Cintaerina Publish time 17-6-2022 10:11 AM

"Tahniah Ain!" – Pernah Dikecam Netizen Kerana Perjuangkan Isu Jenaka Seksual, Ain Husniza Terima Keputusan Cemerlang SPM

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/17/063741wmytmpemdd0mken0.pngSumber: Twitter Ain Husniza


Semalam, setelah beberapa bulan menunggu akhirnya pelajar-pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021 telah menerima keputusan peperiksaan mereka. Topik mengenai keputusan peperiksaan SPM juga menjadi bualan hangat dan trending di Twitter dengan hashtag #SPM2021.


Mesti ramai pembaca disini yang masih ingat gadis yang bernama Ain Husniza? Tahun lepas, tular isu Ain yang bersuara mengenai lawak lucah yang dibuat oleh gurunya ketika di dalam kelas pendidikan jasmani.


Menerusi akaun Twitter milik Ain, dia telah berkongsikan keputusan peperiksaan SPM yang sangat membanggakan iaitu 7A dan 1B. Ain akui dia sangat bersyukur walaupun dia terpaksa tempuhi pelbagai jenis cabaran termasuklah netizen yang mendoakan dia gagal dalam peperiksaan.


https://twitter.com/ainhsaifulnizam/status/1537319160840978434?s=20&t=JquXdPqa_RIXS-59uk14Lw


Ain juga sempat berkongsikan pengalaman di mana dia mengalami tekanan yang sangat teruk kerana dikecam oleh netizen hanya kerana dia ingin mempertahankan haknya dan mahu memperjuangkan isu yang dipandang remeh orang sesetengah rakyat Malaysia.


Tidak cukup dengan itu, dia juga pernah diberi amaran buang sekolah apabila dia cuba untuk memperjuangkan isu jenaka seksual.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/17/065438l3kftazivk39sdkr.pngSumber: Twitter Ain Husniza





Namun, dia pernah berjanji dengan dirinya untuk membuktikan kepada orang yang mengecam dirinya itu salah dan akhirnya dia tidak sangka bahawa dia memperoleh keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM.


Semoga adik Ain Husniza terus maju dalam hidup dan teruskan perjuangkan untuk menjadikan sekolah tempat yang lebih selamat dan baik untuk semua pelajar. -CARI


mizruncing Publish time 17-6-2022 11:21 AM

yelaaa tahniah laa. semoga lebih berotak lepas ni

Cokoro Publish time 17-6-2022 11:25 AM

Edited by Cokoro at 12-7-2022 08:54 PM

Tahniahlah tu

mamajawie Publish time 17-6-2022 11:41 AM

dia ni ada DKC ke?iollss baca kat fb ramai plak pepuak cinkies wish tahniah kat dia..

kucingitam Publish time 17-6-2022 12:07 PM

tahniah ain

bakingsoda Publish time 17-6-2022 12:36 PM

sape tau ayat sebenar cikgu yg dikatakan melucah tu?

djzara81 Publish time 17-6-2022 01:13 PM

Tahniah dik ain. Permulaan baru sblm menempuh alam U. Sana lagi byk cabaran tau. Pandai2 dik ain jaga diri yachh.

Tembikaigoreng Publish time 17-6-2022 03:13 PM

Impress jugaklah since dia kena kecam oleh banyak org sbb isu rogol Tu. Kalau daku, tak dpt nak fokus

Artemesiaa Publish time 17-6-2022 03:24 PM

Tahniah buat beliau

supernaturalee Publish time 17-6-2022 04:15 PM

tahniah dek


white_musk Publish time 17-6-2022 04:57 PM

Tahniah Ain :loveliness:

dua_chzy Publish time 17-6-2022 08:06 PM

Tahniah dek. You go!

bungarose Publish time 18-6-2022 12:28 AM

Ingatkan budak pure science :lol:
Pages: [1]
View full version: "Tahniah Ain!" – Pernah Dikecam Netizen Kerana Perjuangkan Isu Jenaka Seksual, Ain Husniza Terima Keputusan Cemerlang SPM


ADVERTISEMENT