perang_sivil Publish time 21-9-2010 08:30 PM

Pengunduran Tentera Amerika dari Iraq-Sejarah Vietnam Berulang


http://1.bp.blogspot.com/_Lj5jApVOUco/TG8jGSweQyI/AAAAAAAAAB8/BNAqkm3U4Qw/s400/01iraq1_600.jpg
Rakyat Iraq meraikan pengunduran tentera AS

1. Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama semasa kempen Pilihanraya Presiden AS telah berjanji kepada para penyokongnya bahawa beliau akan membawa pulang trup AS di Iraq sekiranya beliau di pilih sebagai Presiden. Setelah beliau dipilih hampir 2 tahunmenjadi presiden, pada 19 Ogos 2010, setelah 7 tahun 6 bulan Operation Iraqi Freedom dilancarkan oleh George W. Bush, tentera AS akhirnya dirundurkan dari Iraq dan menuju ke Kuwait. Trup terakhir yang meninggalkan Iraq adalah daripada Briged Ke 4 Stryker dengan mula memasuki Kuwait pada jam 0130 dengan membawa 14,000 anggotanya.

2. Operasi ketenteraan AS di Iraq telah meragut nyawa seramai 4,400 anggota tentera AS dan 10 ribu nyawa rakyat Iraq. Kadar kematian yang tinggi dikalangan anggota tentera AS merupakan salah satu faktor yang mendorong penarikan keluar dari Iraq dan juga gesaan dari rakyat AS sendiri terhadap perkara ini. Faktor ekonomi dan juga tujuan keperluan tentera AS di Iraq yang sentiasa dipersoalkan baik oleh orang awam dan anggota tenteranya juga merupakan faktor mengapa penarikan tentera AS dilaksanakan selain janji presidennya sendiri kempen beliau.

http://2.bp.blogspot.com/_Lj5jApVOUco/TG8gO_J1pnI/AAAAAAAAABs/29iZ5EwK-L4/s320/250px-UStanks_baghdad_2003.jpg3. Sebagaimana yang pernah disaksikan, kita disajikan dengan imej serta video bagaimana tentera penceroboh yang diketuai oleh AS disambut dengan girang rakyat Iraq semasa mereka mula memasuki Iraq. AS berasa amat yakin bahawa kehadiran mereka amat-amat dialukan berdasarkan kepada sambutan yang mereka terima. Walau bagaimanapun ia tidak kekal lama apabila saban hari terdapat serangan dan juga penentangan rakyat Iraq terhadap tentera penceroboh sehinggakan tentera AS sendiri mempersoalkan keperluan mereka berada di Iraq. Mereka juga mengalami tekanan perasaan dan kebuntuan dalam menangani ancaman penentang akibat cara peperangan yang berbeza dengan doktrin peperangan konvensional yang digunapakai oleh tentera AS iaitu insurgensi dan serangan IED (Improvised Explosive Device).

4. Setelah pengunduran ini, AS hanya menempat sejumlah bilangan tenteranya di Iraq dengan tujuan untuk membantu tentera Iraq bagi melatih dan mentadbir tentera mereka sendiri. Bantuan ini akan berakhir pada 2011 dimana segala urusan pertahanan akan diserahkan kepada kerajaan Iraq 100 peratus.

http://4.bp.blogspot.com/_Lj5jApVOUco/TG8gTXIZKkI/AAAAAAAAAB0/hrsba5o5OHA/s320/untitled.bmp5. Jika kita lihat pengunduran ini sama sebagaimana yang terjadi semasa penglibatan AS di Vietnam pada 1961 sehingga Ogos 1972 yang mana penarikan tersebut berlaku disebabkan tentangan dari rakyat AS sendiri berikutan bilangan korban anggota tentera AS yang bertambah saban hari. Pada awalnya Presiden Kennedy hanya menempatkan penasihat ketenteraan bagi membaiki tahap tentera Vietnam Selatan dalam menghadapi ancaman komunis dan ianya secara tidak langsung menunjukkan bahawa terdapat usaha AS sebagai pendokong demokrasi dalam mencegah teori domino komunis. Kennedy walau bagaimanapun tidak bersetuju untuk mengerahkan tenteranya ke Vietnam sehinggalah beliau dibunuh oleh Lee Oswold dan digantikan oleh Presiden Lyndon B. Johnson (LBJ). LBJ akhirnya mengerahkan tentera ke Vietnam Selatan bagi menentang ancaman komunis. Penglibatan AS di Vietnam mendapat bantuan dari negara-negara sekutunya seperti Australia, Korea Selatan, Filipina dan Thailand. Namun penarikan negara-negara tersebut menyebabkan AS menghadapinya bersendirian sehingga tahun 1972. Penarikan tersebut menyebabkan Vietnam Selatan terpaksa menentang ancaman Vietnam Utara dan Viet Cong bersendirian di bawah polisi Vietnamnisation yang mana sejumlah peralatan perang ditinggalkan oleh AS. Vietnam akhirnya jatuh ke tangan Vietnam Utara pada 30 Apr 1975.

6. Secara perbandingannya kita dapat lihat bahawa konsep yang sama dilakukan oleh AS dalam kedua-dua peperangan yang mana sekiranya ianya tidak dapat dimenangi, nasib negara tersebut akan diserahkan kepada pemimpinnya. Iraq sebagaimana yang kita ketahui masih belum aman dan stabil sebagaimana ianya di bawah pemerintahan Saddam Hussein. Konflik agama yang melibatkan Syiah dan Sunnah, tuntutan wilayah oleh puak kurdish, pengeboman orang awam oleh pengebom berani mati telah menimbulkan pelbagai persoalan mengenai masa depan Iraq. Adakah ianya akan dapat bertahan atau ianya akan menjadi sebuah negara anarki masih menjadintanda tanya.Walau bagaimanapun tentera AS menyatakan bahawa pengunduran ini bukanlah penamat bagi operasi yang telah dijalankan. Walau apa pun kenyataan oleh AS, kita dapat lihat ianya seolah-olah AS memasuki negara yang berdaulat, menyingkirkan pemimpin yang dirasakan bakal menjadi ancaman kepadanya dan seterusnya menggantikan dengan apa yang dirasakan memihak kepada beliau. Sebagai contoh pandangan AS terhadap Iran, Venezuela, Cuba, Korea Utara dan Haiti dimana campurtangan ASsecara jelas ditunjukkan terhadap hal ehwal dalaman negara-negara berkenaan.

7. Kita tunggu dan lihat bagaimana nasib Iraq setelah AS meninggalkannya dalam keadaan yang huru hara. Sebagai orang islam kita bersama-sama mendoakan agar bumi yang pernah melahirkan ramai wali-wali dan cendikiawan akan kembali aman.

kenabubuh Publish time 22-9-2010 03:51 PM

dah kalah ....malas nak ngaku..

perang_sivil Publish time 22-9-2010 03:52 PM

Reply 2# kenabubuh


    Jatuh la reputasi ..

asher Publish time 22-9-2010 04:28 PM

brapa ribu yer askar us mati kat vietnam?

perang_sivil Publish time 22-9-2010 04:40 PM

Reply 4# asher


    Tiada statistik yang tepat.. hanya mention withdraw sahaja tak declare kalah... Vietcong hebat

asher Publish time 22-9-2010 04:43 PM

tah2 kat iraq gan afghan sana dh ramai yg mati dr yg dilaporkn...takut sojar2 dorang moral low..

lkick2113 Publish time 22-9-2010 05:15 PM

brapa ribu yer askar us mati kat vietnam?
asher Post at 22-9-2010 16:28 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    x silap aku ~ 56000 org:D

asher Publish time 22-9-2010 05:24 PM

x silap aku ~ 56000 org
lkick2113 Post at 22-9-2010 17:15 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
ramai nyer..aku rasa ni la perang after ww2 gan korean war yg byk mkn nyawa askar us..

lkick2113 Publish time 22-9-2010 05:51 PM

ramai nyer..aku rasa ni la perang after ww2 gan korean war yg byk mkn nyawa askar us..
asher Post at 22-9-2010 17:24 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    US kalah sebenarnye.....sampaikan diaorg dah x de cara nak lawan vietchong dalam hutan ....last2 guna agent oren nak luruhkan pokok2 kat hutan tu punye daun....:D

perang_sivil Publish time 22-9-2010 06:45 PM

Reply 7# lkick2113


    Banyak gak yang terkorban tue... boleh buat satu parlimen untuk mengundi..

perang_sivil Publish time 22-9-2010 06:46 PM

Reply 9# lkick2113


    effect agent oren sampai skrg masih dirasai oleh sebahagian penduduk Vietnam... Mutasi berlaku..

isna8627 Publish time 22-9-2010 07:45 PM

dah kalah ....malas nak ngaku..
kenabubuh Post at 22-9-2010 15:51 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Mana kalah . kan Bush Jr kata depa dah dapat tawan Baghdad .... skang sonyap je pakcik tuh ....

pejai_arts Publish time 22-9-2010 07:55 PM

dan lepas tu keluarlah filem2 propaganda nak tunjuk kehebatan Amareka macam rambo dan berpuluh-puluh lagi,

hijazzains Publish time 22-9-2010 09:08 PM

Walaupun teruk keadaan Iraq, insya-allah masa depan mereka ada harapan..negara itu kaya dgn minyak.Lihat saja vietnam..seteruk2 dikeji komunis company2 US sendiri nak masuk sana buat kilang cm Intel.

US plak menjana US$1 trillion hutang setahun sejak lancar perang atas afghanistan dan iraq sampai terhegeh2 minta sausi arabia beli US$60 billion semata2 nak bg tongkat kat ekonomi mereka..sgt hina!!!Era kuasa2 besar Barat dah sampai penghunjungnya!!

din_atos Publish time 23-9-2010 03:17 PM

Reply 14# hijazzains


    Era kuasa yahudi zionis pula bermula

hijazzains Publish time 23-9-2010 10:00 PM

Reply 15# din_atos


    Hang lupa israel terlalu bergantung kepada US untuk sokongan ketenteraan.Kalau US lingkup....ya rabbi...good luck to the zionists:lol:!!!

When the US collaposes, you should worry bout China because unlike the Jews and Zionists..they don't believe in some kind of magical Middle Eastern God(s)!!!!!!

din_atos Publish time 24-9-2010 01:16 AM

Post Last Edit by din_atos at 24-9-2010 01:18

Reply 16# hijazzains


    hang lupa yahudi ada pengaruh yg kuat kpd amerika. Dlm pentadbiran amerika sendiri byk yahudi & tunduk kat israel. Terang2 israel bunuh & kongker Palestine, amerika xleh buat apa & buat bodo. Teknologi & kemajuan dunia ni yahudi yg kongker. 1st era british, 2nd era Amerika 3rd israel. New rule order!
Pages: [1]
View full version: Pengunduran Tentera Amerika dari Iraq-Sejarah Vietnam Berulang


ADVERTISEMENT