perang_sivil Publish time 21-9-2010 08:33 PM

Ulasan buku mengenai Khalid Al Walid, Pedang Allah




http://2.bp.blogspot.com/_Lj5jApVOUco/TGJq4gnHq8I/AAAAAAAAAA8/6mAY56sDQcQ/s400/n60685300305_6049%5B1%5D.jpg
Buku yang ditulis oleh Lt Jen A.I. Akram




1. Pertamanya saya ingin mengucapkan selamat berpuasa. Diharapkan puasa kali ini kita akan mendapat keberkatan dan ganjaran yang berlipat ganda. Sempena Ramadan ini,saya ingin berkongsi mengenai satu buku yang MESTI dibaca ara serius atau sesama ada secara santai sambil menunggu waktu berbuka.


2. Tajuk buku yang saya ingin ulas ialahThe Sword of Allah; Khalid bin Al-Waleed, His Life and Campaigns yang ditulis oleh Lt Jeneral A.I.Akram, seorang pegawai Tentera Pakistan. Ia mula diterbitkan pada tahun 1969. Beliau menerbitkan buku ini adalah untuk menjadikan tokoh-tokoh islam terutamanya panglima sebagai rujukan dan bahan bacaan. Sebelum ini, maklumat-maklumat mengenai mereka hanya diperolehi dalam bahasa arab dan sesetengahnya adalah kurang tepat. Penulis telah melaksanakankajian terhadap dokumen-dokumen, manuskrip dan setiap kawasan yang pernah menjadi medan pertempuran Khalid Al Walid. Di dalam buku ini juga menceritakan secara terperinci dan mendalam mengenai hidup Khalid Al Walid bermula dari ia kecil hingga kepada kewafatan beliau, kempen-kempen ketenteraan semasamasih kafir sehinggalah menjadi panglima kaum muslim. Buku ini juga menunjukkan gambarajah aturgerak Khalid semasa pertempuran yang dipimpin oleh beliau.


3. Khalid Al-Walib merupakan salah seorang daripada Panglima Islam yang terulung merangkumi 3 pemerintahan utama iaitu zaman Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Saidina Umar Al Khattab. Ketangkasan dan keberanian beliau telah menyebabkan beliau mendapat gelaran dari baginda Rasulullah S.A.W sebagai Pedang Allah diatas keberanian dan ketangkasan beliau semasa bertempur dimana semasa peperangan Mu'tah dimana belaiu telah mematahkan 9 pedang semasa pertempuran. Beliau merupakan antara panglima-panglima Islam yang terlibat didalam 2 operasi yang penting di dalam Islam untuk menawan Parsi dan Rom. Saya akan menerangkan kempen-kempen beliau pada masa yang akan datang.


4. Dalam buku ini juga menerangkan bagaimana perwatakan Khalid Al Walid yang amat tangkas dan berani semasa di medan pertempuran sehinggakan Amr Al Aas semasa menjawab persoalan Saidina Abu Bakar mengenai Khalid menjelaskan bahawa Khalid adalah pakar dalam peperangan, sahabat kepada kematian, tangkas seperti singa dan sabar seperti kucing. Selain itu, beliau juga akan mencari peluang semasa pertempuran untuk dieksploitasi dan mengalahkan musuhnya. Beliau juga mempunyai kira-kira 400 orang pasukan berkuda yang digunakan untuk memberi kejutan sekaligus melemahkan musuh.


5. Buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan dewasa kerana ia menggunakan bahasa yang mudah difahami. Jalan ceritanya menarik seolah-olah kita berada bersama dalam cerita yang disampaikan. Maklumat-maklumat yang diceritakan juga amat terperinci terutamanya bagi setiap pertempuran yang berlangsung yang disertakan bersama nota kaki dan perbandingan dengan versi yang lain. Bagi sesiapa yang kurang berminat untuk membacanya dalam bahasa Inggeris, terdapat juga dalam versi bahasa melayu yang merupakan terjemahan daripada buku ini.

6. Insyaalah saya akan cuba membuat penerangan mengenai setiap pertempuran yang dilalui oleh Khalid Al Walid berdasarkan buku ini serta sumber-sumber lain. Insyaallah jika diizinkan. Sekian terima kasih kerana sudi membaca ulasan saya kali ini.

gede_babi Publish time 22-9-2010 08:38 AM

5. Buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan dewasa kerana ia menggunakan bahasa yang mudah difahami.

kalo pake bahasa yang sulit di fahami berarti hanya balita(bayi lima tahun) yang bisa baca?:)

alphawolf Publish time 22-9-2010 09:24 AM

Apasal ramai multi-nick dalam ni...kena ban buat nick baru....

perang_sivil Publish time 22-9-2010 11:25 AM

Reply 3# alphawolf


    Saya bukan imitation.. saya 1st time sign up sebagai forumer... izinkan saya untuk berkongsi pendapat, buah fikiran, melontarkan idea dan bersama-sama menimba pengetahuan dengan forumer yang lain... Sy kurang jelas dengan byk multi nick :o... i dont mind kalau nak ban thread ni... i believe u as moderator and respect your seniority dalam forum :)...

perang_sivil Publish time 22-9-2010 11:33 AM

Hurmm.. i will stop posting any artikel or my comment in your BOD if u dont like it.. dont worry...No doubt... :(

asher Publish time 22-9-2010 12:39 PM

Hurmm.. i will stop posting any artikel or my comment in your BOD if u dont like it.. dont worry...N ...
perang_sivil Post at 22-9-2010 11:33 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

mod bukan ckp kat ko la..tu seko lg tu..gede b**i..

alphawolf Publish time 22-9-2010 01:38 PM

Reply 4# perang_sivil

Haha..bukan awak le...tapi post nombor berapa yang guna bahasa Indon tu....

asher Publish time 22-9-2010 02:25 PM

Replyperang_sivil

Haha..bukan awak le...tapi post nombor berapa yang guna bahasa Indon tu....
alphawolf Post at 22-9-2010 13:38 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

mod kasi banhammer itu provokator..indon2 giler x abis2..

perang_sivil Publish time 22-9-2010 07:38 PM

Reply 8# asher


    manusia ke spam tue?

robotech Publish time 22-9-2010 08:58 PM

Hmmm, sy dulu gigih gak promo buku ni ....

Biografi panglima tentera Islam terulung, Panglima Tentera Khulafak ur-Rasyiddun, Khalid Al-Waleed, Saifullah (Pedang Allah):



http://www.jahabersa.com.my/files/PJ-1769L.jpg

Ditulis oleh Allahyarham Leftenan Jeneral AI Akram (Angkatan Tentera Pakistan) & diterbitkan pd 1969 / 1970, ia merupakan biografi serta jurnal peperangan yang disertai Pedang Allah Khalid dari perang Uhud hinggalah ke kempen menentang Kisra Parsi & Kaisar Rum Baizentin.

Karya ini teramat popular sehinggakan berulangkali dicetak dlm bahasa Arab.Saya galakkan saudara2 mendapatkan versi terjemahan bahasa Melayu yg diterbitkan dlm bentuk 'hard-cover' oleh syarikat Jahabersa yg blh didapati di mana2 kedai buku atau juga kedai mamakIa turut blh dibeli secara online di:

http://www.jahabersa.com.my/en/seerah/pedang-allah-khalid-bin-al-waleed

Semoga para bakal perwira negara yang mimpikan syahid & mendapat inspirasi dari panglima besar Islam ini!

robotech Publish time 22-9-2010 08:59 PM

Korek balik post lepas2 .... buat rujukan semua:

Versi asal online (original English version) boleh didapati & dibaca (serta dimuatturun) sepenuhnya di sini:

http://www.grandestrategy.com/2007/12/sword-of-allah-khalid-bin-al-waleed.html

Versi asal dalam bahasa Inggeris:

http://kitaabun.com/shopping3/images/khalidnew.jpg

robotech Publish time 22-9-2010 09:01 PM

Petikan drp karya di atas dlm bahasa Inggeris;

    In Emessa, to the right of the Hama Road, stretches a large, well-tended garden which has lawns studded with ornamental trees and flower beds and is traversed by footpaths. At the top end of the garden stands the Mosque of Khalid bin Al Waleed. It is an imposing mosque, with two tall minarets rising from its north-western and north-eastern corners. The inside of the mosque is spacious, about 50 yards square, its floor covered with carpets and the ceiling upheld by four massive columns. Each of the four corners of the ceiling is formed as a dome, but the highest dome is in the centre, at a considerable height, and from this dome several chandeliers are suspended by long metal chains. In the north-west corner of the mosque stands Khalid's shrine-the last resting place of Abu Sulaiman.

    The visitor walks up the garden, crosses the courtyard of the mosque, takes off his shoes and enters the portals. As he enters, he sees to his right the shrine of Khalid. The actual grave is enveloped by an attractive domed marble structure which gives the impression of a little mosque within the larger one. The visitor, if so inclined, says a prayer and then loses himself in contemplation of the only man who ever carried the title of the Sword of Allah.

    And if the visitor knows something about Khalid and his military achievements, he lets his imagination wander and pictures of an attack by Khalid flicker through his mind. He sees a long, dark line of horsemen emerge from behind a rise in the ground and charge galloping at a body of Roman troops. The cloaks of the warriors fly behind them and the hooves of their horses pound the earth pitilessly. Some carry lances; others brandish swords; and the Romans standing in the path of the charge tremble at the sight of the oncoming terror, for they are standing in the way of the Mobile Guard, whom none may resist and survive to tell the tale. The line of charging horsemen is not straight, for it is impossible to keep it straight at such a mad, reckless pace. Every man strives to get ahead of his comrades and be the first to clash with the infidel; strives to get ahead of all but the Leader, for no one may, or possibly could, overtake the Leader.

    The Leader gallops ahead of the Muslims. A large, broad-shouldered, powerfully-built man, he is mounted on a magnificent Arab stallion and rides it as if he were part of the horse. The loose end of his turban and his cloak flutter behind him and his large, full beard is pressed against his chest by the wind. His fierce eyes shine with excitement-with the promise of battle and blood and glory- the glory of victory or martyrdom. His coat of mail and the iron tip of his long lance glint in the clear sunlight, and the earth trembles under the thundering hooves of his fiery charger. Perhaps beside him rides a slim young warrior, naked above the waist.

    The visitor sees all this with the eyes of his mind. And with the ears of his mind he hears, just before the Mobile Guard hurls itself at the Romans in a shattering clash of steel and sinew, the roar of Allah-o-Akbar as it issues from the throats of the Faithful and rends the air. And rising out of this roar, he hears the piercing cry of the Leader:

    "I am the noble warrior;
    I am the Sword of Allah
    Khalid bin Al Waleed!'

gede_babi Publish time 23-9-2010 06:59 AM

jangan cepat cepat marah berporem, nanti cepat mati.

perang_sivil Publish time 23-9-2010 07:33 AM

jangan cepat cepat marah berporem, nanti cepat mati.
gede_babi Post at 23-9-2010 06:59 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    cEPAT mATI KE?

hanahani5865 Publish time 23-9-2010 12:23 PM

Hurmm.. i will stop posting any artikel or my comment in your BOD if u dont like it.. dont worry...N ...
perang_sivil Post at 22-9-2010 11:33 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

huishh, jgnlah mcmtu...bagus thread ni..suami saya pun ada baca..sy malas nak baca, tp suami slalu bercerita pasal buku ni..suami saya sebagai peg tentera pun slalu spend masa utk baca buku2 "sahabat2 baginda rasulullah" sbb disamping islamik, buku ni bkenaan pejuangan islam kan?:)

asher Publish time 23-9-2010 12:25 PM

jangan cepat cepat marah berporem, nanti cepat mati.
gede_babi Post at 23-9-2010 06:59 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

mana ada marah2..ada nmpk ker bluh runcing kat sini?;P

gede-bab Publish time 23-9-2010 05:15 PM

Reply 2# gede_babi


wakakaka indon..indon...
kok udah usia 5 taon dibilang bayi????:lol:

asher Publish time 23-9-2010 05:18 PM

Replyasher


    manusia ke spam tue?
perang_sivil Post at 22-9-2010 19:38 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

susah nak takrifkn..najis kot..;P

hjrayle Publish time 26-9-2010 09:49 PM

brp harga buku ini di pasaran...yang versi bahasa melayu lah

perang_sivil Publish time 27-9-2010 12:10 AM

brp harga buku ini di pasaran...yang versi bahasa melayu lah
hjrayle Post at 26-9-2010 21:49 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Murah sahaja RM 25.90 sahaja..
Pages: [1] 2 3
View full version: Ulasan buku mengenai Khalid Al Walid, Pedang Allah


ADVERTISEMENT