Cintaerina Publish time 17-6-2022 10:09 AM

Walau Dihina Berkali-kali, Wanita Muka Berkedut Ketika Hamil Syukur Suami Sentiasa Setia

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/16/171752bzoa3uhb3o32o8jj.pngSumber: Tiktok Una Atirah


Untuk pengetahuan semua, setiap ibu mengandung pasti akan melalui fasa perubahan hormon dan fizikal yang berbeza-beza. Hal yang paling ditakuti oleh ibu mengandung adalah perubahan di bahagian wajah. Walaupun perubahan itu hanya sementara namun bayangkan perasaan jika kita harus menanggung perubahan di tubuh badan kita untuk sembilan bulan. Sudah pasti ramai yang akan menegur!


Itulah yang terjadi kepada seorang pengguna Tiktok yang dikenali seabgai Una Atirah. Menurut wanita ini, wajahnya menjadi berkedut sewaktu mengandung anak pertama dan keduanya. Walaupun dia tidak pernah tahu apakah punca sebenar kedutan itu terjadi namun dia mengesyaki bahawa ia berkait rapat dengan alahan pembawakan budak.


7108765495389719835


Wanita ini juga akui bahawa sepanjang mengandung,emosinya menjadi turun naik kerana berasa malu dengan perubahan dirinya terutamanya apabila berdepan dengan individu yang toksik dan 'bermulut longkang'. Namun, wanita ini sangat bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang setia dan sudi memberi kata-kata semangat kepadanyasehingga wajahnya kembali normal setelah habis berpantang.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji suami wanita itu yang telah memberi sokongan kepada wanita itu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/16/171750ttnft9ty5rtsfsrt.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/16/171750b2kzq22owjpk2gks.png

Sumber: Tiktok Una Atirah







prince_marhaen Publish time 17-6-2022 11:21 AM

..hat yang sebelum tu pun mekap tebal sekati macam pengantin indon tu kan...buang mekap maybe beza sikit je kulit kusam & kedut sebab hormon...

Cokoro Publish time 17-6-2022 11:24 AM

Adalah tu kut imbalance hormone dlm body dia tu
Pages: [1]
View full version: Walau Dihina Berkali-kali, Wanita Muka Berkedut Ketika Hamil Syukur Suami Sentiasa Setia


ADVERTISEMENT