar abdomen ke organ-organ lain seperti hati dan paru-paru.

Rawatan Kanser Ovari
1. Pembedahan membuang ketumbuhan kanser ovari
2. Rawatan kemoterapi: rawatan ubat yang membunuh sel-sel kanser
3. Rawatan radioterapi: menggunakan dos radiasi yang tinggi untuk membunuh sel-sel kanser

Salam takziah buat pemergian penyanyi lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor.

Al- fatihah.

Dr. Ahmad Samhan

Nota: Saya juga banyak berkongsi ilmu kesihatan di channel telegram saya ???????? https://t.me/drsamhan

adila39 Publish time 20-6-2022 11:26 AM

Syd replied at 20-6-2022 09:35 AM
Kanser ovari adalah kanser ke-4 yang paling tinggi di kalangan wanita di Malaysia.

Ovari adalah org ...

Al Fatihah kepada arwah.
Orang busy tanya macam mana boleh susut, tapi xde sapa terdetik ke air muka dia susut sgt...masa i tgk pun ada terfikir ni macam x sihat. Anyway semoga arwah dipermudahkan.


Pompuan ni high risk dengan macam macam penyakit, and perempuan jugak very storng both mind and soul. So kita kenalah alert perubahan badan kita buat pap smear etc.

Prickford Publish time 20-6-2022 11:29 AM

Kalau PCOS, Fibroid, boleh lead to ovary cancer ke?

adila39 Publish time 20-6-2022 11:56 AM

Prickford replied at 20-6-2022 11:29 AM
Kalau PCOS, Fibroid, boleh lead to ovary cancer ke?

PCOS ni menjurus ke darah tinggi, kencing manis dan ya boleh menjurus ke kanser rahim - ni dari petikan portal healthhaid yang tak teratur akibatkan selaput endometrium menebal dan terhasil hyperplasia dan boleh menyebabkan kanser rahim. Same goes dgn fibroid ada yang tidak bahaya dan ada yang membesar dan ini bolehla jugak lead to other serious illness



piamad Publish time 20-6-2022 04:24 PM

adila39 replied at 20-6-2022 11:26 AM
Al Fatihah kepada arwah.
Orang busy tanya macam mana boleh susut, tapi xde sapa terdetik ke air m ...

Betul tu pap smear tu penting

ipes2 Publish time 21-6-2022 02:42 AM

piamad replied at 20-6-2022 04:24 PM
Betul tu pap smear tu penting

Ya Pap Smear sangat penting
Pap Smear adalah untuk mencari Cervical Cancer

Di UK ini, Pap Smear akan di offer secara percuma kepada semua:1 - wanita dari segi genetic
2 - masih mempunyai cervix

3 - berumur 24.5 - 65 tahun:
   - jika 24.5 - 49.9 tahun, di offer setiap 3 tahun
   - jika 50 - 65 tahun, di offer setiap 5 tahun
4 - trans-men jika masih mempunyai cervix

Sebahagian besar wanita di UK ini akan menerima offer percuma Pap Smear ini agar Cervical Cancer dapat dikesan diperingkat awal

takayama Publish time 22-6-2022 09:26 AM

arwah ibu kaka dulu tetiba sakit
bdn panas then jumpa Dr di klinik biasa, diberi ubat demam
x baik2 makin teruk lg ada jd terus ke hospital Muo
MO kata ibu kena paru2 berair, jd kena tebuk
so baiklah dia, then discharge blk rumah sakit semula
gie sepital semula ehhh bendalah tu berpindah plk dari kanan ke kiri
tebuk lg, kena tahan dlm seminggu then discharge lps dia sihat
smp rumah x smp 24 jam sakit semula, ayah pening
then abg kaka bawa arwah ibu kaka ke hospital swasta kat melaka
dr apa yg dia diagnosis cara luaran may be dia ada kanser ovari
jd kami refer semula arwah ke hospital Muo
atas arahan menteri kesihatan tt time pelbagai Dr pakar dibawa dr HKL
sampel tisu pelbagai diambil tp findings kata ibu xde kena kanser ovari
then ibu dikomakan dan lps 10 hari dia meninggal
dr mula dia demam smp dia meninggal rasanya dlm 10 bulan
jd smp sekrg kaka pun x pasti arwah ibu kaka meninggal sbb kanser ovari atau apa
mmg ada mistik juga involved tp kaka lbh nak ikut apa sains kata :(

adila39 Publish time 22-6-2022 02:54 PM

takayama replied at 22-6-2022 09:26 AM
arwah ibu kaka dulu tetiba sakit
bdn panas then jumpa Dr di klinik biasa, diberi ubat demam
x baik2...

semoga awah ibu bersama semua yg beriman disana kaka..jgn sesedih doakan ok.
Pages: [1]
View full version: kanser ovari


ADVERTISEMENT